29 Jul 2013

50 Peniaga Di Klebang Hilang Mata Pencarian Dihalau MBMB

Ke mana kami nak pergi?'

KLEBANG - Hasrat kira-kira 50 peniaga di pesisiran pantai Dataran 1Malaysia di sini, untuk meraih pendapatan bagi menampung perbelanjaan sambutan Aidilfitri musnah apabila mereka diarah mengosongkan tapak niaga oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Lebih mengecewakan, mereka hanya menerima notis arahan mengosongkan tapak niaga itu dalam tempoh waktu yang singkat.

Wakil peniaga, Mohammad Bakhtiar Aman, 40, berkata, tindakan itu dianggap tidak wajar apatah lagi kebanyakan peniaga sudah menjalankan perniagaan di kawasan itu sejak lebih tiga tahun lalu, sebelum kawasan Dataran 1Malaysia dibuka.

Menurutnya, notis arahan itu dikeluarkan pada 2 Julai lalu dan diberikan kepada mereka pada 4 Julai iaitu sehari sebelum sesi dialog bersama diadakan.

“Ada peniaga mendakwa mereka hanya menyedari masalah itu apabila ada antara mereka memaklumkan kegagalan memperbaharui lesen tapak niaga.

“Untuk mendapatkan lesen, kami perlu membayar sebanyak RM150 iaitu RM30 kepada MBMB dan bakinya akan diberikan kepada penganjur selain kos sewa satu tapak berjumlah RM150 sebulan,” katanya semalam.

Bagi peniaga gerai makanan, Noraimi Mat Rejab, 37, dia dan isterinya, Fatimah Zakiah Abdul Rahman, 34, sememangnya bergantung harap pada pendapatan berniaga.

“Sebelum ini, kami mampu meraih pendapatan sekitar RM2,000 sebulan, namun kini jumlah itu semakin berkurangan kerana tapak kami meniaga sudah dilindungi dengan tembok zink bagi projek yang dijalankan di kawasan sekitar.

“Sudah lama kami menjalankan perniagaan di sini dan tidak pernah berubah ke kawasan lain. Jika kami dihalau keluar, ke mana kawasan yang perlu kami tuju? Malahan untuk memohon tapak bagi menjalankan perniagaan Bazar Ramadan juga sudah penuh,” katanya.

Peniaga barangan mainan, Norliliyanti Sairon, 35, pula berkata, dia bimbang memikirkan nasib enam anaknya yang masih kecil dan bersekolah.

“Pihak berkaitan sepatutnya memaklumkan perkara ini lebih awal dan memberikan cadangan atau tapak untuk kami menjalankan perniagaan.

“Mereka seharusnya prihatin dengan nasib yang menimpa kami dan jika boleh, beri kami peluang untuk meniaga sehingga dua minggu selepas hari raya,” katanya.

Sinar Harian akan cuba mendapatkan komen daripada wakil penganjur berhubung isu berkenaan hari ini. -SH

Ulasan GB

Mujurlah hal ini berlaku di negeri yang diperintah BN.

Kalaulah hal ini berlaku di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat terutama di Selangor, dah digendangnya ke seluruh dunia dan dipaparkan di media massa arus perdana berhari-hari lamanya untuk memburukkan kerajaan PR.

4 ulasan:

Awanama berkata...

Terimalah seadanya akan pilihan yg telah di buat. Jgn komplen sbb maklumat telah di beri seawalnya tahun 2011 sebelum pru 13. Bersyukurlah x di ugut halau keluar negeri ke tangkap bawah ISA ke dll. Doa bnyk2 pd Allah supaya di beri sabar dan tingkat usaha berniaga tempat lain. Pru 14 buatlah pilihan yg betul.

Awanama berkata...

Haha..masa nk ngundi bukan main lg...kami tetap bersama BN..walau hujan dan panas..alah terima saja ler...




BaDiN berkata...

Inilah Haram Jadahnya nasib mu Bila tangan kananmu atau kirimu memangkah si haram jadah walhal si haram jadah inilah yang kamu agung agungkan dan inilah hasil terbesar yang kamu dapat dari tuaian pada Pru lepas.

Awanama berkata...

Rumah aku betul2 dekat area klebang. Aku sokong pr dan dah pun undi pr.

Tp aku perasan klebang ni mmg kubu bn. Haram betul..

Mmg mereka ni jual mkn minum terutama weekend. Secara jujur makanan kat sana mmg x sedap lansung. Mmg nak untung lebih. Kebersihan mmg out.

Dato idris mmg anti cina. Tp aku bengang pr kalah. Tak perla asal rostam dah turun. Yg penting aku meluat tgk baju bn..