29 Jul 2013

[BERGAMBAR] Lagi Kes Tembak: Pengasas Bank Arab-Malaysia Ditembak Mati, Isteri Cedera


Pengasas AmBank Berhad, Hussain Ahmad Najadi (gambar kecil), 75, yang berasal dari Bahrain ditembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur hari ini sementara isterinya cedera terkena tembakan.

Beliau yang kini merupakan penduduk tetap Malaysia berjalan menuju ke keretanya bersama isteri apabila seorang yang bersenjata menuju ke arahnya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah belakang menyebabkannya terbunuh di tempat kejadian kira-kira pada jam 1.30 tengahari.

Isterinya yang cedera terkena tembakan di badan dikejarkan ke hospital.

Saksi kejadian berkata pasangan itu terdahulu melawat kuil yang berada di hadapan tempat letak kereta.

Saksi yang tidak mahu namanya didedahkan berkata dia berada di gerai makan apabila seorang lelaki berjalan mendekati pasangan itu.

“Kemudian saya mendengar bunyi beberapa das tembakan dan melihat pasangan itu tumbang. Saya berlari menyelamatkan diri apabila lelaki itu menuju ke arah saya,” katanya.

Dia berkata lelaki bersenjata itu yang memakai topi dan cermin mata hitam bergegas meninggalkan tempat kejadian menaiki teksi.

Kejadian tembakan itu berlaku selang beberapa hari selepas pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan ditembak di Bahau. Bulan lalu juga mencatatkan beberapa siri tembakan.

Pengerusi Kumpulan Ambank Berhad Tan Sri Azman Hashim mengucapkan takziah kepada isteri Hussain dan menyatakan beliau sedih dengan insiden itu. -TMI

3 ulasan:

F-aRn berkata...

Salam GB,

Sy rasa sudah tiba masanya semua kenderaan/kereta di Malaysia wajib dilengkapi/dipasang kamera perakam video di cermin dpn kenderaan. Ia dpt membantu byk dlm kes2 kemalangan dan jenayah. Jenayah tembak dan bunuh semakin menjadi2 sekarang. Masih selamat dan aman kah Malaysiaku kini?

Tanpa Nama berkata...

Malu lah kat rakyat mereka yg di gelarkan pemimpin yg dipilih rakyat jadi menteri dan segala bagainya. Dah dpt kuasa lupa diri dan abaikan tugas. Sibok kaut harta dan gila kuasa dunia. Lupa akan tanggungjawab dan kenapa rakyat "konon" nya telah pilih mereka. Mereka sendiri bnyk masalah disiplin agenda tersendiri nak "selamatkan melayu" . Mereka lupa setiap hari yg di selamatkan adalah pembunuh, perompak, penyamun, pembohong, perasuah, pendusta dan penipu. Rakyat yg sokong mereka ini kalut silap pilih. Redhalah buat kini habuan yg divhidangkan walaupun pahit realitinya sehingga satu masa Allah tunaikan doa rakyat yg luhur dan celik lagi teraniaya....

Tanpa Nama berkata...

tegakkan hukum hudud insyaAllah semua jenayah dapat di atasi.Pilih pemimpin munafik sebab itu tak mahu hudud. rohani mereka dah rosak, jadi apa yg buruk dianggap baik.