27 Dis 2013

TURUN: Fitnah Macai UMNO Terhadap MB Kelantan Terbongkar!


MB Kelantan akan sokong Turun 31 Disember ini

SHAH ALAM - Susulan kecoh isu wujudnya himpunan guling kerajaan, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob menyatakan himpunan tersebut tidak wujud sebaliknya hanya gerakan NGO untuk mendesak pemerintah mendengar rintihan rakyat.

Menurut beliau yang dipetik dalam akaun Facebooknya, Ahmad berkata, beliau akan sentiasa bersama Pas serta rakyat menjayakan program Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), yang akan diadakan hujung bulan ini.

"Turun ialah gerakan rakyat. Ia hasil daripada denyut nadi rakyat yang mengeluh sekian lama akibat kenaikan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan kerana salah urus BN.

"Saya sepenuhnya bersama kepimpinan Pas tentunya sentiasa bersama-sama gerakan rakyat untuk terus mendesak kerajaan Malaysia mendengar suara rintihan hari rakyat.

"Jika ada yang berkata bahawa ia bertujuan untuk menggulingkan kerajaan, saya kira ia hanyalah omongan palsu semata-mata kerana takut akan bayang-bayang sendiri," tulisnya, semalam.

Sebelum ini, mengikut laporan media beberapa pihak telah membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat penyebaran hasutan mengajak orang ramai menyertai satu perhimpunan haram di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember ini.

Antaranya ialah NGO Persatuan Muka Buku Pulau Pinang yang turut menganggap perkara itu satu isu serius dan perlu ditangani dengan tegas.

Hasutan itu dikesan menerusi laman sosial Facebook yang menggunakan nama 'Rejimen Anarki', mengajak orang ramai menyertai 'Himpunan Guling Kerajaan', kata Presidennya Salleh Ismail kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Lebuh Pantai di Georgetown.

Katanya hasutan yang berbau ugutan "SAPA HALANG, KAMI LANGGAR...INI PROTES RAKYAT SAPA HALANG KAMI LAWAN" itu dimuat naik oleh pengendali akaun Facebook tersebut pada 18 Disember lalu.

Sehubungan itu, Ahmad yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan itu turut menyatakan desakan berterusan yang dilakukan rakyat itu akan mencapai matlamat.

"Insha-ALLAH dengan desakan berterusan daripada rakyat, saya optimis gerakan ini akan berjaya mencapai matlamatnya," katanya lagi. -SH

ULASAN GB

Tak serik-serik dengan apa yang telah menimpa papagomo dan padijantan.
Tetapi demikianlah cara kehidupan macai-macai UMNO. Mengeluarkan kenyataan fitnah kononnya MB Kelantan tak sokong TURUN sedangkan MB Kelantan dengan jelas menyatakan:

"Saya sepenuhnya bersama kepimpinan Pas tentunya sentiasa bersama-sama gerakan rakyat untuk terus mendesak kerajaan Malaysia mendengar suara rintihan hari rakyat.

"Jika ada yang berkata bahawa ia bertujuan untuk menggulingkan kerajaan, saya kira ia hanyalah omongan palsu semata-mata kerana takut akan bayang-bayang sendiri," tulisnya, semalam.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Si peereka fitnah ini akan tetap menerima hukumannya, di "sini" dan di "sana"!

Tiada ulasan: