Siasat pasangan blogger melampau
SEREMBAN - MCA negeri membuat laporan polis, semalam berikutan tindakan pasangan blogger, Alvin Tan dan Vivian Lee yang telah mencetuskan kontroversi menerusi foto dipaparkan dalam laman sosial Facebook, baru-baru ini.
Pengerusi MCA negeri, Datuk Dr Yeow Chai Thiam berkata, pihaknya amat kecewa dengan kelakuan pasa-ngan tersebut dan menyifatkan perbuatan mereka sebagai tidak rasional.
“Bagi kita, ini bukanlah satu perkara lucu yang boleh dibuat main-main. Mereka tidak sepatutnya menghina umat Islam yang sedang menjalani ibadah berpuasa.
“Perbuatan mereka telah menimbulkan kemarahan ramai pihak, termasuk di kalangan kaum Cina sendiri. Sekiranya dibiarkan, kita khuatir akan menjejaskan perpaduan antara kaum dan menimbulkan masalah lebih besar,” katanya kepada pemberita selepas membuat aduan di Balai Polis Jalan Campbell, dekat sini, semalam.
Kata Chai Thiam, beliau berharap pihak polis dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap pasangan terbabit supaya menjadi contoh, sekaligus amaran kepada orang lain agar tidak mengulangi kesalahan sama.
Terdahulu, pasangan blogger berkenaan yang turut mencetuskan kontroversi sebelum ini apabila memaparkan aksi seks mereka dalam laman blog, telah mengepos satu foto memaparkan mereka sedang menikmati juadah tidak halal sambil mengucapkan selamat berbuka puasa kepada umat Islam.
Turut tertera, logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada sudut bawah kiri gambar berkenaan.
Ulasan GB
GB dan sekalian rakyat sedang tertunggu-tunggu tindakan polis ke atas blogger-blogger seks UMNO kerana membikin, menyiarkan dan menyebarkan video lucah.... hingga kini masih sunyi sepi...
4 ulasan:
TAHNIAH pada NAJIBNGOK dan segala pengikut2 umNO/B angkai N egara yang
terus ditipu dan DIPERBODOHLEMBUKAN DULU KINI DAN SELAMANYA....dengan konsep SAPuuu SATU MALAYSIA dn kpnsep wasatiyyah.apa tindakan menteri dalam negeri zahid yg berkeras kekalkan AKTA HASUTAN dalam isu ini termasuk Ketua Polis Negara hanya cepat BERTINDAK JIKA DARI PEMBANGKANG SAHAJA.
Kuman seberang laut nampak tapi buta dengan gajah di kelopak mata. Pemimpin UMNO rompak dan samun rakyat setiap hari tetapi MCA tak nampak kah ?
MCA sudah sampai ke tahap yang begitu leceh sekali !
Kalau di Iran dah hukum bunuh agaknya?
Jangan cuba membuat kami jadi radikal amaran keras kepada spesis ini
Catat Ulasan