16 Sep 2013

Dr. Mahathir Kata Umno Mengidap “Sakit Tua Dan Bakal Mati”


Menjelang pemilihan Umno hujung tahun ini, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati parti Melayu itu agar melantik pemimpin muda kerana ia (UMNO) sedang menghidap "sakit tua" dan bakal "mati".

"Ini naluri manusia. Lambat-laun manusia akan menemui ajalnya," kata Dr Mahathir.

Beliau yang pernah berkhidmat selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri menegaskan hanya dengan pemimpin muda, Umno akan dapat meneruskan legasi mereka memerintah negara ini.

"Pembaharuan umat manusia ialah melalui zuriat. Anak kita, cucu kita, cicit kita akan kekalkan kita secara tidak langsung di dunia, akan sedikit sebanyak meneruskan sumbangan kita yang terdahulu," katanya dipetik dari akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Meskipun jelas Dr Mahathir, beliau cuba untuk menyedarkan Umno berhubung perkara itu, ada pihak yang memandang serong terhadapnya, malah menuduh beliau mempunyai agenda tersendiri.

"Malangnya ada pihak yang berpendapat tulisan saya mempunyai agenda tertentu, kononnya kerana saya ingin kekalkan kepimpinan saya melalui anak saya.

"Jika saya ingin tolong anak saya, sepatutnya saya berusaha semasa saya jadi Perdana Menteri," kata bekas Presiden Umno itu lagi.

Tegasnya, hanya jika Umno diperbaharui oleh generasi muda barulah parti Melayu itu dapat meneruskan perjuangan-perjuangan yang diamanahkan kepada Umno.

"Ahli Umno mestilah ditambah melalui kemasukan generasi muda yang bersemangat kebangsaan... demikian juga dengan kepimpinan Umno di semua peringkat, terutama di peringkat pusat, di dalam Majlis Tertinggi.

"Ahli-ahli badan ini mestilah terdiri sebahagiannya daripada yang muda," katanya.

Umno dahulu kata Dr Mahathir sentiasa bersemangat dan bercita-cita besar demi bangsa termasuk menewaskan Malayan Union kerana pemimpin mereka kebanyakannya adalah golongan muda.

"Saya masih ingat mereka yang menjadi pengasas Umno, mereka muda-muda belaka. Purata usia mereka belum pun setengah abad. Ramai yang hanya dalam lingkungan tiga puluhan. Mereka memiliki kecergasan minda orang muda, bersemangat, memiliki cita-cita besar untuk bangsa mereka.

"Dan Umno pun bertenaga, aktif kerana mudanya pemimpin dan ini memberi harapan kepada bangsa Melayu," katanya.

Pemimpin Umno sekarang bagaimanapun tegas Dr Mahathir masih enggan berundur meskipun sudah berusia, malah sanggup merasuah demi terus kekal sebagai pemimpin.

"Masa mereka sudah terlanjut... sumbangan mereka semakin merosot. Ya, menjadi pemimpin memang sedap. Segala kemudahan dapat dinikmati.

"Lagi pun sedap sungguh kerusi yang diduduki. Memuaskan sungguh kuasa yang dimiliki. Kenapakah pemimpin perlu undur, tarik diri," katanya.

Tetapi Dr Mahathir mengingatkan agar pemimpin-pemimpin ini harus sedar akan pentingnya mereka tidak melampaui masa mereka.

"Lambat-laun orang akan berasa bosan, bahkan naik meluat akan pemimpin yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman tetapi masih tidak terima kebenaran," tegasnya.

Malangnya kata Dr Mahathir, ramai yang begitu mudah tergoda dengan sogokan wang.

"Tak banyak... RM200 pun boleh mengalih pemikiran sesetengah ahli Umno. Mereka bukan menjual undi. Sebenarnya mereka menjual bangsa, menjual maruah diri mereka," tegasnya.

Beliau juga menyeru agar amalan berkenaan dihentikan kerana apabila pemimpin yang dipilih adalah perasuah, mereka tidak akan teragak-agak menjual bangsa.

"Ingatlah negara kita dahulu lebih besar tetapi kerana duit ia sudah jadi kecil. Ia akan jadi lebih kecil lagi jika perasuah memimpin negara ini.

Orang Melayu yang menjadi tunjang perjuangan Umno tegas Dr Mahathir juga turut tidak mempercayai Umno, dan menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO).

"Jika mereka mempunyai banyak pilihan, Umno sudah kalah Pilihan Raya Umum ke-13," kata Dr Mahathir.

Justeru, Dr Mahathir menyeru agar pemimpin-pemimpin berkenaan mengetepikan kepentingan diri, dan memberikan peluang kepada generasi muda.

"Berilah tempat kepada yang muda. Terimalah mereka ke dalam parti. Pilihlah mereka dan tolaklah yang sudah tua.

"Hanya dengan cara ini sahaja barulah perjuangan Umno untuk bangsa, agama dan tanah air dapat diteruskan," katanya. -TMI

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mulek sungguh kata mu mahadet
kamu tak ingat dulu 21 taun kamu jadi pm
berapa kali suruh letak jawatan

nangis lagi ade la

makbul lah doa org yg kau ininyaya
agar kamu umur panjang dan melihat kemusnahan dan kezaliman yg kamu lakukan

Tanpa Nama berkata...

masa tu anak dia budak lagi elok sedar tu nak mati jangan lupa bekal untuk mati pun ada jugak bukan untuk hidup saja

Tanpa Nama berkata...

Ketika Mahathir jadi PM tak dikatanya pulak bgtu. Tak larat org menyumpah masih duk ketegaq. Anak2 dia betullah tak dibawa masuk dlm politik,tapi dikaya rayakan dari luar. Nak kelentong siapa. Tak usah nak tunjuk jujurlah. Apa yg kamu cakap tu mcm ludah ke muka sendiri je.

Tanpa Nama berkata...

betul kata tun tu

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan TDM tu betul dan tak patut mana-mana pihak mempertikaikannya. Itulah perinsip hidup saya bersara pada umur mencecah 58th walaupun pada ketika tu ada option 60th.

Sepatutnya dlm tulisan TDM tu selitkanlah sikit tindakan TGNA meletakkan jawatan MB Kelantan tanpa didesak oleh sesiapa pun. Barulah cun.

Tapi....perlu diingat TDM ni autanya amat mengancam perasaan lebih-lebih lagi mereka-mereka yg berbaris di saluran 1. Ucapannya boleh memporak perandakan sebagai contoh orang seperti Zahid Hamidi tetapi menguntungkan misalnya Mukhriz anak Mahathir.

Andre Irwan berkata...

"Tak banyak... RM200 pun boleh mengalih pemikiran sesetengah ahli Umno. Mereka bukan menjual undi. Sebenarnya mereka menjual bangsa, menjual maruah diri mereka," tegas Dr Mahathir.
Itulah sebabnya rakyat dah meluat dengan UMNO-BN. RM200 untuk ahli di Bahagian Kubang Pasu. Aku memang sedar akan hal ni sebab aku orang Kubang Pasu. La ni rakyat bukan fikir pasal RM200 tu tapi berjuta-juta yang dah diselewengkan. Lihatlah betapa parianya ahli UMNO. Pemimpin depa boleh membeli ahli depa dengan RM200 aja dan kemudian pemimpin depa tipu rakyat Malaysia berjuta-juta ringgit. Nak buat macam mana, memang orang UMNO tak cerdik. Yang pandai pada depa tu ialah menipu, menyeleweng, rasuah, ... sementara mereka masih berpegang kepada kuasa minoriti.
Yang menjadi punca ni ialah kelemahan Melayu sendiri. Selalu perkatakan dan menakutkan Melayu bahawa mereka akan hilang kuasa kalau DAP memerintah. Entah di mana depa ambil statistik yang DAP boleh memerintah Malaysia. DAP bertanding 51 kerusi saja pada PRU13 yang lepas. Mungkinkah? Ini yang hairan bin ajaib. Sifir Melayu memang hebat. Sanggup pertahankan Melayu yang rasuah semata-mata kerana satu kiraan dengan menggunakan sifir yang hebat tu.
Aku amat menyayangi Melayu sebab Melayu tu saudara seIslam aku. Aku benci pada Melayu yang korup sebab tindakan depa tu merugikan malahan mecemarkan nama baik Islam yang membawa pencemaran nama Allah swt dan juga Nabi Muhammad saw.
Aku tak pasti sama ada ucapan Mahathir datang dari hati ikhlas dia atau tidak. Mahathir kan manusia yang licik. Dalam bercakap bohong pun, nampak BENAR. Sebiji macam cerita "Ripleys, Believe it not,... Believe it." Jangan lupa anaknya bercadang bertanding NP UMNO. Seorang lagi bukan Melayu yang bercita-cita menjadi Naib Presiden UMNO.

Tanpa Nama berkata...

orang muda itu memang la anak dia sendiri... nak angkat anak sendiri menjadi VP UMNO tuh

Tanpa Nama berkata...

Ni salah datuk seri anwar ibrahim lh.. Hahahaha senang je skit2 DSAI yg kena.. Gila pya umporno..

Unknown berkata...

dah tak ramai melayu tulin dalam umno

Tanpa Nama berkata...

Umno laknatullah.