Mantan Presiden Mesir Husni Mabarak dibebaskan dari penjara. Pembebasan tersebut berlaku di saat kekecohan politik di Negeri Piramid tersebut.
Diktator yang berkuasa selama 30 tahun itu menghirup nafas lega, Isnin (19/8) waktu tempatan. New York Times menyatakan, pembebasan tersebut berdasarkan atas keputusan Mahkamah Agung di Ibu Kota Kaherah. The Guardian pula melaporkan Hosni Mobarak akan dibebaskan dalam tempoh 48 jam lagi selepas pihak pendakwa telah membersihkan beliau dari tuduhan korupsi, demikian kata peguamnya, Fareed el-Deeb.
Spekulasi beredar sebelumnya mengenai pembebasan tersebut. Dikatakan, pembebasan Mubarak adalah puncak dari strategi tentera mengembalikan kekuasaan para diktator.
Mubarak terlucut dari kerusi kekuasaannya sewaktu revolusi Mesir 2011. Kelompok Ikhwanul Muslimin dan kumpulan lainnya memaksa penguasa 30 tahun ini untuk turun..
Kejatuhannya Mubarak membuka pintu revolusi di negara-negara Timur Tengah. Sejak 2011, Mubarak ditahan di Penjara Torah di Kaherah.
Mubarak dimasukkan ke penjara dengan banyak sebab. Beberapa adalah, Mubarak adalah penanggung jawab atas terkorbannya ratusan demonstran pada 2011.
Tuduhan lainnya adalah penyalahgunaan kekuasaan. Rejim Mubarak dituduh penuh dengan skandal mega korupsi dan penyalahgunaan-kuasa. Semasa Mursi menjadi presiden, pengadilan kerap gagal membicarakan Mubarak.
Anadolu Agency, Ahad (18/8) memberitakan, badan kehakiman merancang di Kaherah untuk membicarakannya pada Khamis ini(22/8) mendatang.
ULASAN GB
Satu demi satu ujian berat terpaksa dihadapi oleh rakyat Mesir dan sekalian pejuang kebenaran dan keadilan.
Selepas Dr.Mursi digulingkan. diikuti dengan pembantaian rakyat oleh tentera dan polis Mesir, kini sang diktator pula dibebaskan.
Semuga Allah memberikan ketabahan dan kemenangan kepada rakyat Mesir tertutama kepada para pejuang kebenaran dan keadilan, sesungguhnya kebenaran dan keadilan itu akan tetap menang akhirnya!
5 ulasan:
49:15. Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar.
wahai saudara Islam di Mesir bangunlah melawan pengkhianat pro Yahudi sisi
Bergembira sakanlah para para pendokong sekular dan juga Pemerintah Diktator kerana Idolanya bebas dari penjara.Allah sahaja yang mengetahuinya apa Hikmah disebaliknya.
idola PM dah lepas,mesti PM ucap tahnian,berita tv sekular pun dah tak ada berita pasal mesir dah
masa untuk rakyat mesir bangkit dengan senjata sudah tiba. kekerasan harus dilawan dgn kekerasan.
Berapa juta agaknya dia sogok kad general tu untuk lepas macam penjenayah Nigeria bayar kad koporal polis diKepong.
Catat Ulasan