31 Okt 2013

[VIDEO] BN Ada 2 Calon Di N20 Sungai Limau?


PAS dakwa BN langgar peraturan pilihan raya, guna poster Mukhriz untuk berkempen

PAS hari ini mendakwa Barisan Nasional (BN) melanggar peraturan pilihan raya dalam kempen mereka di Sungai Limau apabila menggunakan bahan poster selain calon yang bertanding.

Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar (gambar) membidas jentera BN yang terdesak sehingga terpaksa memasang poster Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir sebagai gambaran seorang calon pada pilihan raya kecil kali ini.

"Adakah BN menghantar dua orang calon sebab saya tengok ada dua poster calon N20, Dr Sohaimi dan Datuk Mukhriz.

"Kain rentang dan poster yang diletak menunjukkan bahawa seolah-olah adalah Mukhriz," kata Naib Presiden PAS itu yang mempersoalkan corak berkempen sedemikian oleh pemimpin BN.

Ahli Parlimen Pokok Sena tersebut menuduh BN cuba mengelirukan pengundi Sungai Limau apabila meletakkan poster sedemikian.

"Saya tak tahu jika ia bertujuan untuk mengelirukan pengundi.

"Jadi, mereka gunakan populariti Mukhriz," katanya.

Mahfuz kemudiaan mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut, sama ada ia melanggar Akta Peraturan Pilihan Raya ataupun tidak.

"Saya minta SPR berikan penjelasan.

"SPR harus tampil beri kenyataan, salah ataupun tidak," tegas beliau lagi.

PRK Dun Sungai Limau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Razak pada Khamis lepas setelah lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan serius.

Azizan menyandang kerusi DUN itu selama lima penggal dan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, beliau mengalahkan sepupunya, Fazillah Mohd Ali daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti sebanyak 2,774 undi. -TMI


1 ulasan:

Awanama berkata...

Patut BN dah disqualified... PAS dikira menang.

Selain itu sesiapa yg ada terima duit umpan dari BN, mesti ingat jika anda pangkah BN, ada hadis 16 perkara yang menyebabkan Allah tak pandang orang buat kerja itu di akhirat nanti dan dicampak ke neraka.

Oleh itu nak atasi masalah ini pangkah bulan/pas dan jika bersumpah pun boleh langgar sebab depa buat kerja menyalahi syarak ( merasuah).

Yang pasti jangan memperbodohkan diri anda. Duit yg BN bagi bukan duit dari poket orang UMNO. Itu duit dari cukai yang dibayar oleh rakyat.