Naik Minyak: Pemandu Teksi minta kerajaan kaji semula
PETALING JAYA - Jawatankuasa Bertindak Teksi Selangor dan Wilayah Persekutuan mendesak kerajaan menimbang semula kenaikan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 20 sen kerana ia mampu memberi kesan buruk kepada pemandu teksi.
Pengerusinya, Amran Jan berkata, pemandu teksi turut menerima impak kenaikan harga petrol dan diesel yang dilihat amat tidak wajar kerana secara tidak langsung kos penyelenggaraan kenderaan akan meningkat.
Katanya, kos bagi penyelenggaraan teksi dijangka akan meningkat sebanyak 20 peratus berbanding harga sebelum ini ekoran kenaikan harga bahan api itu.
“Kos bagi alat ganti sememangnya akan meningkat dan keadaan ini akan membebankan pemandu teksi terutamanya di kawasan Lembah Klang, ini” katanya ketika sidang media yang diadakan di Stesen LRT Taman Bahagia, di sini semalam.
Kata Amran, walaupun pendapatan harian pemandu teksi tidak terjejas tetapi dengan RM2,500 sebulan dilihat tidak mencukupi untuk menampung kos alat ganti kenderaan selepas ini.
“Kami tidak akan dapat bertahan disebabkan oleh impak kenaikan harga petrol ini,” katanya.
Mengulas isu sama, ahli jawatankuasa bertindak, Kemialin Yahya, 75, berkata, kenaikan harga minyak petrol dan diesel sebenarnya membebankan seluruh masyarakat di negara ini.
Jelas Kemialin, kenaikan harga minyak yang tinggi sangat mengejutkan dan pihaknya berharap kerajaan dapat mengkaji semula.
Beliau turut menyarankan kerajaan menimbang pemberian subsidi bagi pembelian alat ganti dan tayar kepada pemandu teksi dalam usaha untuk mengurangkan beban golongan ini. -SH
6 ulasan:
Kan mudah , dulu sokong sangat sekarang naik 20 sen aje dan kalau tak setuju jsngan bawa teksi lagi. Kan ada banyak cara lagi nak cari rezeki macam bela kambing di kampong tanah ter biar tu.
Mana ada tanah terbiar di kg dah habis kena sapu dgn puak2 umno!
anon 1:05, Ketahuilah mejority pemandu teksi anti BN, aku tahulah sebab kawan ku driver texi. Ada sekor dua je yg sokong BN.
Jawapan Menteri: Jgn jadi pemandu teksi, minta jadi pak guard!
jom ramai2 suruh najib letak jawatan
Jom pemandu teksi, mari kita pakat ramai2 protes.
Catat Ulasan