28 Jul 2015

[VIDEO] Pecat Muhyiddin & Ghani Patail, Usaha Najib Selamatkan Diri? -UPDATED


Muhyiddin tersingkir dari kabinet

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan rombakan kabinetnya sebentar tadi. Seperti dijangka Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkir dan diganti Datuk Seri Dr Ahmad Hamidi.

Ia juga menyaksikan beberapa menteri kanan lain tersingkir.

Selain Muhyiddin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digugurkan jawatan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Begitu juga dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Turut menerima nasib Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel.

Manakala beberapa mereka yang sebelum ini tidak memegang portfolio dilantik semula ke kabinet.

Antara mereka Datuk Seri Salleh Said Keruak yang dilantik menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Mengulas mengenai penyingkiran Muhyiddin, Najib turut menyelar tindakan timbalannya kerana menjadikan pentas terbuka untuk menyerang kepimpinannya.

“Perbezaan pendapat tidak boleh dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan kerajaan dan negara”, katanya dalam pengumuman itu.

Sebelum ini, perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara tamat semalam.

Menurut Bernama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa mengumumkan bahawa perkhidmatan Abdul Gani ditamat atas sebab kesihatan

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik menggantikan Abdul Gani,
katanya.

Perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara tamat semalam.

The Malaysian Insider melaporkan penyingkiran secara tiba-tiba Gani Patail sebagai Peguam Negara hanya akan mengukuhkan lagi "teori konspirasi" yang perdana menteri, yang disiasat berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), berkeras mahu mengekalkan kedudukannya menerajui pentadbiran negara, kata sebuah badan pemikir.

Menegaskan yang penyingkiran Gani tidak boleh diterima, terutamanya kerana beliau sebahagian daripada pasukan petugas khas kerajaan yang sedang menyiasat operasi 1MDB, ketua Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata, langkah itu akan menimbulkan banyak persoalan mengenai niat di sebalik "pemecatan" Gani.

"Perkhidmatan Gani memang pun sepatutnya berakhir pada Oktober, jadi tidak ada sebab untuk lakukan pemecatan awal ini.

"Rakyat sudah bercakap tentang kemungkinan satu konspirasi terdesak oleh perdana menteri untuk terus kekal berkuasa.

"Tindakan ini malangnya menguatkan lagi teori konspirasi itu dan seterusnya melemahkan kuasa moral jika Datuk Seri Najib Razak terus berpegang pada jawatannya,"
katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, menyingkirkan Gani tidak akan menyelesaikan apa-apa, sebaliknya mengundang lebih banyak persoalan.


UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP DATO’ SERI NAJIB TUN RAZAK KE ARAH PENUBUHAN KERAJAAN PERALIHAN (“TRANSITION GOVERNMENT”)


Sejak pendedahan-pendedahan mengenai keterlibatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berhubung tuduhan salahlaku pengurusan dana 1MDB dibuat, seluruh negara menjadi mangsa apabila urusan pentadbiran dan pembangunan dikorbankan demi percaturan politik beliau.

Keadaan menjadi parah kebelakangan ini sejak pendedahan Wall Street Journal (WSJ) mengenai pemindahan wang sejumlah RM2.6 bilion ke akaun yang dituduh milik peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Beberapa minggu ini, seluruh negara diheret dengan pelbagai desas-desus pergolakan politik dalaman Umno seperti berikut:

1. Perpecahan dalaman di dalam Pasukan Petugas Khas (“Special Task Force”) yang diamanahkan menyiasat penglibatan Perdana Menteri kepada dua kumpulan – satu yang ingin menyelamatkan Perdana Menteri dan satu lagi yang ingin mendakwa Perdana Menteri. Perkara ini disahkan dengan berita pemecatan Peguam Negara pada hari ini.

2. Pemecatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri kanan dari Umno untuk mengukuhkan kedudukan Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Segala desas-desus begini adalah tidak baik untuk negara kerana ia menimbulkan ketidaktentuan politik, ekonomi dan sosial. Kedegilan Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk terus berkuasa akan mengheret negara dengan ketidaktentuan selagi ia tidak diselesaikan segera.

Kami mengutuk sekerasnya-kerasnya tindakan mementingkan diri oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mengheret seluruh negara sedangkan tanggungjawab beliau adalah mentadbir dan menguruskan negara dengan cekap, telus dan amanah.

Oleh yang demikian, pimpinan-pimpinan KEADILAN, DAP dan Harapan Baru yang hadir pada hari ini menyeru supaya ahli-ahli Parlimen dari Barisan Nasional yang sayangkan negara supaya mengambil tindakan drastik menyokong penubuhan sebuah kerajaan peralihan (“transition government”) dengan terma rujukan yang khusus seperti berikut:

1. Perlantikan seorang Perdana Menteri interim dari kalangan pimpinan terkanan (“elder statesman”) bagi tempoh satu tahun sehingga PRU14 yang dipanggil di akhir tempoh tersebut.

2. Reformasi institusi-institusi penting untuk memastikan PRU14 akan berjalan dengan adil dan keluhuran perlembagaan dan undang-undang dikembalikan.

3. Penyelesaian kepada skandal-skandal utama negara termasuk 1MDB dengan matlamat memastikan mereka yang bertanggungjawab di bawa ke muka pengadilan.

4. Merombak dasar-dasar ekonomi yang menindas rakyat.

Penubuhan kerajaan peralihan ini boleh diadakan dalam masa terdekat sekiranya ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional bersama-sama ahli-ahli Parlimen KEADILAN, DAP dan Harapan Baru menyokong satu usul tidak percaya terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak. Usul in boleh dibuat diluar sidang Parlimen atau semasa sidang Parlimen akan datang.

Dengan desas-desus yang tersebar luas bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, sudah sampai masanya beliau dan kumpulan beliau serta ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang lain yang cintakan negara menyokong satu usaha menubuhkan kerajaan peralihan melalui satu undi tidak percaya kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Kami juga memberi amaran kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk tidak mengambil peluang dari pergolakan dalaman Umno ini untuk terus menyalahgunakan kuasa dengan menahan pimpinan-pimpinan pembangkang, pengamal media dan mereka yang mengkritik pentadbiran beliau. Sekiranya beliau meneruskan amalan biasa Umno yang memenjarakan lawan politik pembangkang ketika berlaku pergolakan dalaman Umno, kami pasti ratusan ribu rakyat akan turun ke jalanraya yang akan mempercepatkan kejatuhan beliau.

Kami akan membawa pulang cadangan undi tidak percaya terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak ke arah penubuhan sebuah kerajaan peralihan (“transition government”) untuk diperhalusi di peringkat parti masing-masing. Kami yakin rakyat mahu melihat satu kepimpinan yang tegas dari parti-parti pembangkang agar kemelut ketidaktentuan akibat pergolakan dalaman Umno dan tuduhan rasuah terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak ini dapat dihentikan serta merta untuk mengembalikan urusan pentadbiran negara yang mengutamakan kebajikan rakyat.

28 Julai 2015

Mohamad Sabu
Dr Dzulkefly Ahmad
YB Khalid Samad
YB Saari Sungib
YB Dr Siti Mariah
YB Hanipa Maidin
YB Dr Hatta Ramli
YB Kamarudin Jaffar
YB Hasnul Baharuddin
Hj Izham Hashim
YB Tony Pua
YB Teresa Kok
YB Liew Chin Tong
YB Rafizi Ramli
Dato’ Saifuddin Nasution
YB Sim Tze Tzin
YB Wong Chen



KENYATAAN MEDIA

PEMECATAN PEGUAM NEGARA MELANGGAR PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN : ADAKAH IANYA BERKAITAN DENGAN SIASATAN KES 1MDB DAN AKAUN MISTERI PERDANA MENTERI?

1. Hari ini Malaysia digemparkan dengan rombakan kabinet yang menyaksikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin dan beberapa orang lagi Menteri digugurkan. Selain itu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail juga telah ditamatkan perkhidmatannya pada hari ini atas alasan kesihatan. Saya akan mengulas berkaitan rombakan kabinet ini pada kesempatan yang lain. Sebagaimana yang kita maklum, pengguguran atau pelantikan mana-mana Menteri adalah bidang kuasa prerogatif seorang Perdana Menteri sebagaimana yang digariskan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Bagi saya, peristiwa pemecatan Gani Patail sebagai Peguam Negara adalah lebih serius dan memerlukan perhatian daripada seluruh rakyat Malaysia memandangkan ianya dibuat secara tergesa-gesa dan terbukti melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, jawatan Peguam Negara adalah setaraf kedudukannya dengan Hakim Mahkamah Persekutuan. Seorang Peguam Negara, walaupun memegang jawatan atas perkenan Yang Dipertuan Agong, hanya boleh diberhentikan dengan menggunakan cara yang sama untuk menamatkan perkhidmatan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan. Hal ini jelas dinyatakan di dalam Perkara 145(6) Perlembagaan Persekutuan.

3. Seorang Hakim Mahkamah Persekutuan hanya boleh diberhentikan atas alasan-alasan yang dinyatakan di dalam Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan iaitu atas sebab salah laku, hilang upaya melakukan tugas sama ada atas sebab kelemahan tubuh badan atau akal fikiran atau atas apa-apa sebab lain yang menyebabkan dia gagal menjalankan tugasnya.

Namun dalam keadaan wujudnya alasan-alasan untuk memecat seorang Hakim Mahkamah Persekutuan atau Peguam Negara, Perdana Menteri atau Yang Dipertuan Agong tidak boleh membuat pemecatan begitu sahaja. Tetapi hendaklah ditubuhkan suatu tribunal dan hanya atas saranan dari tribunal tersebut barulah Yang Dipertuan Agong boleh memecat Hakim Mahkamah Persekutuan atau Peguam Negara.

4. Malangnya di dalam kes Gani Patail ini, tiada sebarang tribunal ditubuhkan bagi memberi rekomendasi kepada Yang Dipertuan Agong sebelum Gani Patail ditamatkan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara. Dalam keadaan berlaku perlanggaran Perlembagaan secara terang-terangan ini yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia, ianya seolah-olah bakal mengheret negara ini ke dalam suatu Krisis Perlembagaan sekali lagi mengulangi peristiwa pemecatan secara tidak sah yang dilakukan oleh Kerajaan ke atas bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada tahun 1988.

Saya juga melihat penamatan jawatan Gani Patail dengan hanya melalui kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara tanpa sebarang makluman rasmi kepada beliau bukan sahaja melanggar Perlembagaan dan undang-undang bahkan ianya kelihatan sangat biadap dan tidak menghormati institusi Peguam Negara itusendiri.

5. Timbul persoalan sekarang, kenapakah Peguam Negara ditamatkan perkhidmatan secara tiba-tiba atas nasihat Perdana Menteri di dalam keadaan Perdana Menteri sedang disiasat atas kes 1MDB dan penyaluran wang berjumlah RM2.67 bilion ke dalam akaun peribadi yang dikatakan milik Perdana Menteri?

Alasan faktor kesihatan langsung tidak masuk akal kerana Tan Sri Ghani terus kekal sebagai Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sehingga tempoh bersara wajib beliau pada 6 Oktober 2015. Apakah kerana penyiasatan yang dijalankan terarah kepada bukti-bukti yang akan memalitkan diri Perdana Menteri dan mendedahkan Perdana Menteri kepada suatu pendakwaan jenayah? Apakah penamatan Gani Patail adalah suatu "pre-emptive strike" untuk menghalang pendakwaan dijalankan ke atas orang-orang tertentu memandangkan hanya Peguam Negara sahaja yang berkuasa untuk menjalankan pendakwaan jenayah di Mahkamah? Saya menuntut agar Perdana Menteri segera menjawab persoalan ini.

6. Dalam suasana ketidaktentuan ekonomi dan politik yang berlaku dalam negara ini yang borpotensi untuk menjerumuskan Malaysia ke dalam jurang yang sangat merbahaya, saya juga menyeru supaya Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia segera bertindak mengumpulkan kesemua Ahli-ahli Parlimen yang progresif dan bersatu hati di dalam menghentikan kebobrokan yang dilakukan oleh Kerajaan UMNO/Barisan Nasional bagi menggerakkan suatu inisiatif untuk menyelamatkan Malaysia.

"Selamatkan Rakyat Dan Negara Yang Kita Cintai!"

DATO’ MAHFUZ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
28 Julai 2015/12 Syawal 1436H



AG digugur untuk elak PM ditahan? Pengguguran tak sah?

Menggantikan AG bukanlah satu kesalahan.
Namun, menggugurkan AG yang terlibat dengan siasatan skandal yang melibatkan PM yang mencadangkan pengguguran itu ketika kemuncak siasatan, menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena.

Apa lagi tuan punya diri, seperti dilaporkan Malay Mail Online, tidak tahu menahu dengan pengguguran itu.

Jika tuan punya diri masih sihat tetapi alasan beliau digugurkan adalah sakit, lebih menimbulkan tanda tanya.

Apalagi ada berpandangan pemecatan AG memerlukan penubuhan sebuah tribunal terlebih dahulu.

Kenapa AG perlu digugurkan begitu gopoh?

Jika ia bertujuan untuk mengubah haluan siasatan 1MDB, ternyata negara berhadapan dengan ancaman yang amat kritikal.


A check by showed that the Federal Constitution stipulates that the person holding the position of AG can only be removed via a tribunal appointed by the Yang di-Pertuan Agong.

Article 145 (6) states: The person holding the office of Attorney General immediately prior to the coming into operation of this Article shall continue to hold the office on terms and conditions not less favourable than those applicable to him immediately before such coming into operation and shall not be removed from office except on the like grounds and in the like manner as a judge of the Federal Court.

In relation to the removal of a Federal Court judge, Article 125 (3) states: If the Prime Minister, or the Chief Justice after consulting the Prime Minister, represents to the Yang di-Pertuan Agong that a judge of the Federal Court ought to be removed on the ground of any breach of any provision of the code of ethics prescribed under Clause (3b) or on the ground of inability, from infirmity of body or mind or any other cause, properly to discharge the functions of his office, the Yang di-Pertuan Agong shall appoint a tribunal in accordance with Clause (4) and refer the representation to it; and may on the recommendation of the tribunal remove the judge from the office.

SELAMATKAN NEGARA!!!

Husam Musa
28 Julai 2015



MP perlu bersatu hadapi keruntuhan integriti PM – Husam Musa

Teguran terbuka timbalan perdana menteri adalah suara hilang kepercayaan kepada perdana menteri.

Ini juga bermakna perdana menteri gagal meyakinkan anggota Kabinetnya tiada yang tidak kena dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ucapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertikaikan penggantungan permit The Edge dan mencadangkan laporan interim 1MDB dari Ketua Audit didedahkan kepada umum juga satu cabaran terbuka terhadap kewibawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malangnya, satu-satunya pertahanan Najib terhadap keruntuhan integritinya adalah larangan bersuara!

Arahan terbuka Najib supaya semua pihak, termasuk timbalannya sendiri, mesti membisu sepanjang isu 1MDB, membuktikan Najib tidak lagi mengambil kira integriti diri dan kerajaan yang dipimpinnya.

Demi 1MDB, Najib sanggup melakukan apa sahaja tanpa mempedulikan lagi nasib negara dan maruah dirinya.

Bermakna, jika beliau kekal sebagai perdana menteri, lebih banyak malapetaka terhadap negara akan berlaku.


Andainya Muhyidin dipecat dari Kabinet, semua ahli Parlimen yang mempunyai kesedaran untuk menghentikan kerakusan kuasa dengan membelakangkan kepentingan negara hendaklah mengusahakan satu tindakan bersama mengikut amalan demokrasi sedia ada.

Muhyidin bukan tokoh terbaik tetapi membiarkan 1MDB merosakkan lagi negara ini adalah lebih memudaratkan.

Saya mengulangi seruan saya supaya MP ada kesedaran patriotik mengambil satu inisiatif bersama.

Selamatkan negara !!!















IKLAN BERBAYAR





27 ulasan:

Anti Fitnah berkata...

Malaysia Boleh..........
Hidup Malaysia...........
Salam 1 Malaysia .........
Apa lagi ada di Malaysia Ku ini ......

zab berkata...

Saya tak lah arif sangat, tapi tidakkah AG hanya boleh ditamatkan perkhidmatan bila dia letak jawatan, atau bersara wajib? Kalau nak digugurkan, saya rasa pelembagaan persekutuan amat jelas, iaitu dengan tribunal.

Apapun, seperti dalam filem 'gun fight at OK corral', drama ini masih belum berakhir.

Tanpa Nama berkata...

inilah catur politik namanya... Najib nak kekalkan kuasanya, Muhyidin dan Shafie Apdal nak naik pangkat, Mahathir nak kekalkan legasi pak angguk...
checkmatenya setakat ini adalah tukarkan kpd kerajaan Pakatan Rakyat 2.0 pada pru akan datang...ambil contoh Selangor sewaktu di zaman khir toyo dan skrg... anda mampu mengubahnya...

Tanpa Nama berkata...

selesai kah masalah?? MDB1 masih kt situ, altantuya, scorpene, .....melambak lgi bagasi busuk

Tanpa Nama berkata...

Nak selamat parti atau.......

omar daud berkata...

Salam

Sunatullah BERJALAN:
KONSPIRASI SODOMI PERTAMA:
Orang2 yg meniniayai DSAI:

Dr. Ristina meninggal dlm keaiban.
Hakim gula-gula hacks mati tak sempat naik pangkat
Hakim Jaka meninggal tak sempat naik pangkat.
Megat Junit meninggal tinggalkan isteri muda, zeila.
Bekas IGP sekarang hidup tak tentu hala.
Azizan kematian isteri,SEKARANG HIDUP MERAPU.
Abdullah dugung meninggal kerana roasak tengkorak kepalanya.
Dato ' Lamin meninggal ,rumah kena lelong anak2 berkelahi.bercerai -berai.

YANG TINGGAL HANYA 2 SAHAJA LAGI,Dr.Mahathir dan Ghani Patail.
untuk KONSPIRASI SODOMI KA-2,dan ulamak2 yg mengiakanya, TUNGGU ..sunatullah tetap akan datang jua!!
WALLAHUALAM.

Tanpa Nama berkata...

Hukuman perintah larangan bersuara sehingga memecat menteri , timbalan menteri mahupun Peguam Negara. DSN bakal berdepan gelombang kebangkitan rakyat!

dinULTRAMAN berkata...

aku tak setuju, kerana nama harun din tidak dimasukkan sekali sebagai PM sementara.

shahgarage TIMING BELT berkata...

maaf nk tanye kuasa AGONG tidak boleh bertindak ke???????KUASA RAJA RAJA???KUASA AGONG ????BERSUARA LA YG MULIA BAGINDA PERTUAN AGONG..Kes dana 1MDB ke akaun najib...badan siasatan khas xjadi ape la da najib perdana menteri semua bawah dia..kalau dia salah pon dia boleh adjust hadi xsalah da semua duk bawah dia..peguam negara ditamatkan tempoh tugas..muhyidin yassin kena buang TPM..ape cerita sekarang??rakyat protes dkat laman sosial kena tindakan..buat perhimpunan aman protes najib pn sama jugak kena tangkap..RAKYAT sekarang nk suarakan pada siapa??????kuasa tentera pn xboleh.. kuasa polis negara kita..bukan kuasa tentera macam negara lain.terikat kaki tangan jadi RAKYAT..perdana menteri dipilih atas kuasa dipilih RAKYAT..sekarang RAKYAT banyak xsuka najib..kenapa tidak bg RAKYAT yg pilih dgn cara RAKYAT undian menteri2 yg ada dlm kerajaan sapa nk diberi kuasa jadi perdana menteri.. bukan dgn dapat sokongan jemaah menteri nk jd PM. buat bodoh mcm RAKYAT tungguk..rakyat didalukan kau mcam ni najib..

Tanpa Nama berkata...

Bagus. Bang gani pun dah ada bersama2 kita. Sebenarnya aku lebih suka najib pahlawan bugis buat benda2 yang menambahkan lagi kemarahan rakyat hingga rakyat tidak kira parti bangkit melawan dan menguburkan terus bn selama2nya DAN kita bangun membina semula negara ini dengan secantik2nya.

Tanpa Nama berkata...

Bang din aku tak nak! Dia terlalu lembab dan pandai berjanji saja. Last2 semua projek bagi kat cina kroni jugak. Kontrakter Bumiputra macam aku ni merempat walau ada merit. Banyak orang kita kecil hati dengan dia. Kalau ingat balik janji dia dulu, sangat2 kecil hati. Dah kau down macam ni, boleh ke bang din tunaikan janji2 dulu?

Tanpa Nama berkata...

Najib belajar dari Madey. Tak sebulu pecat timbalan. Sekrg what comes around turn around. Rasakan lah Madey mcmana ko buat kt DSAI & yg lain2 ko pecat. Baru tahu Najib tu siapa. Dia tak bodoh. Bkn sebarang org yg bole ditundukkan. Kembali lah ke landasan yg benar sementara peluang masih ada. Buang sentimen politik kotor & pikirkn jalan terbaik utk selamatkan Malaysia!

Tanpa Nama berkata...

Omar daud .jangan lupa nama saifool,lima yang jatuhkan hukum ,penguasa malaysia.ramai lagi lah,

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya ada hikmah di sebalik najis terus memrintah malysia kerana makin lama dia tadbir makin banyak bala menimpanya,senang bagi kit untuk capai PRU 14 nanti ,kalau ditakdirkan Mahyudin jadi PM dan mentadbir cara adil ,susuah kita GHB nak amik alaih putrajaya,Teruskan najis berkuasa ,kalau boli Najis amik sama Hadi dan haron untuk kuatkan Umno.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih En Omar Daud. Aku masih terbayang gambar yang rosak tengkorak buat tanda 'V' bila DSAI dipenjarakan. Bila bil hospital dah masuk ribu-ribu beliau pindah kat HKL. Pelawat tak dibenarkan. Bos aku pergi melawat katanya otak membengkak. Tak taulah sebab apa. Mungkin sebab banyak ilmu undang-undang Malaysia kot!!!

Sentiasa Panas berkata...

Puncanya kerana kelemhan najib. Soalan budak sekolah rendah pun tak boleh jawab dengan telus..

Tanpa Nama berkata...

Allah sedang menguji makhluk ciptaanya. Adakah makhluk ini membiarkan kezaliman berleluasa atau berusaha menghapuskan kezaliman. Jika makhluk itu membiarkan kezaliman terus berlaku, maka bala atas kezaliman itu berbaik kepada semua makhluk termasuklah para ulama.

Abdul Said berkata...

Apasal nama Hadi Awang dengan Harun Din tak ada??????

Tanpa Nama berkata...

Aku telah baca kenyataan TS Muhyiddin setelah dipecat, yang menyatakan dia terima pemecatan dengan hati terbuka.

Bila difikirkan balik, TS Muhyiddin boleh bersikap terbuka dengan pemecatannya kerana pemecatannya tidak berserta dengan tuduhan seperti ada seks luar tabii dan macam-macam lagi tuduhan sepertimana yang DS Anwar Ibrahim kena dulu.

Jikalah TS Muhyiddin dipecat berserta dengan tuduhan seperti yang DS Anwar kena, nescaya TS Muhyiddin akan melakukan tindakan yang sama sepertimana DS Anwar pernah melakukannya pada tahun 1998 dahulu untuk membersihkan nama yang tercemar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab (Tun Mahathir).

Bro Hairi berkata...

Tengok la...apa nk jadi lepas ni...

Hati Muda berkata...

saya teruja dengan maklumat saudara omar daud

lukman hussain berkata...

Kita bukan nak tpm di pecat yg kita nak ialah pm dipecat...

Tanpa Nama berkata...

Najib langgar Perlembangaan? Dia peduli APA.Aku PM maaa.ada kuasa Veto.sedangkan Perak yg dikuasai PR dulu pun Tumbang.inikan pecat Peguam Negara.tarak hal laaa

Tanpa Nama berkata...

Selamatkan Malaysia

Tanpa Nama berkata...

agak2 apa anwar buat dlm penjara?

dlm usia begitu tentunya mendekatkan diri kpd Allah

berdoa munajat

mungkin itulah serangan ghaib dr Sg Buloh yg mana musuh
merasa bongkak akan menerima panahannya

kepada UG yg redha dgn kezaliman terhadap anwar, kau org pun masuk senarai akan menerima hukuman kerana redha dgn kezaliman demi politik sempit UG dan hadi.

sekarang pun dah mula dibenci rakyat. sokong lagi lah puak zalim

Azmil Arif berkata...

Ok terus kan jibwe

Tanpa Nama berkata...

pemberita: apa pandangan saudara tentang pemecatan gani?
anwar: dulu dia buat saya macam2. sekarang tanggunglah.
pemberita: macam mana dengan si jawa zahid sebagai tpm?
anwar: kalau dia fikir dia hebat keluarkan saya dari penjara.
pemberita: patutkah muhyiddin dipecat sebagai tpm?
anwar: ini saya tak berani komen. takut...
pemberita: pasal apa?
anwar: sebab sultan johor sokong dia.
pemberita: (garu kepala) ???
anwar: ada lagi soalan?
pemberita: takda... takda... takda...
skrip: kabinet 1mdb
tema: untuk gelak saja kah... kah... kah...