Dua komponen Pakatan Rakyat, PAS dan PKR hari ini dalam kenyataan media yang berasingan mengutuk kekejaman tentera Mesir membunuh penyokong presiden yang digulingkan Dr Mohamed Morsi dan anggota gerakan Ikhwanul Muslimin.
Sementara kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) sehingga ini belum menyatakan pendirian mereka terhadap kekejaman tentera Mesir di bawah pimpinan Jeneral Abdel Fattah al-Sisi di mana sehingga lewat malam tadi, lebih 100 maut dan lebih 1,000 cedera berhampiran masjid Rabaah al-Adawiya, Kaherah.
Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, semua pihak tidak boleh membenarkan pembantaian terhadap rakyat seperti itu, apatah lagi insiden malam tadi bukan kali pertama dilakukan tentera sejak merampas kuasa.
“Rakyat Mesir behimpun secara aman, dan itu adalah hak mereka untuk menyatakan suara mereka. Tindakan menembak rakyat ini merupakan satu kekejaman yang telah dilakukan tentera dibawah telunjuk al-Sisi, dan dunia tidak wajar berdiam diri,” katanya.
Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Tumpat mendesak kerajaan Malaysia segera menyatakan pendirian dalam isu ini.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pembunuhan secara kejam tentera Mesir ke atas rakyat dan anggota-anggota Ikhwanul Muslimin tercatat sebagai hari paling hitam sejak tercetusnya ‘April Spring’.
“Saya mengutuk keras pertumpahan darah ini yang dilakukan oleh pasukan keselamatan dan tentera. Jeneral al-Sisi bersama pemimpin-pemimpin kerajaan sementara yang tidak sah ini kini bergelumang tangan mereka dengan darah dan mesti bertanggungjawab.
“Saya menyeru semua pihak dan negara mengutuk penyembelihan orang awam yang tidak bersalah ini dan semua pihak harus memainkan peranan supaya kekejaman ini dapat disekat dengan segera,” kata Anwar, yang juga Ketua Umum PKR.
Sementara itu, Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) turut mengecam dan mengutuk dengan keras pembunuhan rakyat Mesir oleh tentera yang berlaku pada Jumaat lalu.
“Tindakan terbaru oleh tentera Mesir ini tidak dapat dikompromi sama sekali,” tegas Pengerusi Shura, Abdul Ghani Samsudin dan Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam kenyataan bersama.
Tentera yang mengguna kononnya mandat dari rakyat dalam perhimpunan anti Morsi yang didalangi oleh tentera sendiri di Dataran Tahrir telah dengan sengaja menyerang peserta perhimpunan pro Morsi di kawasan Universiti Al-Azhar menjelang waktu sahur pada Jumaat tersebut. -FMT
3 ulasan:
percayalah kelicikan Israel laknatullah adalah dengan merancang menghuruharakan Negara-Negara umat islam yg dilaksanakan oleh boneka-boneka mereka, seolah-olah kita umat islam berperang sesame sendiri dibumi sendiri. Hakikat sebenarnya merekalah yg merancang semua ini supaya kita umat islam disibukan dengan genocide yg tiada kesudahanya.... Penyelesainya adalah mengistiharkan perang dengan kuasa besar amerika yg menjadi budak suruhan Israel. Ayuh... wahai umat islam seluruhnya, bersatulah menentang musuh Allah yg sebenar.... Takbir.
Agaknya UMNO memang suka dan merestui kekejaman tentera Mesir ke atas penyokong Morsi. Cara yang digunakan tentera Mesir boleh digunapakai di Malaysia apabila Pakatan Rakyat dapat memenangi PRU
Anon July 29, 2013 at 7:28 PM
jgn jadi bodoh.. cakap pakai otak, jgn pakai kepala lutut.
Catat Ulasan