29 Jul 2013

34 Didakwa Kerana Anjur Blackout 505


.33 aktivis anak muda yang membuat perhimpunan di perkarangan Parlimen akan didakwa di mahkamah Jalan Duta hari ini.

Mereka didakwa selepas berdemontsrasi termasuk aksi tidur di jalan raya pada 24 Jun 2013 bagi menyatakan protes terhadap penipuan pilihanraya di hari pertama Parlimen bersidang untuk penggal ke-13.

Seorang lagi rakan mereka, Azhar Achil, akan didakwa di mahkamah Klang ekoran perhimpunan di Sabak Bernam dalam salah satu aksi #Blackout #SuaraRakyat505.

Azhar adalah Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor.

Beliau didakwa menganjurkan sebuah perhimpunan rakyat di Sabak Bernam dalam salah satu aksi Jelajah SAMM #Blackout #SuaraRakyat505. -HD

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Police has time for all these nonsense but no time to tackle crimes ? Don't waste public money. Your children and family members should fell shame feeding upon this non-halal money.

Tanpa Nama berkata...

Jangan tipu rakyat pasal PRU13, bagaimana kamu nak jawab depan Allah. ni lah munafik, tak takut Allah, rasuah, fitnah dan curi hak rakyat ada lah ciri munafik guna Islam sebagai topeng menipu.