21 Nov 2013

Menjelikkan Apabila Kerja MP UMNO Menjadi Tukang Ampu Najib & Rosmah....


Shahidan sekali lagi pertahankan Rosmah

Kritikan terhadap isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor adalah ‘tidak adil’ kerana ia akan menjauhkan pelabur, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim semalam.

Bercakap kepada wartawan di lobi Parlimen, ahli Parlimen Arau itu melahirkan kekecewaannya terhadap kritikan yang diterima Rosmah kerana menggunakan jet kerajaan bagi lawatannya ke Qatar baru-baru ini.

“Saya sedih kerana ramai yang melahirkan kebencian terhadap dirinya. Berapa banyak pelabur yang kamu boleh bawa ke Malaysia?” tanya beliau kepada wartawan.

“Tiada satu pun! Beliau telah banyak menyumbang kepada negara dengan percuma."

Shahidan kemudian menyalahkan media kerana berterusan melemparkan kritikan terhadap Rosmah, sambil berkata kritikan itu tidak adil kepada Rosmah.

“Maafkan saya, awak tidak berlaku adil kepadanya. Jika kamu seorang yang baik, kamu akan membawa pelabur ke sini. Kamu telah mencipta banyak kebencian terhadapnya. Pelabur akan takut untuk datang ke sini.

“Beliau telah membina negara ini,” katanya.

Semalam, Shahidan mempertahankan Rosmah dengan berkata rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana isteri Perdana Menteri telah dijemput ke negara teluk untuk berbincang ‘banyak perkara’.

“Hasil lawatan sangat positif. Kita mesti berbangga dan berterima kasih atas usaha dan kerja keras isteri Perdana Menteri.

“Lawatan ke negara luar bukan untuk suka-suka. Ia membabitkan banyak tanggungjawab,” katanya selepas ahli parlimen pembangkang menyerang beliau berhubung isu Rosmah menggunakan jet rasmi kerajaan minggu lalu di Parlimen.

Rosmah berada di Qatar minggu lalu bagi menyampaikan ucaptama Forum Perniagaan Wanita ke-4 di Doha yang dianjurkan oleh Persatuan Usahanita Qatari dan Interactive Business Network.

Turut sama dalam rombongan itu adalah Penasihat Khas Usahawan Wanita dan Profesional kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, isteri Menteri Luar Datin Seri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad, isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah dan isteri Menteri Pendidikan II Datin Seri Che Kamariah Zakaria.

Pemimpin pembangkang mengkritik penggunaan jet itu yang dilihat sebagai satu bentuk salah guna kuasa yang menurut Shahidan telah diluluskan kabinet.

Jet eksekutif Rosmah: Kabinet tidak bermaruah, kata Pakatan

hli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) terus mempersoalkan kerajaan Malaysia kerana meluluskan peruntukan untuk isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor (gambar) melawat Qatar menggunakan jet eksekutif baru-baru ini yang menggambarkan “Kabinet tidak bermaruah”.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berate negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) juga tidak akan membiarkan isteri presiden mewakili suami melawat negara tertentu menggunakan jet eksekutif.

"Apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama tidak dapat hadir ke Malaysia, beliau menghantar wakilnya ke sini. Ada dia hantar isterinya?," katanya merujuk kepada kehadiran Setiausaha Negara AS John Kerry ke Malaysia, bulan lalu.

Lawatan Rosmah pada 10 November ke Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke-4 menggunakan dana kerajaan itu dibangkitkan ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menjelaskan isu tersebut di Dewan Rakyat mengatakan lawatan itu "demi kepentingan negara", tetapi tidak mengesahkan atau menafikan lawatan itu menggunakan jet eksekutif.

"Kita patut berbangga kerana sebuah kerajaan menjemput isteri Perdana Menteri, rakyat Malaysia patut berbangga.

"Lawatan tersebut bukan seronok-seronok, tetapi beliau menjalankan tanggungjawabnya," kata Shahidan dalam satu sidang media di lobi Parlimen semalam.

Ahli Parlimen Kelana Jaya dari PKR, Wong Chen, berkata Rosmah bukan wakil rasmi kerajaan atau duta.

“Ini adalah langkah yang tidak baik di pihak kerajaan,” katanya.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata keputusan Kabinet itu membuktikan ia merupakan penyalahgunaan kuasa dan dana awam.

“Dia bukannya wakil rakyat dan memberi kebenaran untuknya terbang menggunakan jet kerajaan merupakan penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Shahidan semalam menegaskan proses meluluskan lawatan tersebut dijalankan secara telus dan dibawa ke Kabinet untuk dibincangkan terlebih dahulu.

"Ia dilakukan secara telus, dipohon kepada Kabinet dan kemudiaannya diluluskan," katanya.

Apabila ditanya sama ada lawatan tersebut menguntungkan dan memberi manfaat kepada negara, Shahidan berkata, hasil lawatan tersebut akan didedahkan kepada umum selepas ini.

"Apa yang saya boleh katakan ialah lawatan ini menguntungkan dan sangat positif.

“Tentang hasil daripada lawatan tersebut, saya akan bentangkan kemudian," katanya.

Rosmah baru-baru ini menyampaikan ucaptama semasa menghadiri seminar "Qatar International Business Women Forum" kali keempat di Doha.

Forum tersebut dianjurkan oleh Persatuan Usahawan Wanita Qatar dan Rangkaian Perniagaan Interaktif, forum dua hari itu dihadiri oleh Menteri Qatar Tenaga dan Industri, Dr Mohammed Saleh Al Sada.

Delegasi Malaysia yang hadir termasuk Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang juga penasihat khas kepada Perdana Menteri mengenai keusahawanan wanita dan profesional; Datin Seri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad, isteri Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman; Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah, isteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datin Seri Che Kamariah Zakaria, isteri Menteri Pelajaran Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh.
-TMI

8 ulasan:

Awanama berkata...

mungkin hari in mereka rasakan perlu di angkat setinggi nya PM dan Rosmah, segala kerja buat walaupun merugikan negara mereka rasakan sangat betul.perlu di ingat duit rakyat mesti lah di guna sejimat mungkin, mengapa perlu seramai itu untuk delegasi lawatan yang hasil nya belum tentu dan selepas ini alasan apa yang akan di dendangkan, amat memeritkan menjadi rakyat marhaen yang pemimpin2 nya bermewah2, kalau mengampu pun biar lah berpada2.

Awanama berkata...

Tun M kata cuma orang BODOH DALAM UMNO, dia tahu sebab dialah mendidik mereka menjadi PAK TURUT, ANGGUK-ANGGUK, GELENG-GELENG, AMPU, ANGKAT, KIPAS......
Bila jawab soalan macam budak tak pegi tadika..... CGPA ok.... Kerja dan thesis palagiat kot or Rank xerox...
Semua mereka ni, dah kena NASI KANGKANG KOT.... a.k.a NASI TANGAS...... KAK ROS.

JIJIK BETUL TENGOK MUKA KAKI AMPU NI

Awanama berkata...

kalau terberak di parlimen pun dia sanggup sapu ni..

Awanama berkata...

Shahidan Kassim sudah boleh terima anugerah CPR - Cuci Punggung Rosmah.

XUMNO berkata...

Puak2 pengampu ni, kalau suruh cuci mangkuk jamban Rosmah mereka akan berlari2 dan berebut2 nak lakukan. Jenis tak ada maruah langsung. Asalkan dipilih jadi MP ....

Awanama berkata...

Mr. Shahidan, pelabur luar bukan bodoh macam umat melayu oii. Diaorang punya mata sangat sensitif apabila perangai bini PM punyalah membazir of cause orang akan anggap lakinya pun sama sahaja. Ingat buat baik berpadah - padah, buat perkara negatif sekali pun jangan sebab if u buat sekali sahaja satu dunia akan tahu.

Ingat kebanyakkan manusia di seluruh dunia adalah bijak semuanya kecuali satu umat yang dikenali sebagai umat melayu Malaysia kerana diaorang dengan senang boleh dibodohkan oleh UMNO munafik sampai 50 tahun lebih. Orang di negara luar sudah tinggal bangunan beratap langit (atap transparen) tapi umat melayu khasnya di malaysia masih lagi beratap tempurung kelapa. Tak malukah??????

Awanama berkata...

“Beliau telah membina negara ini,” katanya. ???

Nie soalan ke cadangan?? TokDan nie apsal BANGANG AL GOBLOK SANGAT SAPAMIA STATEMENT BANGANG NIE BOLEH DIUCAPKAN??

Kak Uda ila berkata...

Maafkan saya , tak abis baca artikel di atas selepas ayat "Dia bina negara tu". Saya terus ICU tahap kronik, muntah tak henti-henti. Rambut saya jadi kembang, mata buntang dan lidah terjelir akibat mainan ayat Shahidan seperti di atas.