17 Jan 2016

Beranikah PAS Mahu Putuskan Hubungan Dengan PKR?

Kerjasama putus jika PKR khianati Pas

PUTRAJAYA - Pas tidak teragak-agak memutuskan kerjasama politik dengan PKR sekiranya parti pelbagai kaum itu mengikut jejak langkah DAP.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Pas tidak akan membiarkan rakan tahaluf siyasinya melakukan sabotaj bersama musuhnya di kawasan Pas.

"Prinsip Pas tidak bekerjasama dengan pengkhianat, walaupun PKR ada perjanjian dengan Amanah dan DAP, namun kita kena tengok dari semasa ke semasa.


"(Tindakan) PKR meraikan program Amanah menyerang kawasan Pas seolah-olah sabotaj kepada Pas. Kita tak boleh berkawan dengan orang yang berkawan dengan musuh kita," katanya pada sidang media selepas Konvensyen Usahawan Haraki, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin semalam bahawa PKR tetap bekerjasama dengan DAP dan Pas bagi menghadapi PRU14 khususnya di Selangor.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin juga berkata, Pas tidak mahu 'diperkuda' oleh PKR seperti mana yang dilakukan DAP bagi memenangi pilihan raya lalu.

"PKR (mahu) guna tenaga kita untuk pilihan raya (PRU14), lepas pilihan raya pula, ia mempergunakan kita ini bukan untuk prinsip Islam," tegasnya.

Rabu lalu, Pas Kelantan telah menghantar surat bantahan rasmi kepada PKR berhubung kehadiran pemimpin PKR negeri itu dalam majlis anjuran Amanah.

Surat bertarikh 13 Januari itu ditujukan kepada Setiausaha Agung merangkap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Sehubungan itu, Mohd Khairuddin menyerahkan kes tersebut kepada kebijaksanaan Pas negeri untuk menanganinya.

"Kita sedia bersendiri walaupun tanpa DAP dan PKR, kita juga boleh bekerjasama dengan parti-parti baharu yang lain

"Kita akan bekerjasama juga dengan NGO untuk buat kerjasama politik ke arah politik baru tanpa mengabaikan keperluan rakyat itu khususnya dalam menghadapi pilihan raya akan datang," katanya lagi. -SH


PAS bantah PKR hadiri majlis Amanah di Kelantan

Perbalahan yang wujud antara PAS dan parti baru Amanah kini mengheret sama parti sekutu dua parti Islam itu iaitu PKR.

Dalam satu perkembangan terbaharu, PAS Kelantan telah menghantar surat bantahan rasmi kepada PKR berhubung kehadiran para pemimpin PKR negeri di majlis-majlis anjuran Amanah.

Surat bertarikh 13 Januari itu ditujukan kepada Setiausaha Agung merangkap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Berdasarkan salinan surat tersebut yang disebarkan di media sosial, Badan Perhubungan PAS Kelantan telah menerima laporan mengenai pemimpin PKR yang hadir sepentas dalam program anjuran PAN (Amanah) di Kelantan.

"Ekoran daripada itu, ia mencetuskan hubungan politik tidak selesa dan menjejaskan hubungan baik PAS-PKR di Kelantan," surat yang ditandatangani Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi itu dipetik.

Penglibatan para pemimpin PKR dalam program Amanah di Kelantan, ujar Che Abdullah bertentangan dengan semangat parti itu yang ingin mengekalkan hubungan baik dengan PAS Kelantan sebagaimana diharapkan Naib Presiden PKR, Dr Shahruddin Badaruddin semasa bertemu Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ahmad Yakub, baru-baru ini.

"Sehubungan itu Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan dengan ini menzahirkan rasa dukacita atas penglibatan tersebut, dan memohon agar ianya tidak diteruskan demi kebaikan bersama.

"Sensitiviti pihak akar umbi penyokong PAS di Kelantan tidak seharusnya dipandang ringan oleh PKR kiranya kita merasakan hubungan harmoni antara kedua pihak perlu diteruskan di negeri ini," kandungan surat itu dipetik.

PAS Kelantan, ujar Che Abdullah mengharapkan hubungan baik dengan PKR dapat diteruskan demi mempertahankan kerajaan Islam Kelantan dan menjayakan misi menumbangkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kami akan sentiasa memaklumkan kepada PAS Pusat mengenai perkembangan semasa politik di Kelantan khususnya mengenai hubungan PAS-PKR untuk pertimbangan dan tindakan badan tertinggi PAS seterusnya," ujar beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, sumber PKR mengesahkan menerima surat PAS Kelantan itu semalam namun enggan mengulas lanjut. Sumber juga memaklumkan tidak tahu menahu mengenai penyebaran surat tersebut di media sosial. - malaysiadateline


ULASAN GB

PAS bantah PKR hadiri majlis Amanah di Kelantan

Perbalahan yang wujud antara PAS dan parti baru Amanah kini mengheret sama parti sekutu dua parti Islam itu iaitu PKR.

Dalam satu perkembangan terbaharu, PAS Kelantan telah menghantar surat bantahan rasmi kepada PKR berhubung kehadiran para pemimpin PKR negeri di majlis-majlis anjuran Amanah.

Surat bertarikh 13 Januari itu ditujukan kepada Setiausaha Agung merangkap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Berdasarkan salinan surat tersebut yang disebarkan di media sosial, Badan Perhubungan PAS Kelantan telah menerima laporan mengenai pemimpin PKR yang hadir sepentas dalam program anjuran PAN (Amanah) di Kelantan.

"Ekoran daripada itu, ia mencetuskan hubungan politik tidak selesa dan menjejaskan hubungan baik PAS-PKR di Kelantan," surat yang ditandatangani Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi itu dipetik.

Penglibatan para pemimpin PKR dalam program Amanah di Kelantan, ujar Che Abdullah bertentangan dengan semangat parti itu yang ingin mengekalkan hubungan baik dengan PAS Kelantan sebagaimana diharapkan Naib Presiden PKR, Dr Shahruddin Badaruddin semasa bertemu Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ahmad Yakub, baru-baru ini.

"Sehubungan itu Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan dengan ini menzahirkan rasa dukacita atas penglibatan tersebut, dan memohon agar ianya tidak diteruskan demi kebaikan bersama.

"Sensitiviti pihak akar umbi penyokong PAS di Kelantan tidak seharusnya dipandang ringan oleh PKR kiranya kita merasakan hubungan harmoni antara kedua pihak perlu diteruskan di negeri ini," kandungan surat itu dipetik.

PAS Kelantan, ujar Che Abdullah mengharapkan hubungan baik dengan PKR dapat diteruskan demi mempertahankan kerajaan Islam Kelantan dan menjayakan misi menumbangkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kami akan sentiasa memaklumkan kepada PAS Pusat mengenai perkembangan semasa politik di Kelantan khususnya mengenai hubungan PAS-PKR untuk pertimbangan dan tindakan badan tertinggi PAS seterusnya," ujar beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, sumber PKR mengesahkan menerima surat PAS Kelantan itu semalam namun enggan mengulas lanjut. Sumber juga memaklumkan tidak tahu menahu mengenai penyebaran surat tersebut di media sosial. - malaysiadateline



Betul ker ni nak putuskan hubungan dengan PKR? Ada berani?

Acah ajer tu... takkanlkah nak lepaskan beribu-ribu jawatan dalam negeri Selangor... heheeh

Dan lagi boleh paksa-paksa parti lain pula supaya janhgan berkawan dengan DAP. Tak ada law yang boleh digunakan untuk melakukan demikian...

Entahlah, bunyi macam dah tersengat sangat-sangat...

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang parti celaka ini pergi multaqa sedondon dengan Umno tu, apakah jadahnya pula? Walhal semua kita tahu Umno itu adalah parti musuh utama PKR, tapi pemimpin parti celaka sial ini boleh pula duduk bersama dengan Umno.

Tanpa Nama berkata...

Wow, bahasa ahli syurga?

Tanpa Nama berkata...

Cakap Parti Islam ni semakin kuat sangat bila bersendirian. Alih2 nak kontrol parti lain pulak.

Kalo ginilah perangai tok tok lebai, memalukan Islam saja. Kalo kuat, buat la hal sendiri2. Jangan kacau parti lain punya hal.

Tanpa Nama berkata...

AlTakiiri ni kalu cakap, lebong mcam jual obat.menang parlimen 600 undi kebetulang naseb baek kerana protes/krisis dalamang ummo.woi takiiri orang seberang taker kenal sape mung..masok pas 2-3 hari ngampu tuang presideng jadi wakelrakyat,gaya pong berobah macang orang koporat. bila orang tegor presideng & Pas .. mung bukang maing lagi beri fatwa "munafek haraky'..lebong ikut sedap mulot macang orang mabok nasidagang kuoh lebeh. omboi bengkeng nyer ..nok ajor nok aroh pkr..nok suroh pkr dengor lebong bodow mung.. mung ni layok beri kuliah bab nikohkawen macang mana nok tamboh bini & jual obat & berniaga busana muslim supaya nampok sehat & jangok.
sapa mung wahai takiiri.?. berat nannang mung takiiri.. wat malu orang kelaut seberangtaker jer..pru 14 kekgi mung dok jadi doh wakelrakyat.. gi kelaut la weh... bangung bangung bangung ke laut ke laut ke laaauuut la takiiri.

seberangtakir teganung kite" ..

Tanpa Nama berkata...

altakiiri, altontowi, al abduhi, alzuhdi & al amar tongkat ali walpadang pasiiri tompok2 tahii untaa ya habiibi yaa baiah yaa tahalu siyasi ALSENDODOONI alfonso d'albuqerqi..
hoi takiiri aku cabor mung gi cakap/lebong kat selangor.orang Pas selangor dok cari makang numpang pkr-PH ..kalu mung lebong di selangor memang mung kene pelengkong dgn pelepoh nyor..asal ccakap bodow..mabok kerpok lekor ..wat maluu orang teganung kite jer

Mat Bon berkata...

Pandai lah pulak wajarkan kerajaan Selangor ni sebagai sebuah Kerajaan campuran :(. Kemudian nak serah kepada Iskandar nak kawtim PKR Selangor. Elok lah tu. Kalau ikut ayatnya ini; yang salah adalah PKR dan yang bodo adalah PKR & PAS Selangor.

abrarmujahideen berkata...

Fulus...Hadi awang asyik ungkit PAS parti lama..da berpuluh tahun..Yg jadi PAS dihormati adalah pemimpin sebelumnyer.. Kamu la Pemusnah PAS...da jd angkuh dan takbur

Tanpa Nama berkata...

"Jika"? Sejak jan 2015 Dah berapa kali "jika"? Cakap Tak serupa buat. Ni parti beragama????

Benbrahem berkata...

Ginilah...kalau Pas istiqomah mahu jadi parti kera sumbang tak payah ugut2, gertak2 PKR. Tanpa banyak songeh putuskan saja kerjasama politik Pas-PKR. Seelok2nya talak tiga. Kamu perasan jadi kuat sejak bersedondon dengan Umno. Betulkan dulu hala tuju Islam yang digariiskan dalam perlembagaan parti kamu dulu.

Tanpa Nama berkata...

Kepada semua kepimpinan PAS.mari sama-sama mencandat sotong.. bukan senang nak jadi pemimpin bro, cakap memang senang.. syok sendiri je laa. Tengok apa sudah jadi pada PAS yg kita bina selama ni..alahai....

Tanpa Nama berkata...

title DR ,tetapi tak pandai berfikir dengan matang atau sengaja berfikir ke arah itu."Prinsip Pas tidak berkerjasama dengan pengkhianat" belaiu seolah2 tidak dapat membezakan parti mana dan peminpin mana yang jadi pengkhianat.Bolih dikatan seluruh rakyat nampak parti Umno dan peminpn Umno yang jadi pengkhiant negara tetapi Pas ingin berkerjasama .Denagan Amanah dilebelkan pengkhianat .bukankah itu pelik? beginikah sikap dan pandangan ketua penerangan Pas ?,Rosak ,otaknya macam dah masuk debu bauksit.

Unknown berkata...

Kalau PAS rasa dah cukup kuat dan boleh hidup politik sendiri, sewajarnya mereka dengan segera putuskan hubungan dengan PKR di Sekangor dan di mana saja. Jangan buang masa lagi. Buktikan kejantanan PAS.

Setakat yg diketahui, di Selangor saja yg masih wujud PR. Di tempat lain telah wujud PH (PKR, DAP dan Amanah). Ini bermakna PKR tidak melakukan apa-apa kesalahan bila sepentas dengan DAP dan Amanah di luar Selangor. Apa hak PAS nak ugut dan perintah PKR supaya jangan berbaik-baik hubungan politik dengan DAP dan Amanah? Betulkan perahu sendiri agar kebocoran di sana sini tidak mengakibatkan karam.

Unknown berkata...

Apela nk jd dgn pas skrg... bercakap2 seolah2 dia tu sedang memerintah negara. Depan tgh kutuk kawan2 lama, belakang buaya tengah nganga mulut. Dekat2 pru pasni buaya tu ngap

Tanpa Nama berkata...

Marilah Membalak Bersama Ulamak dan Merompak Bersama HAMNO...

Anti Fitnah berkata...

Sudah-sudahlah PAS. Jangan cakap banyak sangat. Lagi cakap banyak lagi memalukan. Kalau tak boleh bersemeja dengan musuh, kenapa dok semeja dengan DAP kat Selangor? Kenapa nak berkawan dengan UMNO? Jangan buat-buat macam hangpa ni baik sangat.
Letih melihat puak PAS bercakap. Semakin hari semakin nampak macam menteri UMNO. Mungkin ini salah satu sebab Allah swt tidak mengizinkan PAS memerintah di Malaysia sebab tindak tanduk depa nanti akan memalukan Islam sahaja. Lepas ni kita tengok adakah PAS masih relevan kat Kelantan lagi tak?

Tanpa Nama berkata...

Masa kempen pru13, geng2 takiri ni xdikenali pun...abbeduh tantowi zuhdi ni mana org kenal...kempen ceramah jelajah PR pun xturun...yg jelajah turun pemimpin amanah sekarang bersama unit amal...pastu geng takiri ni nak berkokok skrg...kata diperkuda dap...dulu pemimpin dap pkr dan amanah yg sepentas jelajah seluruh negara berkempen berdebat dan mcm2 lagi siang dan malam bekerja utk memastikan kemenangan PR.tiada istilah diperkuda..sama2 bekerja..berterima kasih pada unit amal yg juga membantu.nk harap geng takiri mmg xde lgsg pun.geng takiri ni mana pegi dulu?? membuta bawah ketiak bini...pastu sejak kemenangan geng takiri ni dlm muktmar, baru berkokok...shy2 tiger la kepala hotak kau...sebelum ko cakar2 rimau, mat sabu tu dah berpuluh juta kali masuk penjara naik mahkamah...habis polis pemimpin semua dia dh baham...ko setkat baru naik stage berucap pun menggigil gigil, baru belajar bercakap,nak kata kau shy2 tiger....puuiii....pkr, sila putuskan saja hub dgn pas...pas sdg dlm keadaan riak dan takbur..dia merasakan kemenangan geng2 dia dlm muktamar aritu menunjukkkan geng dia kuat dlm pas....biarkan dia bersendiri...dan PH perlu nekad menghadapi bn dan pas dlm pertandingan 3 penjuru....Jgn takut pada Pas...dia tidak mampu kemana2 kecuali kelantan..pun mungkin tipis...

Tanpa Nama berkata...

Akhlak tak mencerminkan islam..dia khianat pr boleh..dasar ulamak sewel..

Tanpa Nama berkata...

Teruk benor saing ambe org ganung baham attakiri. Hahaha...sikit2 doh arr boh!Pas ni mcm pemimpin sedondong kabor...duduk pakat nge saper pun dia akan maroh dan baloh denge orang tu. Nasib aar Pas. Kuala Nerus ni pelek skit...tukor sokmo tok wakil antara Pas dengan BN. Pru 14..out arr attakiri baham di attakanan pulok.

Tanpa Nama berkata...

Tak terkejut pun dgn tindakan PAS sbb sejak dari dulu dia jadi leader dlm Pakatan. Sebab Nampak tak boleh makan maka buat onar lah. Buah dia nak suruh orang dengar, buah orang dia tak dengar. Tak boleh buat kawan orang macam ni. Dia balah dgn orang tu, dia pun nak suruh semua orang balah sama. Islam tak suruh macam ni. Umno musuh PKR tapi bakpo pemimpin utama PAS boleh sertai bersama pemimpin UMNO. Mu jgn rasa mu kuat, kalu mu dok keras kerak nak bersendirian begini habislah. Aku pengundi dengar ayat " PAS tak akan bergabung dgn UBN tapi sentiasa berkerjasama dalam hal-hal untuk kebaikan melayu dan islam " pun dah tahu isi hatinya. Nak kata nak bergabung, tahu dah ahli tak terima lepas tu royak nak kerjasama dlm hal islam. Jual islam lagi. Ahli PAS kalu tak pegang jawatan diperingkat tertinggi parti kemudian jadi calun dlm PRU 14 nanti ( berlaku 3 penjuru ) dan kalah jawabnya dok lepat kedai kopilah, tadak siapa nak kelih dah. Nak jadi tok penghulu pon tak leh, ikan lapam dlm umno ramai dah tunggu tu. Jadilah orang yang boleh berfikir bukan sebagai pak turut.

Abdul Said berkata...

Saya tak tahulah sama ada Pendaftaran Pertubuhan ada kuasa atau pun anggota untuk memantau penjawat-penjawat jawatan dalam semua pertubuhan berdaftar yang tidak waras atau mereng atau pun sawan. Kalau ada klausa seumpama eloklah pendaftar mengambil tindakan agar tak ada orang-orang seumpama memegang jawatan, lebih-lebih lagi jawatan dalam parti-parti politik. Sebagai langkah berjaga-jaga pihak pendaftaran boleh mengarahkan orang-orang seumpama menjalankan satu siri pemeriksaan otak oleh satu panel perubatan pakar dari Kementerian Kesihatan. Jangan lambat bertindak nanti nyaya kepada pengundi-pengundi kerana terundi orang-orang gila.

Tanpa Nama berkata...

orang teganung memang power kaw kaw komen kat altakiiri aljimaa' walbini.ahli parlimen kuala nerus tapi duduk di bangi..wakil rakyat jangok ..ha haa

benartetapbenar berkata...

Kami tahu mung dok mulo carik pasal dgn pkr plak........ mung dok tunggu lampu ijau dr najib jer nok lopat brsama umno/bn... kawe baco dahtektik bodo mung wei

Tanpa Nama berkata...

nampak sangat pas mengamalkan politik kurang matang dan kebudak-budakkan... eh kalau kau kawan dengan dia aku takkan kawan dengan kau.... mcm tu la ayat biasa zaman kanak2 kita dlu yg kini pas pula cenderung bersifat mcm budak2....

Tanpa Nama berkata...

Hoi tengok muka dulu lah baru boleh ngaku ku putehhhhhhhh....