9 Sep 2013

Tentangan Rakyat Terhadap Kenaikan Harga Barang Pun Ketentuan Allah Juga!


Keratan akhbar di atas menunjukkan betapa dasyatnya kenyataan seorang "ulamak muda UMNO" mengulas mengenai kenaikan harga barang terutama harga minyak yang diumumkan oleh PM baru-baru ini.

Mudah sahaja bagi beliau meletakkan "ketetapan Allah" sebagai alasan bagi membela kenaikan harga minyak tersebut.

Qada dan qadar adalah salah satu rukun iman, dan semua umat Islam wajib meyakini bahawa segala-segalanya, samada di langit atau pun di bumi adalah "ketetapan Allah". Itu adalah "hakikat". Namun di dalam Islam, sebelum sampai ke hakikat, ada "syariat" - peraturan - yang wajib di ikuti dan dipatuhi. Dan lantaran kerana syariatlah sekalian nabi dan rasul diutuskan kepada umat manusia.

Berkata para ulamak, syariat tanpa hakikat adalah hampa dan hakikat tanpa syariat adalah sesat.

Adalah tidak wajar untuk meletakkan alasan "ketetapan Allah" semata-mata untuk melakukan pembelaan terhadap apa juga perbuatan di alam syahadah sebelum dipatuhi segala "peraturan" (hukum syariat)nya.

Misalnya seseorang itu ditahan polis kerana telah berlaku kemalangan. Bolehkah beliau menjawab, "ah sudah ketentuan Allah bahawa, budak itu mati kerana dilanggar kereta!"

Dr. Asri, mantan mufti Perlis telah memberikan contoh yang agak baik:


Atau contoh kes ini: jika berlaku seseorang perogol ditangkap, bolehkah diterima alasan jika perogol itu menjawab: "oh sudah ketentuan Allah yang saya menjadi perogol" atau "sudah menjadi ketentuan Allah, budak itu menjadi mangsa rogol saya".

Jika demikian halnya maka tuan hakim pun boleh memberikan penghakiman begini:

"Kerana kamu kata sudah menjadi ketentuan Allah kamu menjadi seorang perogol, maka saya jatuhi hukuman sudah menjadi ketentuan Allah bahawa awak sang perogol dihukum dengan seratus kali sebatan!"

Dan mengikut analogi itu, maka kita menjawab kepada ulamak muda itu:

Tentangan rakyat terhadap kenaikan harga barang itu pun ketentuan Allah juga!

19 ulasan:

Anti-Madkhali berkata...

Terbaik...

Scholorfor Dollar = Neo-Salafi Madkhali:
https://www.youtube.com/channel/UCUX9OzpUwonEWGjZPvnabpw/videos

sb dehlawi berkata...

Ulama muda pak pandir

Tanpa Nama berkata...

Tuan GB, seharusnya gelaran ulama tidak disalahertikan. Kalo kita tidak suka pada fathul Bahri. kita jangan sebut dia atau tulis perkataan dia sebagai 'ulama muda umno'. Ulama ini satu anugerah yang mulia untuk golongan yang telah ditentukan oleh Allah SWT sahaja.

Perkara negatif yang dikeluarkan oleh fathul bahari atau sesiapa sahaja yang ada gelaran ustaz atau imam hendaklah tidak dikait dengan dia sebagai ulama atau golongan tersebut sebagai ustaz atau imam kerana Panggilan tersebut secara tidak langsung akan mengakibatkan orang lain memandang serong terhadap golongan ulama/ustaz/imam dan seterusnya kepada agama islam itu sendiri.

Ini sekadar pandangan saya. Saya sama sekali tidak menyokong pandangan fathul bahari ini dan membantah sekeras-kerasnya idea dia yang tidak bertanggungjawab ini.

Dan saya amat kesal bila orang menggunakan title ulama/ustaz/imam dalam menghalalkan ape yang diharamkan dan saya lagi kesal sekiranya kita mengiktiraf dan mengagungkan dia sebagai golongan yang arif tentang islam dengan menyebut dia sebagai ulama/ustaz/imam. Kita seharusnya tidak sewenang wenangnya melabel kan orang sebegini dengan tittle yang mulia.

Saya amat berharap tuan GB boleh mengolah idea saya ini dengan idea yang lebih baik dan mengeluarkannya ke dalam blog tuan.

Sekadar berkongsi pandangan sahaja.

zena arab berkata...

Sebenarnya Allah menjadikan si Fathul Bari ni bahan ujian kpd yg kita yg masih berpegang pd akidah sebenar. Bersabarlah dgn nya.

Amuraria berkata...

mangkuk mana bagi title ulamak muda pada mangkuk kuat ampu & bodek demi tembolok & pangkat tu? ABU jangan lupa !

Tanpa Nama berkata...

Memang betul baik, buruk, cerdik, bodoh dan segala sesuatu datang dari Allah.....
Maka Allah memberi makhluk bernama manusia itu 'akal utnuk berfikir dan keuatan dan kuasa utnuk berusaha kepada yang terbaik.
Dengan budak Fathul Bari (nama indah, fikiran punah), kenapa diletakan kesalahan kepada Allah? Hai badut tidak kah kamu baca dan fahami Al Quran, bahawa Allah berfirman maksudnya "..... tidak ku turunkan kesusahan malinkan berpasangan dengan kemudahan.... " dan yang lain pula " tidak Aku menurunkan (memerintah) sesuatu utnk menyusahkan manusia (makhluk)......"

Kalau macam tu.... Berzina kerana ketentuan Allah, tak laksanakan hudud ketentuan Allah, membunuh merompak, mencuri, merogol, kawin lari semua ketentuan Allah dan menjadi ohstart bangang, bodoh, gaban dan baghal macam kamu juga ketentuan Allah.
Sahabat- sahabat yang dekat di FB tolong sampaikan pada keldai ini.

Tanpa Nama berkata...

Fathul Bari ke? Tak usah komen apa2lah. Buat kotor blog ni je . Nama tu patut tak wujud di sini. Menyesatkan.

BaDiN berkata...

Khas buat pencacai BN dan Orang bernama Ust FBari.
Agama dijual untuk habuan dunia MAKA terbitlah kata kata yang Manusia tak salah sbb sudah Takdirnya begitu.Makanlah nasi tu Meskipun ianya sudah basi, Ini adalah Ketetapan Allah bagi kamu.Lontarkan balik kata kata ini dalam FB beliau yg bernama UFBari.Apa balasan Ulama Palsu ni pulak.

jabie berkata...

Ambo setuju dengan Anon 1051; Tiada istilah ulama sesat, ulama bangang, ulama mata duitan dan seumpanya. Yang ada ialah ULAMA', itu je. Tak setuju dengan mamat tu, panggil jer mamat bangang!

muda kerajaan berkata...

Berkatalah sesuatu wahai Ustz Harunsani, samada statement FB ni betul atau sebaliknya utk pedoman kami penyokong2 UMNO. Kami dah keliru apbila baca blog GB ni. Pada mulanya tak mahu baca tapi rasa nak baca pula.

Tanpa Nama berkata...


Bercakap, berfikir, bertindak, mengharap dan berperasaanlah selari dengan Ahlu-Sunnah wal-Jama'ah. Jangan seperti muktazilah, qadariah, wahabiah, syiaiyyah, nasraniyyah dan yahudiyyah.

Tanpa Nama berkata...

Nama Allah S.W.T. jangan kau guna sebarangan wahai umat MELAYU. Silap hari nanti akan terima Bala dari Allah S.W.T. kerana menggunakan nama Allah untuk perkara yang tidak betul.

Tanpa Nama berkata...

Kalau ini Dan semua dah ditentu Oleh tuhan maka apa makna kita beragama?

Tanpa Nama berkata...

Seorang saudara terdekat dalam keluarga saya juga mempertahankan kenaikan harga minyak dengan melontarkan Hadis serta ayat Al-Quran.

Mesej yang dihantakan dalam group hanya dipandang dingin dan saya tak ingin nak berbalah kerana nak menjaga silaturrahim.

Adakah mereka yg berilmu itu sams dengan mereka yang jahil...?

Lebih baik kalah berdebat dengan 10 ilmuan dari berhujah dengan seorang yang jahil..

Kejahilan itu lebih dekat dengan keKAFIRan...

Tanpa Nama berkata...

N. 15 - SANGLANG

MOHD SHUKRI BIN RAMLI - PAS (3,632)

FATHUL BARI BIN MAT JAHYA - BN (3,511)

ZAINUDIN BIN YOM – BEBAS (222)

MAJORITI:121 sudah barang tentu "ketentuan/ketetapan Allah" jua siapa siapa tak caya boleh tanya Ohstad Fat Hul Ba Ri, termasok sudara Fathul sendiri kalau tak caya kalah 121 hari tu "ketentuan/ketetapan Allah" pon buleh tanya Ohstad Fat Hul Ba Ri.

Tanpa Nama berkata...

Kepada org umno dan BN..sampai tahap ni puuuuunnnn..ada je alasan dan justifikasi kamu nak melindungi "Ulama" mcm ni?? Kamu kena faham istilah dan penamaan kepada seseorg...kalau dah nama nya di beri gelaran Ulama..uztaz..mahupun mufti..kalau keluarkan ulasan jahiliah (bodoh) mcm ni..kamu nak panggil apa? GB menggelarkan ULAMA itu adalah khas buat Fatul Bari ni (xtau ejaan betul ke tak)..disebabkan dia dah di labelkan dan di kurniakan status ULAMA di dalam dunia Islam malaysia ni..so, bukan lah maksud GB tu bersamaan SEMUA ULAMA di donia ni..itu kamu kena paham..kalau ada seorg uztaz di dakwa merogol, adakah kita nak hilangkan dan sorokkan dari umum yg dia adalah USTAZ??? mesti semua org akan berkata dan bertanya kan dgn ayat permulaannya USTAZ.."Eh, ustaz mana yg di tangkap merogol tu? Ishh..haramjadah betul perangai setan dah berstatus Ustaz pun boleh merogol" tu contoh la kan...so sebenarnya kamu pro bn dan umno ni terlalu maha taksub..fikir2kan lah..jgn sampai kita ni terpesong dgn fitnah..udah2 la tu baca utusan dan tonton tv3..byak lagi saluran yg alternatif

Tanpa Nama berkata...

Kepada tuan Anony 11.18

Kalo ustaz tu disahkan merogol. Tak perlu la sebut dia ustaz lagi bermula pada dia merogol sehingga bila bila..

Dikhuatiri, kalo kita sebut ustaz atau bekas ustaz sekalipun, kesan impak nya kepada agama islam juga. Isu ini akan berpanjangan..

Nanti golongan yang hendak mendekati atau mendalami islam akan berfikir dua kali... boleh percaya ke ustaz xyz.. tapi yang buat dosa ustaz abc. Nampak tak kesan nya...

Saya berpandangan la kalo nak mengumpat pun (seharusnya jangan mengumpat - perbuatan yang berdosa!), sebut aje nama dia, tak perlu la mulakan dengan panggilan ustaz atau bekas ustaz.

Sekadar berkongsi pandangan.
Kalo salah tolong ajarkan saya.

Tanpa Nama berkata...

nk buat camne, BNkan zionis. Ulamak2 dlm BN x ikut ajaran agama Islam yg sebenar tetapi ajaran Islam Zionis. Jadi jgn diambil kisah sngt ulamak2 BN zionis tu

Tanpa Nama berkata...

Allah taala dah tetapkan dia bercakap begitu begini dan berbagai.