30 Okt 2013

Gaji Para Pegawai JPM Terlalu Tinggi, Rakyat Terus Hidup Sengsara

Tidak wajar gaji terlalu tinggi dibayar kepada pegawai kanan termasuk berstatus kontrak di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam keadaan subsidi rakyat terbanyak dipotong, kata Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus sama mengurangkan perbelanjaan tidak perlu jika beliau serius mahu membantu rakyat yang kini berdepan kos sara hidup tinggi ekoran tindakannya memotong subsidi gula, minyak masak dalam bajetnya baru-baru ini.

“Najib harus ingat peruntukan jabatannya melonjak 13 peratus berbanding tahun lalu iaitu RM250 bilion kepada RM264 bilion,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas gaji pegawai kanan JPM yang disifatkannya melampau kerana lebih tinggi berbanding gaji penjawat awam.

Manakala pada pembentangan Bajet 26 Oktober lalu, Najib memotong subsidi rakyat sebanyak RM7.3 bilion.

“Pada 1 Oktober lalu, saya diberitahu gaji tahunan, elaun dan bonus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Inovasi Malaysia RM830,500 (gaji bulanan kira-kira RM69,000).

“CEO Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bergaji tahunan RM480,000 (sebulan RM40,000, elaun tahunan RM162,000, bonus RM60,000).

“CEO TalentCorp bergaji bulanan RM30,000 tidak termasuk elaun kereta RM5,000 sebulan.

“Gaji bulanan semua CEO ini lebih tinggi daripada penjawat awam seperti Ketua Setiausaha Negara bergaji sebulan hanya RM23,577,” katanya.

Beliau turut mendedahkan pegawai JPM berstatus kontrak yang dibayar gaji setaraf pegawai tinggi penjawat awam.

“Contohnya, gaji Pengarah Pengurusan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) setaraf dengan JUSA A/B penjawat awam bergaji maksimum RM49,000 sebulan, Pengarah Bersekutunya bersamaan JUSA C penjawat awam bergaji maksimum RM31,600 sebulan.

“Jawatan Pengurus Kanan pula bersamaan penjawat awam Gred 54 bergaji maksimum RM21,000 sebulan,” katanya.

Ong turut mendesak Najib menjimatkan wang rakyat dengan menghentikan kewujudan agensi baru Yayasan Hijau kerana fungsinya bertindih dengan agensi sedia ada seperti Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) serta Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGIC). -KD

6 ulasan:

Amuraria berkata...

apa kah kerja penyangak & penyamun ni semua ? adakah kerana membela kroni?ABU jangan lupa !

Tanpa Nama berkata...

INI LAH YANG DIKATAKAN DEMOKRASI TERPIMPIN ELUK LAH MASUK DALAM CERTA TIGA ABDUL.ABDUL NAJIB BIL API PUN 2,5 MILION.JADI MACAI ANGKAT NAJIS YANG BERKERJA DIJPM INI LAH PUKUL CANANG.AL TANTUYA PUNYA KERJA PUN DEPA NI JUGAK LAH.APA NAK JADI TAHU LAH LABI.DIA PERGI SERONOK DILONDON KITA DISINI DOK CERTA PASAL GULA .INI SEMUA MACAI ANGKAT NAJIS JPM PUNYA KERJA LAH NI

Tanpa Nama berkata...

Inilah dipanggil kroni diutamakan rakyat dibahlulkan lebih - lebih lagi orang bodoh dan umat melayu (islam utk org yg bijak bukan org bodoh).

Tanpa Nama berkata...

Apa punya gila,dalam keadaan menyiksa kehidupan rakyat diaorang senang-senang joli duit rakyat-sial laknat sungguh.

Melayu Jati berkata...

Umat Melayu bukannya BODOH tapi selalu diperbodohkan oleh UMNO atas alasan "Melayu akan hilang kuasa kalau UMNO tidak memerintah". Jadi Melayu yang cerdik (dgn Phd berjela-jela) pun akan jadi BODOH. Semangat perkauman telah mematikan pemikiran logikal yang ada pada otak depa tu. Lagipun dengan memperbodohkan Melayulah, baru UMNO boleh hidup. Entahlah bila umat Melayu nak sedar. Dalam UMNO pun dah mula "pecah perut" dan isi busuk dah mula ....

Tanpa Nama berkata...

Fathur bari sila jawab ini ketentuan Allah juga je...sial punya orang...