Keengganan polis membuat siasatan baru kes pembunuhan Altantuya Shariibuu, menunjukkan sikap lepas tangan pihak berkuasa itu dalam memberi keadilan kepada mangsa.
“Mereka tidak minat untuk cari siapa yang bunuh Altantuya. Nampaknya, Ketua Polis Negara (KPN) tidak endah ada pembunuhan walaupun jelas beberapa orang terlibat.
“Mereka tidak nampak keperluan untuk melihat siapa yang membunuh dan mendapatkan satu keadilan terhadap mangsa pembunuhan.
“Nampak sangat mereka lepas tangan, tak ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku, ini merupakan cara menutup jenayah,” kata Ketua Biro Guaman PKR, Latheefa Koya kepada TV Selangor.
KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menyatakan siasatan baru tidak perlu dan mahu semua orang perlu menghormati keputusan mahkamah.
Latheefa menyifatkan, siasatan tidak profesional polis boleh memberi kesan terhadap sesuatu kes di mahkamah.
“Kerja polis tak mantap, tak complete (selesai) dan memberi satu penyiasatan yang tidak sempurna ke mahkamah.
“Sudah tentu mahkamah perlu melepaskan sesoerang itu kalau tak cukup bukti. Yang salahnya polis kerana siasatan tidak profesional,” katanya. -selangorku
ULASAN GB
Cuma ada satu pilihan untuk pastikan kes kematian Altantuya dibuka semula dan heret mereka yang terlibat ke muka pengadilan:
TUKAR KERAJAAN!
7 ulasan:
Buat apa polis nak buang masa pi siasat pulak? Pekara ni dah jelas budak Tuya tu mari dari rumah dia siap ada pasang bom kat badan, coma dia salah pilih tempat meletupkan bom tersebut, patotnya dia pi meletup la kat tempat lain.
Mahkamah pon dah bagi putusan semua suspek tak telibat, tiada bahan peledak seperti didakwa yang hilang dari simpanan tentera, lagipon tiada rekod budak Toya tu memasuki negara ini. Macamana pulak tetiba dia buleh mati kat sini?
Ajaib sungoh!
Lebih ajaib ada pulak pihak suroh polis ulang siasat.
Tak lama ada orang mendakwa dia nampak telor ayam 4 segi, kemudian suroh orang siasat, mana ada telor ayam 4 segi, buang masa siasat benda benda macamni
Kan Khalid dilantik oleh najib, lagi pun UFB kata sudah takdir IGP x nak siasat, nanti kita dikatakan lawan takdir Tuhan. Apa pendapat Harunsani? berdosa ada ilmu tapi diam.
Najib: Good dog, good dog.
Info:-
(1) Info forensik: DNA sah milik altantuya,tembak gune pistol dan letup gune c4
(2) Aku copy paste info ko: Takde rekod bahan letupan ilang,xde rekod die masuk negara ni.
Pastu aku copy paste soklan ko sendiri, "mcm mane pulak die buleh mati kat sini."
Ko x nak tau ke ape jwpn utk persoalan ko tu....?
Kalau nak,polis kene buat siasatan baru......
Kalau ko rase die bunuh diri,polis kene buktikan.
If let say ko ckp die bunuh diri,dan memang betul xde rekod bahan letupan hilang dan rekod imigresen,persoalannya:-
(1) mane die dpt bom c4 dan pistol?
(2) mcm mane die masuk negara ni tanpa rekod?jalan kaki,naik tongkang seberang sempadan,etc.
(3) die xde pasport ke sampai bersusah payah masuk malaysia tanpe izin?atau ade pihak yg blacklist die x bleh masuk negara ni gune pasport?kalau betul kene blacklist atas alasan ape?
(4) ape tujuan die dtg malaysia tanpe izin?nak carik keje?nak melancong?nak jumpe pakwe?
(5) kenape die bunuh diri?tekanan hidup sebab masalah kewangan,keluarga,pakwe,etc?
(6) kalau betul die bunuh diri,kenape tibe2 sirul ckp die di kambing hitamkan?kesian die x pasal2 jadik binatang plak....hahaha.sape la yg terer sgt tukar die jadi kambing warne itam tu ek.hahaha.
Wassalam
Tanyalah Ahli Nujum Negara atas persoalan yang maha kelam kabut ni.
TAPI siapa ahli nujum itu?
Rosmahkah,Najibkah,Gani 4tail @@@@@?????..
Penjahat Disembunyikan oleh org jahat sbb org jahat takut kejahatannya dibongkar oleh org jahat ,Jahat sungguh penjahat itu sehinngakan org jahat itu terus dgn kejahatannya daripada dihukum dari perbuatan jahatnya.Hanya org baik je yang mampu membongkar kejahatan itu setelah org baik ini diMANDATkan oleh org baik.
Atantuya shj yg tahu siapa yg membunuh Altatuya DAN saksi disekelilingnya seperti Pokok pokok,tanah tempat tumpah darahnya.
Yang Lebih Tahu Hanya ALLAH swt dan Org Jahat akan dibalas olehNYA.
Anjing yg diberi makan dan dipelihara tuannya, tak akan gigit tangan tuannya.
Najib tahu perkara ini x boleh bertahan lama,nanti akan meletop kembali, tapi apa nak buat, try the best.
Catat Ulasan