30 Okt 2013

[VIDEO] Isu Lebuhraya - Ust Hadi Libas Soalan Bodoh MP Lenggong


MP Lenggong beri 'bola tanggung'

KUALA LUMPUR: 'Bola tanggung' yang diberikan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang Dewan Rakyat semalam, 'dilibas' dengan baik oleh Ahli Parlimen Marang itu sehingga Dewan Rakyat digegarkan dengan tepukan sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat daripada Pakatan Rakyat.

Shamsul Anuar yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)mempersoalkan janji Kerajaan Negeri Kelantan untuk membina Lebuh Raya Rakyat yang menghubungkan Kota Bharu dengan Kuala Krai ketika mencelah ucapan Ustaz Abdul Hadi di Dewan Rakyat, semalam.

"Ini bola tanggung yang kamu berikan kepada saya... Bukankah itu sebenarnya tanggung jawab Kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat yang tidak menunaikan tanggung jawab ini," bidas Ustaz Abdul Hadi disambut tepukan meja dan sorakan sokongan anggota Dewan.

Menjelaskan diskriminasi kerajaan BN pusat di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, Ustaz Abdul Hadi memberi contoh projek pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang sepatutnya menghubungkan negeri Pahang, Terengganu sehingga ke Kelantan.

"Selepas BN kalah (di Terengganu) pada tahun 1999, lebuh raya itu tidak dibuat maka Kerajaan PAS Negeri Terengganu ketika itu membuat inisiatif sendiri untuk membina lebuh raya daripada kewangan anak syarikat dan konsortium luar negara, namun ia tersekat kerana perlu melalui MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan Bank Negara.

"Berikan kebebasan kepada negeri. Berikan kembali royalti kepada Terengganu dan Kelantan. Dia suruh kita buat, tapi dia cekik kita!" tegas Ustaz Abdul Hadi. -HD


10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sam, wat malu org lenggong!!!

Tanpa Nama berkata...

Allah sudah kurniakan otak utk berfikir tapi tidak digunakannya sebaliknya guna nafsu dan lutut utk berfikir. Biasalah ahli umno.

So umno lu kena ingat org islam bukan senang lu blh bodohkan sepertimana lu bodohkan orang beragama melayu.

Tanpa Nama berkata...

Nampak sangat lenggong ni hutan mari.Nak bodek tak bertempat.Dia orang kan gang merompak dan hati buta.Anak Kelantan banyak top gun Petronas, itu pasal umno menipu dan menfitnah dengan apacara hanya nak tutup tembelang mereka.

temanmanong berkata...

Teman tak peghonah menjadi anak Lenggong ponnn, teman oghang Johor Youuuu.

Tanpa Nama berkata...

bodoh...!!! mentang-mentang ada kuasa, bongkak, boleh cakap suka hati ...atas dunia lagi dah kena templak ... dalam kubur nanti tentu boleh dengar pekik lolong akibat kena bedal....

Tanpa Nama berkata...

bab tanya soalan bodo gang BN memang mantop sebab diaorang memang BN (bodo nye)

Tanpa Nama berkata...

Orang tawar bagi peluang bertading,dan dan awak terima. Ilmu mentadbir negara tak seberapa. Itulah jadinya. Dalam Dewan kalau nak kemuka soalan biar profesional,buat homework. Jgn memalukan wakil BN lain & org Lenggong. Balajar jadi cerdik sikit yop.

Tanpa Nama berkata...

nampak sangat pemimpin BN ni xtau kerja..sokong statement anon 8.47am..

Tanpa Nama berkata...

Nasib baik aku bukan org lenggong..

Tanpa Nama berkata...

Royalti hak rakyat kelantan tidak diberi..dah tu khianati pembangunan di kelantan...ingat kamu semua akan mati satu hari nanti..Moga2 Allah kurniakan Neraka Jahanam pada kamu semua pengkhianat kepada rakyat kelantan...amin