21 Nov 2013

Miros, Apakah Kemalangan Ini Disebabkan Jangkahayat Kereta Lebih 12 Tahun?


Melaka: Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam cedera di bahagian leher manakala pengawal peribadinya parah apabila kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Km220.6 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan berhampiran kawasan Pedas-Linggi, malam ini.

Ketua Polis Melaka Datuk Chua Ghee Lye berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, kereta berkenaan dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lori yang secara tiba-tiba menukar laluan daripada laluan tengah ke laluan kanan lebuh raya itu.

"Kecederaan datuk seri (Dr Subramaniam) tidak serius manakala pengawal peribadinya dipercayai mengalami kecederaan dalaman di bahagian perut dan masih berada dalam 'operating theater' (dewan bedah) Hospital Besar Melaka.

"Mereka pada awalnya dirawat di Hospital Alor Gajah dan dibawa ke Hospital Besar Melaka untuk rawatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Beliau berkata Dr Subramaniam dimasukkan ke wad hospital itu sebagai langkah berjaga-jaga serta mendapatkan rawatan lanjut manakala pemandu kereta menteri berkenaan tidak cedera.

Chuah berkata lori yang terlibat dalam kemalangan itu melarikan diri dari tempat kejadian dan polis akan mengambil tindakan pantas untuk mengesan lori terbabit.

Sementara itu, Pengerusi MIC Negeri Melaka Datuk M.S Mahadevan berkata Dr Subramaniam dalam perjalanan ke Melaka untuk menghadiri mesyuarat membincangkan penganjuran Perhimpunan Agung MIC yang akan berlangsung pada 30 Nov di sini.

Ambulans yang membawa Dr Subramaniam tiba Hospital Besar Melaka pada pukul 11.10 malam dan beliau berbaring dalam keadaan sedar dengan 'neck braces' dipasang di leher bagi menyokong lehernya yang cedera.

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob turut melawat menteri berkenaan di Hospital Besar Melaka.


Suami isteri maut Proton Exora langgar tembok

TANGKAK - Sepasang suami isteri maut apabila kenderaan mereka terbabas dan merempuh tembok di Km9.5 Lebuh Raya Air Keroh-Melaka-Jasin (AMJ) dekat Parit Fajar, Kesang di sini hari ini.

Kemalangan pada pukul 4 petang itu menyebabkan Dharil Yusof, 42, mati di tempat kejadian manakala isterinya Roslina Mahmod, 40, mati di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ledang Deputi Superitendan Mohd Salleh Razak ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Ketika kejadian, Roslina dan suaminya yang bekerja sebagai juruteknik kilang itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Batu 5, Tanjung Gading, Jalan Kesang di sini, tidak jauh dari tempat kejadian.

Kereta Proton Exora yang dipandu Roslina dikatakan hilang kawalan dan merempuh tembok tepi jalan menyebabkan kereta itu remuk dan kedua-dua mereka tersepit di tempat duduk mereka.

Pasangan itu meninggalkan empat orang anak berusia antara empat hingga 15 tahun.
- Bernama

9 ulasan:

kama berkata...

Salam,

Bukan masaalah usia kenderaan tetapi masaalah :

- Pemandu yang cuai, lalai,tidak berhati-hati ketika memandu dan gagal mematuhi undang2 jalanraya seperti memandu perlahan dilorong laju dan lorong memotong, memggunakan talipon bimbit ketika memandu serta meletak kenderaan di lorong kecemasan.
- Pelan Jalanraya yang tidak mengikut speksifikasi yang diluluskan

Awanama berkata...

Biasalah kereta barulah katakan. Kalau tidak pandu laju sampai accident mana diaorg berhenti punya.

Skg ni usia kereta bukan faktor utamanya beb. Faktor utamanya ialah sikap pemandu itu sendiri dan sikap kerajaan yg nak sangat berbusiness dgn rakyat yg menyebabkan lebuhraya yg selamat tidak digunakan adalah punca utama accident makin meningkat.

Apalah susahnya hapus shj tol tersebut supaya rakyat dpt guna jalan yg selamat tapi lu tetap nak berbusiness dgn rakyat.

Ingat rakyat malaysia bukannya semuanya bodoh. Yang bodoh hanya umat melayu shj. (title umat islam hanya utk org yg bijak)

Amuraria berkata...

buta perut & buta akal saja kata kenderaan lebih 12 tahun selalu ikealangan ! kerap kereta baru yang pecut laju selalu kemalangan dengan dreber bodoh sombong & bongkak serta ego,penting diri dari orang lain ,ABU !

Awanama berkata...

biasanya pemilik kereta umur lebih 12 tahun sedar akan diri mereka. mereka pandu slow kat lorong kiri.

yg tak sedar diri ni biasanya yg kereta baru, kereta jenama ternama. bawak laju macam pelesit sebab nak tayang kereta baru.

cuba jalan kat highway. yang laju bedesyum, yg selalu kena saman polis, yang selalu eksiden bukan kereta umur lebih 12 tahun. yang selalu buat hal ialah kereta baru, yg banyak eksiden ialah kereta baru.

habis tu kenapa tuduh kereta lama jadi penyebab eksiden? Sebab kereta baru nasional dah kurang orang beli. Sebab nak untung cukai gst. Paling penting sebab nak bagi susah golongan kurang berkemampuan dan keluarga anak ramai. Sebab nak suruh orang bawahan naik basikal supaya highway tak banyak kereta dan kereta baru boleh pandu laju mengalahkan pelesit dan syaitan....

Awanama berkata...

Mungkin kereta kepunyaan menteri tersebut sudah usang kerana melebihi usia sepatutnya berada dijalanraya atau pun pemandu beliau sendiri yang sudah usang, melebihi usia yang sepatutnya. Lepas ni JPJ kena kaji pula tentang pemandu yang sudah berusia melebihi 56 tahun perlu ditamatkan lesen memandu mereka demi untuk keselamatan pengguna jalanraya yang lain

Awanama berkata...

Cuba cter!! cuba Cter berapa kelajuan kereta ketika itu sampai cedera parah . ini mesti kereta berusia lebih 12 tahun dan bawa bawah 110 km sejam

Awanama berkata...

Kalo korang nak tau apa yang ade dalam kepala Menteri2 UMNO korg cuba scan, mane ade otak. tak caya try p scan...dalam kepala dorg ada taik, akal pn xde. Kalo ade akal dorg tak berfikir seperti Lembu belaan Shahrizat

Awanama berkata...

Kereta menteri tu dah lebih 12... bulan sepatutnya kena lupus. Elok Najib ganti semua kereta menteri dengan kereta baru.

Awanama berkata...

Lepas ni minta miros buat kajian pemandu berumur lbh dr 50 tahun tak layak pandu kereta sb dah tua.