16 Sep 2013

ISU TAHALUF SIYASI: Haram Untuk Menentang Keputusan Muktamar


Kaji semula hubungan dengan PKR, cadang ulama PAS

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib mencadangkan agar parti Islam itu mengkaji balik tahaluf siasi (kerjasama politik) yang dibuatnya dengan PKR.

"Amat wajar sekali tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi," kata Harun.

Cadangan itu dikemukakan beliau melalui ucaptama kepada Multaqa Ulama Semalaysia yang diadakan di Kota Sarang Semut, Alor Setar kelmarin.

Hampir 1,000 pemimpin PAS di kalangan ulama menyertai perhimpunan yang diadakan menjelang muktamar PAS ke 59 22 November depan di Shah Alam, Selangor.

Sebelum ini, tiga muktamar PAS berturut-turut meluluskan usul agar hubungan dalam Pakatan Rakyat diperkukuhkan.

Dalam pilihan raya lalu PAS menang 21 kerusi Parlimen dan hilang kerajaan negeri Kedah berbanding PRU-12 menang 23 kerusi Parlimen dan menang di Kedah.

Bagi melaksanakan kajian ini Harun dalam kertasnya itu mencadangkan agar satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu ekoran tahaluf siasi dengan PKR.

"Pertukaran, perebutan dan penyerahan kerusi potensi PAS kepada PKR juga antara faktor yang perlu dikaji kembali dan ia antara faktor utama yang perlu diberi perhatian," kata Harun. -TMI


Resolusi Multaqa Ulama usaha perkukuhkan PR


KOTA BHARU: Cadangan Multaqa Ulama Se-Malaysia yang mahu tahaluf siyasi bersama PKR disemak semula disifat sebagai usaha memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR).

Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, keputusan itu dianggap sebagai satu strategi bagi mewujudkan gabungan yang lebih kuat.

Veteran PAS, Subky Latiff pula menyifatkan tahaluf siyasi PAS bersama parti-parti lain bermula pada 1959, apabila PAS bekerjasama dengan Parti Negara.

“Kemudian pada 1982 PAS bersama Barisan Nasional dalam kerajaan campuran. Oleh itu tahaluf siyasi sebenarnya bukan perkara baru.

“Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah memperkukuhkan kepemimpinan ulama,” katanya pada wacana anjuran Ilham Centre di Bazar Tengku Anis malam tadi.

Resolusi Multaqa Ulama di Alor Setar semalam mencadangkan lapan perkara termasuk tahaluf siyasi bersama PKR disemak semula Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat bagi menjaga maslahah syariah.

Bekas Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohamad Hussin juga mahu Majlis Syura Ulamak berperanan lebih berkesan bagi membantu presiden membuat sesuatu keputusan.

Katanya, Dewan Ulamak perlu meneliti semula perlembagaan parti bagi melihat kembali peranan mereka.

“Wajar sekali PAS mengadakan semula seminar membincangkan perlembagaan parti untuk membolehkan semua pihak berperanan dalam ruang lingkup ditetapkan,” katanya pada wacana tersebut.

Wacana terbabit mengupas isu “PAS Era Ulama: Impian dan Kenyataan” menampilkan bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan, Dr Zaiyadi Awang Noh bertindak sebagai moderator.

Tajuk tersebut diubahsuai daripada tajuk tesis PhD, Dr Kamarulzaman Yusoff. Hadir sama pelajar PhD di UKM, Mustapha Ahmad dan pengarah program Zahari Sidek.

Resolusi Multaqa Ulamak di Kedah mengundangkan reaksi berbeza terutamanya anak-anak muda yang hadir pada wacana berkenaan.

Subky juga berkata, Dewan Ulamak tidak boleh menyalahkan pihak lain sekiranya ada masalah dalam pengurusan dewan berkenaan.

Kata Khalid pula, ulama sudah mendapat kedudukan tinggi dalam parti dengan mendominasi Dewan Ulamak dan Majlis Syura Ulamak.


ULASAN GB

GB menerima banyak email dan mesej yang meminta GB mengulas isu penyemakan semula tahaluf siyasi seperti yang disarankan oleh Ketua Dewan Ulamak, Datuk Harun Taib seperti yang dilaporkan oleh media-media tempatan (dan juga merupakan salah satu resolusi Multaqa Ulamak PAS) disamping kenyataan Ketua Dewan Pemuda yang dibuat melalui laman sosialnya.

Sebenarnya sungguh mengejutkan apabila wujud suara yang meminta supaya tahaluf siyasi PAS-PKR disemaksemula sedangkan sudah diputuskan oleh tiga muktamar PAS yang berturut-turut agar hubungan dalam Pakatan Rakyat diperkukuhkan.

Maka adalah TIDAK WAJAR untuk mana-mana pihak, walaupun paling tinggi macam mana sekalipun taraf ulamaknya di dalam parti boleh membelakangkan keputusan yang telah dibuat oleh MUKTAMAR.

KEPUTUSAN MUKTAMAR adalah supreme (paling tinggi) dan hanya boleh dibatalkan jika keputusan itu didapati bercanggah dengan DASAR parti dan itu pun perlu dirujuk kepada Majlis Syura PAS yang merupakan badan tertinggi parti.

Jika di dalam soal asas berorganisasi dan berjemaah sebegini pun sudah tidak dapat difahami dan dipatuhi, apatah lagi oleh dewan-dewan yang dipenuhi oleh para ulamak, ia adalah sesuatu yang amat menyedihkan.

Seorang ahli PAS samada ulamak atau pun bukan ulamak perlu faham akan KEWAJIPAN untuk menghormati keputusan muktamar sekalipun keputusan itu berkemungkinan tidak disukai dan bukankah haram hukumnya untuk mengambil keputusan yang bertentangan dengan keputusan muktamar? Jika tidak apa gunanya bermuktamar?

Takkan di dalam yang paling basic sebegini pun para ulamak PAS tidak faham? Resolusi yang dikeluarkan sungguh memalukan status mereka sebagai ulamak dan jangan terperanjat lebih ramai nanti yang tidak menghormati ulamak PAS kerana tidak faham tatacara berorganisasi.

Jawapan daripada dua orang pemimpin tertinggi parti, iaitu Mursyidul Am dan Presiden agak melegakan dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak.

Perlu dijelaskan bahawa penyertaaan PAS melalui Tahaluf Siyasi di dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu sahaja. Ia diputuskan oleh keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihanraya umum 2008.

Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. Lebih bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada non Muslim dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh Umno. Umno bukan setakat menjauhkan bukan Islam daripada Islam bahkan menjauhkan orang Islam sendiri dari memahami agama mereka.

Senjata Umno ialah perkauman, lambang Umno ialah keris tidak bersarung, politik Umno ialah politik samseng jalanan, sampai bila-bila non-Muslim tidak akan melihat keindahan Islam melalui cermin mata politik Umno yang penuh dengan habuk kebangsaan.

Di dalam Pakatan Rakyat, pendekatan Islam yang dibawa oleh PAS tidak pernah ditentang. Pemimpin-pemimpin DAP khususnya seringkali datang ke pejabat saya berbincang sentiasa tentang nilai-nilai Islam. Ada yang datang mengungkapkan istilah-istilah perundangan syarak yang kadang-kadang pemimpin Umno sendiri pun barangkali tidak pernah bersua dengan istilah sebegini.

PAS wajib melangkah ke hadapan. Pengalaman sebagai gerakan Islam yang telah berusia lebih setengah abad wajar mengajar PAS bahawa untuk terus relevan di pentas politik negara, PAS wajib memahami suasana politik. Selagi tidak bertentangan dengan prinsip asas syariat, jangan mengurung PAS di dalam kandang pemikiran yang kita sendiri cipta. PAS membawa nama Islam di dalam perjuangannya, maka wajiblah ke atas PAS untuk mempersembahkan Islam dengan wajah terbaik kepada masyarakat Malaysia.
- TG Nik Aziz


PAS tetap bersama dalam Pakatan Rakyat

ALOR SETAR: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS tidak melihat sebarang kemungkinaan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat, sebaliknya mahu memperkuatkan lagi pakatan politik tersebut.

Presiden PAS itu berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pemberita pada sidang media selepas majlis penutupan Multaqa Ulamak Se-Malaysia di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut dekat sini semalam.

Mengulas resolusi multaqa yang mencadangkan supaya tahaaluf siyaasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat disemak semula, beliau berkata sehingga kini PAS tetap bersama-sama dalam Pakatan Rakyat.

"Semua urusan termasuk penyusunan ahli-ahli parlimen seperti yang kita setuju dengan apa yang ada pada hari ini dan juga penyertaan dalam parlimen dan dewan undangan negeri, kita masih tetap bersama.

"Insya Allah itulah yang ada dalam amalan poltik Islam. PAS paling berpengalaman sejak 1951,”
ujarnya.

Tegasnya, PAS bertahaluf menuntut kemerdekaaan walau berbeza pandangan dengan Umno dan kemudiannya PAS menjadi pembangkang.

Katanya, PAS juga pernah masuk menjadi kerajaan pada tahun 1970 dan PAS terlibat dalam penubuhan Barisan Nasional pada tahun 1974.

“Tahun 1978 kita dikeluarkan kerana krisis di Kelantan, bila kerajaan campurtangan dengan membuat darurat macam di Mesir sekarang, mereka ambil alih kerajaan.

“Kita ambil balik pada tahun 1990 bila kita bersama Semangat 46 pula,"jelasnya.
-HD

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mungkin terasa second class kut..itu yang ulama jadi meroyan tu. Nak masuk ketengah gelangang ilmu dunia ciput. Haraf nafsu besor tapi usaha mempelajari ilmu kotemporari ilek.

Tanpa Nama berkata...

PAS sepatutnya mengkaji di mana silapnya mereka semaa mentadbir Kedah. Sehingga jatuhnya kedah kembali ke BN.
Kita tgk byk sgt berita dan pandangan negatif yg dtgnya dri pihak PR sendiri. Jika dtg dr pihak BN itu adalah biasa.
bukan nk menghina tapi relaitinya cara kenyataan dr MB sendiri menyakitkan hati. Belajarlah dr Selangor, Penang dan Kelantan. PAS telah diberi kepercayaan mentadbir KEdah,Trenganu, Perak tapi ketiga-tiga negeri ini akhirnya jatuh ketgn BN. Jangan salahkan pihak lain. tgk kesilapan diri dahulu....

Tanpa Nama berkata...

Org yg dah senja kedudukan ni mmg gemar guna apa jg cara utk berada di tahap tinggi.HT ni sehari dua nanti akn kata media salah lapor.Tak habis2 tikam belakang.kalau ketua pemuda tu mmg dr dulu patut kena ludah.selalu tikam belakang pkr.dia org tempat aku,kenal sgt dah

Tanpa Nama berkata...

Salam

Sebenarnya mereka kebanyakan dari Trengganu seperti Din Ayam, Harun Taib dan beberapa pemimpin negeri mempunyai bacaan politik kebelakang. Apakah mereka begitu tamak sehingga semua jawatan wajib diisipkan oleh ulamak sahaja. Hanya dengan sekepeing kertas dari mastasag atau universiti arab susah boleh bercakap macam pemimpin yg telah lama berjuang dlm PAS. Adakah untuk ulamak atau ustaz ustaz yg gila kedudukan sekarang. Baik, ambiklah srmua jawatan paryi, biarkan yg bukan ulamak pegang jadi ahli saja. Apa guna ada majlis syura..lihat apa belaku di Ledah dan Trengganu, bila ulanak dan ustaz menjadi MB. Sepenggal sahaja berkuasa..Saya akan menni.gfalkan PAS jika golongan ala Shiekhul Al Azhar yg ramai dlm PAS mula gila kuasa dan menidakan golongan lain..

Tanpa Nama berkata...

Aku heran betui tenguk yg bergelor ulamak ni..asyik2 nak nyalahkn org je..sepatutnya sebelah mata pandang kebaikn org sebelah lagi pndang kelemahan sendiri..baru lah kita jadi betui2 kuat..itu pun nak aku yg ajor..jgn jd bodoh sombong..blajor tinggi2 tapi yg basic lupa..menyerlahkn keburukan n ketamakn sendiri..

Tanpa Nama berkata...

Aku heran betui tenguk yg bergelor ulamak ni..asyik2 nak nyalahkn org je..sepatutnya sebelah mata pandang kebaikn org sebelah lagi pndang kelemahan sendiri..baru lah kita jadi betui2 kuat..itu pun nak aku yg ajor..jgn jd bodoh sombong..blajor tinggi2 tapi yg basic lupa..menyerlahkn keburukan n ketamakn sendiri..

Tanpa Nama berkata...

Apa nak jadi dengan PAS sekarang ini , kelam kabut macam Hindraf ?

Apa kah sudah sekarang menjadi 'Ketentuan ALLAH' pula ahli ahli PAS terpaksa menurut keputusan Harun Taib yand duduk dalam Dewan Ulama ?

Di Malaysia ini ada banyak sudah parti politik yang membahalolkan bangsa dan ahli mereka , tidak perlu di tambah parti politik bahalol lagi...

Nak jadi ketua atau pemimpin perlu lah ada karisma dan bijak , perlu belajar dari ciri ciri politik Angela Merkel Chancellor German yang di pertontonkan oleh BBC. Jangan lah kata ikut gaya Mubarak sebab pemimpin Lelaki terbaik dari perempuan , ikutkan yang terbaik dari Jantan dan Betina adalah terbaik kerana yang Jantan di Malaysia ramai jugak yang bahalol lagi benggap.

Pemimpin dari Terengganu sudah dapat di ketahui ramai lemah dan tak bertanggungjawab , lihat saja track record agak seperti sampah !

Moga moga perjumpaan di Kota Semut tidak meninggalkan pemikiran semut dalam Kepimpinan PAS kerana Lebah adalah lebih bijak dari Semut , ketahuilah.

Kembalikan Yang Hak berkata...

Bismillah was-solatu-wassalamu a'la rasulililah :-

Am-ba'du

Berasaskan dalil serta peraturan Allah dan Rasul, PAS masih banyak kelemahan yang tersasar dan perlu diperbetulkan.

Sekiranya kelemahan2 pokok ini tidak diperbetulkan oleh individu dan Pemimpin PAS, maka sampai hari qiamat sekalipun, PAS hanyalah sebuah Parti Politik seperti UMNO, PKR, DAP dan lain-lain pertubuhan besar di dunia bermetaporakan Islam yang berideologikan sekular yang akhirnya masuk ke neraka berasaskan dalil Allah dan Rasul. Di dunia ini, banyak manusia syok sendiri menyangka mereka berada di atas landasan benar tetapi mereka termasuk golongan yang dhollu-wa-adhollun. Ini amat bahaya kepada setiap individu dan umat manusia.

Islam MENUNTUT setiap Individu apatahlagi yang bergelar Parti Islam berada di dalam ruang lingkup Jamaah menurut vesi Allah dan Rasul dan bukan versi rekayasa manusia. Fahamilah konsep dan kontek Jamaah terlebih dahulu dan bagaimana ianya dilaksanakan menurut versi Allah dan Rasul. Asas ini juga menjadi tunjang yang menjurus kepada setiap individu mematuhi dan mengamalkan keseluruhan peraturan Islam sebagai teras kejayaan dunia dan akhirat. Kiranya cacat salah satu peraturan pokok Allah dan Rasul, maka cacatlah semua individu beratas namakan Islam apatahlagi Parti yg langsung tiada kena mengena di akhirat nanti. Parti yang tergelincir dari landasan Islan kelihatannya seperti pembawa agama sebaliknya ia seperti loncatan mengejar keduniaan dengan perlakuan bida'ah berleluasa dibiarkannya.

Kalau PAS menganggap ianya sebuah Parti Islam dan berasaskan jamaah sebagaimana perintah Allah di dalam surah Al-Imran(103-105), An-Nisa(13-14/132), Al-Fath(8-10) dan Surah An-Nur(62-63) dan keseluruhan Al-Quran, apakah PAS sudah mengkaji prinsip-prinsip dan dalil Jamaah menurut Allah dan Rasul. Apakah Keamiran PAS telah mewajibkan ilmu dan kefahaman Quran, Hadis dan berijtihad menurut peraturan Allah dan Rasul sampai kepada setiap ahlinya sehingga diamalkan sebagai cara hidup Islam yang benar. Di manakah kedudukan Keamiran PAS dan hak rukyahnya sebagai pengikut? Apakah ikatan keamiran dan rukyah di dalam PAS? Ingatlah petikan sebuah hadis "Man a'mila a'malan lai-sa-amruna-fahuwa-raddu". Sekiranya perkara di atas ini tidak diteliti, ditakuti PAS ini seperti di dalam dalil surah Al-Saf sahaja yang boleh menjerumus ahlinya ke dalam jurang permasalahan dan kesesatan. Di antara polemik politik dan agama, ingatlah kepada sebuah hadis bahawa 72 dan 73 kelompok yang mengaku dan mengamalkan Islam berada di dalam neraka dan di dalam kelompok manakah kita sekarang berada? Alangkah sia-sia hidup ini kalau ilmu sebagaimana surah Al-Isra ayat 36 terlebih dahulu tidak dikuasai yang mengakibatkan kita menjadi lebih sesat dari haiwan sebagaimana surah Al-A'raf (179).

Islam, Al-Quran dan Assunah semuanya ada formula tersendir. Apabila larinya formula yang ditetapkan Allah dan Rasunya, maka salahlah jawapannya.
"Balighu-an'ni-walau-aayah"
Wassalam.
"Kembalikan Yang Hak"

Tanpa Nama berkata...

Ramai yang macam x setuju dengan HT kenapa pendapat sebegitu terlontar keluar. saya rasa kerana ada sifat menyayangi PAS dan ISLAM yang kuat dalam dirinya sanggupkah kah kita pekakkan telinga danbertoleransi kalau kawan sebantal kata "nak laksana islam langkah mayat aku dulu" kalau PR berkuasapun x kan ia dapat memerintah cara islam sebab minoritinya, apa yang ingin di juangkan dalam penyatuan dengan PR yang saya nampak matlamatnya menjatuhkan BN itu sahaja Islamnya? wallahuaklam

mendewa berkata...

Kalau nak kaji pun tak perlulah sampai diheboh-hebohkan dan dijadikan resolusi dalam muktamar. Memadailah dewan ulama bermesyuarat dan buat kajian serta sarankan kepada kepimpinan melalui mesyuarat. Itu hanyalah perkara kecil sahaja. Kenapa perlu digembar-gemburkan?

Kekalahan PAS di Kedah dan kehilangan beberapa kerusi PArlimen wajar dimuhasabah dan kenal pasti kelemahan sebenar dalam jentera PAS setelah post mortem dibuat. PAS tidak hilang undi MElayu di bandar. PAS hilang undi Melayu di kampung, kelemahannya PAS tidak mampu bersaing meyakinkan pengundi luar bandar tentang isu-isu Melayu-Islam yang dimainkan oleh BN akaibat hubungan PAS dgn PKR/DAP.

Isu PAS menyanggah keputusan majlis PR berkaitan pembahagian kerusi (Sg. Acheh/ Kota Damnsara dan di Terengganu) apa pula pandangan ulama PAS. Tentang ini semua diam, mujurlah sdra Khalid Samad memberikan pencerahan.

Sebenarnya PAS tidak rugi pun. Yang perlu dikaji apa hala tuju Majlis Ulama dan juga Pemuda PAS yang dilihat kurang berupaya menterjemahkan gerak kerja pakatan.

Ridzuans berkata...

Golongan profesional wajar diberikan tempat yg setaraf dan bersesuaian dgn sumbangan dan sokongan dari bawah...bukan setakat ahli Pas tp termasuk jugak penyokong..apa guna ada Dewan Ulama atau Majlis Syura jika xleh nk membantu golongan profesional utk mentadbir secara Islamik dan berteraskan pada Al Quran dan Sunnah yp tidak melupakan juga pembangunan duniawi...beribadatlah kamu seperti kamu akan mati esok hari dan bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup seribu tahun lg...besar makna ni...

Tanpa Nama berkata...

calon paling layak ganti Ketua Dewan Ulama PAS Pusat ialah Datok Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Ustaz Ahmad Awang.

Paling bagus, dikaji semula kedudukan Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib.

1) Kajian tentang peranan Harun Taib dalam memastikan PAS tersungkur di terengganu pada PRU12, dan gagal dalam menawan PAS terengganu dalam PRU13.

2) Kajian tentang peranan Harun Taib dalam PROJEK KERAJAAN PERPADUANG UMNO-PAS membantu Hasan Ali dan Nasarudin Mat Isa

3) Kajian tentang peranan Harun Taib dalam memperlihatkan Dewan Ulama PAS sebagai diktator dan tidak demokratik serta melanggar Perlembagaan PAS terutamanya dalam "Isu Presiden dan Timbalan Presiden PAS untuk Ulama"

4) Kajian tentang peranan Harun Taib dalam PAS, dia hanya rajin keluar hukum dan kenyataan. Tetapi gerak kerja untuk kemenangan PAS dan gerak kerja untuk menarik pengundi menyokong PAS hampir langsung tiada. Kejayaan beliau ialah melarikan pengundi daripada menyokong PAS dan membuatkan pengundi membenci PAS.

5) Kajian tentang kegagalan Harun Taib dalam memimpin Dewan Ulama PAS. Dewan Ulama PAS kini dilihat langsung tidak berfungsi kecuali menjadi suara umno untuk menggagalkan Pakatan Rakyat. Dewan Ulama PAS kini menjadi liabiliti kepada PAS dan Pakatan Rakyat umumnya.

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya kaji apa peranan Harun Taib dlm Dewan Ulama.. Sejauhmana kemampuannya memimpin.. Apa formula/ sumbangan pemikirannya utk rakyat Malaysia.

Harun Taib tak sepatutnya libatkan masalah peribadinya dgn Anwar Ibrahim. Hal lepas dh berlalu, sebaliknya tumpu bagaimana Dewan Ulama ni dapat diterima lapisan masyarakat. Jangan hidup segan, mati x mau.

Tanpa Nama berkata...

Emmmm..garang nampak?. ISLAMNYA WALLAHUAKLAM...cakap memang senang. Maklumlah LIDAH TAK BERTULANG. Saya nak tanya. Adakah ahli2 PAS mempunyai keimanan setanding dgn IKHWAN MUSLIMIN DI MESIR?.cer jawab?...

Dapat tumbangkan BN yang entah bila tahunnya... dapat melaksanakan negara berkebajikan ikut acuan Islam dah kira hebat tu. Jgn cerita lagi Negara Islam. Negara Islam akan menyusul kemudian secara "alon alon janji kelakon" ikut pepatah Jawa.

Tanpa Nama berkata...

Ulamak dlm PAS ramai yg syok sendiri tak mau terima reality keadaan.Trengganu pernah ditadbir sendiri oleh Presiden, Hadi Awang, tapi mampu bertahan satu penggal sahaja.Bab ni ulamak PAS tak mau tau.Sibuk nak jawatan-jawatan besar dlm.harakah tapi kurang ilmu dan pengalaman.Nafsu besar konon nak kePutrajaya tapi masa PRU tak nampak pun ulamak buat kerja.

Tanpa Nama berkata...

Ilmu agama i tak nafikan memang penting dalam kehidupan seharian dan sebagai persiapan di akhirat. Walaubagaimanapun ilmu dunia, seperti Sains, Matematik dan Sejarah juga penting kerana ini adalah bekalan untuk hidup di dunia.

Memang benar PKR tiada ulama tetapi mereka memerlukan Ulama untuk memberi bimbingan agama. Ulama perlu bimbingan ilmu dunia kerana PKR ramai pakar ekonomi, Sains dan Matematik yang semestinya tidak mungkin boleh diperolehi hanya dengan mempelajari Al - Quran dan hadis.

Kalau tiadanya Ulama siapa yang nak beri bimbingan agama kepada PKR yang tidak mempunyai Ulama dan kalau tiada PKR siapa pula nak berikan ilmu dunia yang mana Ulama perlu tahu untuk memudahkan urusan hidup di dunia ini.

Dua - dua ilmu agama dan ilmu dunia kena balance baru kita digelar sebagai seorang insan hebat.

Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn semua perkara dibangkitkan di atas, dan menyokong penuh hujah dan penjelasan TGNA. Harap lepas ini isu-isu yang dibangkit di Alor Setar TUTUP BUKU. Banyak benda lain lebih aula perlu diuruskan. Wallahuaklam.

Tanpa Nama berkata...

Menang kat temerloh pon sbb sokongan dr pengundi PR yang lain...jgn la menidakkan fakta. Jgn la baru menang parlimen temerloh rasa diri dah besar sgt. Apa jua I love u tgna dunia akhirat.

Tanpa Nama berkata...

ulamak pas kata jika ianya rugikan parti maka wajib keluar pakatan. betulke? rasa aku biar rugikan parti tapi untung islam..jadi keputusan ulamak hanya berpaksikan parti dan bukannya Islam????

Tanpa Nama berkata...

salam ya jamaah...takbirrrr!!!! allah la jua yg maha mengetahui yg maha segala2nya....jangan kita berpecah belah kerana nafsu semata2 mata..bermuhasabahlah wahai setiap insan tak kira sesiapa pun itu pun klu merasakan dirinya insan...alangkah indahnya ibarat permandangan dan habitat padi disawah...asobiah tidak diajar dalam islam jadi berjemaahlah untuk perjuangan...salam reformasi takbirrrr!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Kalau gini PAS boleh ranap dengan golongan ularmak kini sangat-sangat sebenarnya terliur jawatan dan kedudukan seperti dalam satu point resolusi multaqa. Apa boleh ke buat keje kok lingkup semuanya dibuatnya. Dahlah dakwahnya duduk kat remote control je, tak turun ke bawah. Yang ada ramai kini ustaz-ustaz selebriti penuh di surau-surau, jual air liur minta derma projek maahad tahfiz. Memang ada yang ori tapi aku agak ramai yang ambil kesempatan dan mungkin MISSION pihak-pihak tertentu nak kelirukan dan tabur rasa sangsi di kalangan orang ramai. Ularmak yang begini bukan bagi jelas dakwah Islam tapi bagi banyak keliru dan celaru lagi. Nasihat aku baik ularmak cam ini minta jawatan dan kedudukan dengan MB Terengganu skrang untuk jadi pengerusi TDM yang mungkin masih menjadi ingatan dan terliurnya. Pada mereka yang terlibat secara langsung dengan resolusi Multaqa ularmak boleh buat perkara sama dan mintalah jawatan yang diminati. Yang menang PRU13 baru-baru ini sila letak jawatan dan pulang duit wakil rakyat dan parlimen pada jemaah takut nanti makan duit haram. Tak habis-habis main belakang dan alim-alim kucing. Yang naik jet VVIP tu bakal kaki pelingkup jemaah. Jugak boleh blah, ulama konon. Ini semua jenis-jenis akan buat cam Kedah dan Terengganu hilang lagi nanti. Ingatlah hoi undi aku bukan untuk puak-puak cam ni.

Tanpa Nama berkata...

Anon 9.02,
Faham siapa yg dimaksudkan.Dia ni pakar rujuk Harun Taib.Kertas sekeping yg mengatakan dia seorang Dr.telah menjadikan dia kononnya serba tau dan super bijak.Nak tolak gulongan profesional konon.Ada baiknya Presiden PAS lantik orang ini atau Nik Abduh jadi Pengarah Pilihanraya pd PRU akan datang,nak tengok kebolehan depa.

Tanpa Nama berkata...

Pas akan pecah kalau TGNA dan TGHH mati. Ulama bukannya nak cari faktor penyatu, tapi nak cari menang. Sebab itu orang macam ust Tuan Ibrahim bukannya calon favorite HT. Tahun 2011 sokong Nasha. Tahun 2013, cari orang lain pula.