27 Dis 2013

Anak Aktivis PAS Perolehi 9A Dalam PMR


Seorang anak kepada aktivis PAS, Nur Lina Kahlida Aminuddin, 16, telah berjaya cemerlang dengan memperolehi 9A di dalam PMR.

Beliau merupakan anak kedua kepada kepada seorang aktivis PAS, Sdra Aminuddin Abdul Jalil, mantan Ketua Pemuda PAS Jasin yang kini diamanahkan sebagai Ketua Penerangan PAS Jasin.

Nur Lina Kahlida merupakan seorang penuntut di Sek Men Agama Sma Assaiyidah Khadijah Serkam, Melaka.

Aminuddin, di dalam catatannya di laman sosial Facebook menyatakan bahawa kemuanya ini adalah dengan izin Allah swt jua sambil memetik Surat Muhammad ayat 7:

“Wahai orang yang beriman, jika kamu bantu agama Allah pasti Allah akan membantu kamu...”.

Selain dari menjadi aktivis PAS Aminuddin juga aktif di dalam Unit Amal dimana beliau akan sentiasa ditemui di mana-mana aktiviti kemasyarakatan dan parti untuk membantu melicinkan program dan menolong mereka yang dalam kesusahan. Aminuddin juga pernah menjadi calon N28 Sungai Rambai di dalam PRU12.




Sdra Aminuddin (dua dari kiri) bersama Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh semasa melakukan kerja pembersihan di salah sebuah rumah di Sg Isap, Kuantan baru-baru ini.

Kejayaan anak perempuan beliau di dalam peperiksaan PMR dengan memperolehi 9A menjadi bukti bahawa anak-anak aktivis PAS mampu meraih kejayaan cemerlang sekalipun ibu-bapa mereka sentiasa sibuk dengan urusan membantu agama Allah.

Selain Nur Lina Kahlida, anak sulung Aminuddin, Amin Ikmal Khalili sedang menuntut di Maktab Tentera Diraja Sungai Besi.

Semuga kejayaan Lina Kahlida menjadi inspirasi kepada semua para aktivis PAS/PR untuk meyakini janji Allah dan juga menjadi inspirasi kepada kepada anak-anak PAS supaya memperolehi kejayaan secemerlang Lina Kahlida.
,

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah !!!

Alhamdullillah......

Unknown berkata...

Syukur satu lagi Permata Ummah. Semoga sentiasa dalam Bimbingan dan kekautan Iman jangan terjebak macam ramai yang cemerlang dalam pelajaran tetapi setelah disogok Budaya Kafir diluar dan didalam Negeri menjadi lain dari diimpikan. Baik perempuan atau lelaki ibubapa kini kena awas dengan Agenda jahat sekular BaruaAMNO yang sangat jahat!
Merosakan ummah secara halus!

Unknown berkata...

Awasi bantuan2 yg melemahkan perjuangan kita kerana anak2 ini pelapis kita masa hadapan.

Amuraria berkata...

tahniah,alhamdulillah Allahu Akhbar , ABU !