24 Ogo 2013

Bantah Sikap Lemah PBB Terhadap Mesir & Syria, Turki Tolak Bantuan Dana PBB


Turki kembali menunjukkan ketegasannya di depan masyarakat antarabangsa. Pemerintah Erdogan menolak bantuan dana PBB bagi program pencegahan kekerasan dalam rumah tangga. Program tersebut merupakan kerjasama Kementerian Agama dengan Kementerian Sosial.

Menteri Agama Turki, Profesor Mehmet Görmez, menyatakan bahawa sebelum mengurusi isu kekerasan rumah tangga, PBB harus lebih dahulu menghentikan pembantaian rayat yang tidak berdosa di Syria dan Mesir.

“Kami tidak akan mengambil satu sen pun wang PBB”, tegasnya seperti dikutip Fimadani, Juma’at (23/8).

Sementara Menteri Sosial, Fatimah Sehin pula mengaku sangat terguncang dengan tindakan pembantaian dengan gas kimia rejim Bashar ke atas rakyatnya sendiri.

“Hari ini, tragedi kemanusiaan kembali terjadi 200 Km dari tempat kita berdiri. Namun kemanusiaan gagal kembali. Sama seperti Saddam yang tidak diketahui kuburannya, Al Assad akan bernasib sama,” kecamnya.

Seperti diketahui, kemelut di Mesir dan Syria semakin memanas pasca Idul Fitri. Di Mesir, tentera telah membantai 6,000 lebih demonstran. Sedangkan di Syria, rejim Bashar Assad telah membantai ratusan ribu jiwa, termasuk 1,300 korban baru yang diserang dengan senjata kimia pada minggu ini. Ekoran pembantaian di dua negeri Muslim tersebut, PBB masih belum menunjukkan langkah positif untuk mengatasinya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PBB lagi i tidak percaya dari dulu kini dan selamanya sebab PBB umpamanya pergerakan FREEMASON. Terima PBB maka anda terima FREEMASON. Tahniah kpd PM Turki kerana menolak pemberian dari PBB sekaligus menolak FREEMASON memasuki negara Turki. Takbir AllahuAkhbar

Hamba Allah berkata...

Kepada perwira pejuang Islam RECCEP ERDOGAN dan isteri juga wanita lambang kemegahan islam EDIME ERDOGAN...Kalau lah satu satunya pemimpin islam yang berani walaupun kau kesorangan ketika ini...Engkau sanggup mengalirkan airmata bila melihat kesengsaraan saudara2 islammu...Kau berani ingkar perintah dan melawan ketua Kafir dan ketua latnatullah yang sedang memijakmu...Kaulah pemimpin era zaman moden yg bersifat sahabat Rasullullah SAW...Semoga Allah memeliharamu dan mengukuhkan kekuatan dan semangatmu untuk melawan segala Kafir dan pembelot Islam..AMIN