21 Nov 2013

PAS Tidak Mudah Terperangkap Dengan Jerat UMNO

Mohd Sabu: 'Senyuman Umno beracun dan berbisa'

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu meminta ahli parti itu agar tidak tergoda dengan 'senyuman' yang diberikan oleh Umno.

Sebaliknya, Mohamad mengingatkan pemimpin pelapisnya mengenai pengkhianatan yang dilakukan tatkala ia bekerjasama dengan PAS satu masa lalu.

"Jangan tergoda senyuman Umno, senyuman beracun dan berbisa"

"Umno bila kuat menindas kita, bila lemah baru mengenyit mata," katanya ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPM) di Dewan Sivik MBPJ malam ini.

Mohamad menyatakan sebaliknya perlu untuk meneruskan tahalul siyasi (kerjasama politik) dengan Pakatan Rakyat yang dilihat sebagai bakal kerajaan akan datang.

"Mengenyit mata ku tak balas, melampai tangan, ku tepis tangan itu," ujar beliau diiringi dengan deraian tawa hadirin.

Pertahan alam sekitar

Sementara itu, Mohamad juga mahu PAS ke depan dalam memperjuangkan isu semasa seperti pencemaran alam bagi menangkis stigma parti tersebut yang menjurus pada perjuangan agama semata.

Beliau memberi contoh kumpulan pencinta alam antarabangsa 'Greenpeace' dan Kaum Tionghua yang sanggup bermatian dan bersusah payah mempertahankan alam sekitar.

"Kita lihat siapa yang ke depan dalam isu seperti Lynas dan Bukit Merah. Sepatutnya PAS yang menjuarai isu tersebut kerana menjaga alam dari dirosakkan merupakan kewajipan dalam Islam," katanya.

Tingkat kerjasama Pemuda Pakatan

Sebelum itu Mantan ketua pemuda PAS Nasrudin Hasan menegaskan perlunya peningkatan kerjasama pembangkang khususnya membabitkan sayap pemuda Pakatan Rakyat.

Menurutnya, kerjasama masih dilihat dilihat goyah dan tidak sehaluan hingga boleh menjejaskan hubungan antara parti komponen pembangkang tersebut.

"Sehingga setakat hari ini, pemuda Pakatan Rakyat masih belum dilihat sederap dan selangkah walaupun menghayun kaki dan tangan bergerak ke arah yang sama," katanya dalam ucaptama terakhir beliau.


Mat Sabu: Awas godaan UMNO




PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyeru ahli-ahli Dewan Pemuda PAS supaya berhati-hati dengan mainan seteru mereka terutama UMNO.

Mohamad berkata UMNO sentiasa menghulur tangan untuk bekerjasama dengan PAS bila parti itu berada dalam keadaan lemah.

"Jangan mudah tergoda dengan senyuman UMNO kerana senyuman itu senyuman beracun. Kalau UMNO lambai tangan kita pukul tangan dia (UMNO).

"UMNO bila dia lemah di ajak kita bekerjasama tetapi bila mereka kuat mereka tindas PAS sekuat hati tanpa belas kasihan," katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) ke-54 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, malam tadi.

Mohamad mengambil contoh kerjasama antara PAS dan UMNO selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969, yang menyaksikan parti Islam itu menyertai Perikatan yang kemudiannya ditukar menjadi Barisan Nasional.

Katanya, UMNO mengambil peluang ketika PAS menghadapi masalah dalaman di Kelantan pada 1978 dengan mengisytihar darurat dan kemudiannya mengadakan pilihan raya.

"Masa darurat kita (PAS) tak boleh buat apa, UMNO ambil kesempatan secukupnya dan singkirkan kita," katanya.

Mohamad juga menegaskan, PAS sentiasa menjalankan kerjasama dengan mana-mana parti sejak penubuhannya untuk menghadapi pilihan raya.

Beliau juga berkata, PAS tidak mempunyai sebarang masalah untuk bertemu dan berbincang dengan mana-mana pihak tentang apa saja isu.

"Tetapi untuk bekerjasama memerintah, PAS amat berhati-hati kerana tidak mahu terperangkap dengan permainan musuh," katanya lagi.

Beliau juga menegaskan PAS kini semakin mendapat perhatian kerana ia merupakan sebuah parti semakin digeruni.
-astro awani




[VIDEO SIMPANAN] Pandangan TG Nik Aziz Terhadap Mohd Sabu


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul Bang Mat, org luar pas tak payah lah dok kacau keluarga PAS dan sekutu nya, mereka sekarang dah mantap dan boleh di percayai, teruskan bang Mat, semoga PAS bertambah kukuh diantara ulamak dan proffesional. hari ini kita mesti dan wajib bersama menggembeling pendapat, pengetahuan dan ilmu politik Islam demi ISLAM, Lupakan kan lah parasit2 yg hendak menghancur dan mencerai berai Anggota PAS dan mengganggau gugat keakraban PR yang kini sudah menunjukkan kejayaan dalam mentadbir negeri, ayuh...nyah kan pandangan dan sikap tidak percaya setengah pihak dalam wadah kita.

Tanpa Nama berkata...

Betul PAS memang tidak akan terperangkap dengan umno. Tapi ulama dunia yang kepala hotaknya penuh dengan 'itik bertelur emas' sanggup jadi kuda umno.

Tanpa Nama berkata...

UMNO bila tersepit mereka akan mendendangkan perpaduan Melayu, dan mengharap PAS akan tergoda, dan bila mana PAS akan memilih pemimpin mereka lah yg tersorong2 hidung membuat ulasan dan memerangkap Pimpinan PAS dan mengharapkan jerat merka bingkas dan menemui sasaran, cukup lah wahai umno dan pencacai2 sekalian PAS tidak akan terperangkap dengan penipuan dan omongan kosong. Biar lah org2 yang sudah keluar dari PAS dan penyokong BEBAS terjun dgn labu2 nya. mereka sudah kecewa dan melakukan kesilapan yg tak sepatut nya di lakukan, mengharap guruh di langit....akhir nya gila talaq,...

Tanpa Nama berkata...

Puak UG dlm.PAS adalah anai-anai yg merosakkan PAS dari dalam.Mereka bertopengkan "ulamak" dan "pemuda" dan ada yg sudah termakan "jasa" UMNO hingga tersasar dari perjuangan.Memang tepat "peringatan" Mat Sabu sebagai amaran agar perwakilan tidak teroerangkap.

Tanpa Nama berkata...

Bila umno buat pemilihan Pas tak ambil tahu lansung, tapi pelik bila Pas buat banyak busy body. Tak malu kah dapat 46% lagi mau tunjuk action.Satu dunia tahu u tipu menang PRU13, pelabur pun takut nak labur jadi naik kan cukai dalam negara.701-A