13 Jul 2013

Che Long Dihina Kerana Tidak Berkelulusan Tinggi... Ini Jawapannya...


Pendidikan calon bukan isu besar - Husam

BESUT: PAS berpendapat calon yang dipilih pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Kuala Besut adalah calon yang tepat serta menepati kehendak penduduk setempat.

Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, Datuk Husam Musa menjelaskan perkara tersebut selepas proses penamaan calon pagi tadi.

Menurutnya lagi, calon yang ditampilkan oleh PAS merupakan calon yang disukai oleh penduduk setempat dan beliau yakin rakyat akan terus memberi sokongan pada hari pengundian nanti.

"Calon yang kita tampil ini adalah atas permintaan penduduk di sini, jadi atas alasan tersebut saya yakin calon dari PAS mempunyai kekuatan untuk menghadapi calon Barisan Nasional (BN) pada PRK kali ini.

"Kita tidak tampil calon yang mempunyai bantahan dalaman atau penduduk setempat, calon kita adalah individu yang dihormati serta dikenali," kata beliau.

Sementara itu, Husam ketika ditanya mengenai kelayakan pendidikan calon PAS, Endot@Azlan Yusof menjelaskan calon PAS dipilih untuk mewakili serta membawa suara rakyat di Dewan Undangan Negeri bukannya untuk menjadi pensyarah ataupun jurutera.

"Isu pendidikan bukan satu isu yang besar, beliau mewakili dan membawa suara rakyat di dewan, beliau hendak mewakili rakyat bukannya menjadi pensyarah ataupun jurutera di dewan.

"Apa yang penting walaupun pendidikan itu rendah tetapi dapat membawa inspirasi rakyat dan membela hak rakyat itu yang lebih bermakna dari pendidikan tinggi tapi gagal membela rakyat," jelasnya.

Husam yang juga turut yakin dapat mengulangi kemenangan PAS di Dun Kuala Besut sepertimana yang belaku pada tahun 1999.

"Kita di sini mempunyai tugas berat dan kita sedia maklum pada PRK BN akan menggunakan pelbagai pihak atau agensi kerajaan untuk membantu kempen mereka.

"Begitu juga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diragui ketelusannya tetapi oleh kerana calon kita ini disenangi rakyat, saya rasa peluang itu ada.

"Kalau ditakdirkan kita menang kedudukan Dun 16:16, secara tidak langsung rakyat terengganu ada kuasa untuk meminta kerajaan mengagihkan kekayaan Terengganu dengan lebih adil," sambung beliau.

Tambahnya lagi, kemenangan PAS memberi kelebihan kepada rakyat tetapi jika BN terus kekal ia tidak akan membawa apa-apa perubahan besar kepada politik Terengganu.

Katanya, jika kedudukan seri, wakil rakyat PAS akan membawa isu-isu pembangunan ekonomi yang lebih mantap dan rakyat akan mendapat faedah yang berganda.

"Ini peluang untuk rakyat Kuala Besut membuat perubahan, ia tidak berlaku pada PRU13 sebelum walaupun hanya PRK tetapi kesannya amat besar kepada pengaruh politik Terengganu," tambah beliau lagi.

Dalam pada masa yang sama, Husam menyifatkan PRK kali ini juga merupakan pertarungan antara kem Datuk Seri Idris Jusoh dan kem Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. -HD

Ulasan GB

Sekalipun calon PAS yang dikenali sebagai "Che Long" itu hanya berkelayakan SPM, tetapi beliau telah membuktikan bahawa beliau berjaya di lapangan perniagaan dengan menjadi seorang kontraktor Kelas A... berbanding lawannya berpendidikan peringkat universiti tetapi hanya mampu menjawat jawatan makan gaji sebagai seorang jurutera.

Sebagai kontraktor Kelas A, Che Long sudah pastinya mempunyai "pekerja-pekerja" bertaraf "jurutera" di projek-projek kendalian syarikatnya dan disitulah kelebihan orang yang menjalankan perniagaan sendiri berbanding dari mereka yang makan gaji! Seorang peniaga itu, walau sekecil mana pun kelulusannya tetap "seorang tuan yang bebas" berbanding yang mencari rezeki dengan makan gaji yang sentiasa terikat kemana saja dia pergi!

Kedua, ingat pesan Rasulullab, orang berniaga itu ada kelebihannya kerana, 9/10 dari rezeki adalah di dalam dunia perniagaan. Malah Nabi Muhammad sendiri seorang peniaga di masa mudanya sebelum beliau diutuskan menjadi Rasul, dan semasa beliau diangkat menjadi Rasul pun, Rasulullah adalah seorang yang "ummi" (tidak tahu membaca dan menulis) namun baginda beriman dengan ayat-ayat Allah (mafhum surah Al-A’raf: ayat 158).

Ketiga jangan lupa semasa PRK Manek Urai pada pertengangan tahun 2009 dimana Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sempat untuk mengeluarkan kata-kata penghinaan kepada calon PAS ketika itu, Fauzi Abdullah.

Muhyiddin telah dilaporkan berkata:

"Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan. Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini, bukan seorang penjual ikan, dan berkelulusan tinggi."

Kata-kata tersebut jelas ditujukan kepada calon PAS yang merupakan seorang pemborong ikan yang tidak berkelulusan tnggi seperti calon BN.

Namun walaupun dengan segala "emas. intan dan berlian" dicurahkan di Manek Urai disamping penghamburan kata-kata penghinaan UMNO BN terhadap calon PAS yang ramai mengira amat mustahil untuk PAS memenangi PRK Manek Urai itu, namun dengan kuasa dan taqdir Allah, akhirnya calon UMNO BN, Tuan Aziz yang dipukul canang sebagai seorang yang berpendidikan tinggi dan berjawatan sebagai pengurus Kesedar, kalah juga dia di tangan seorang peniaga ikan, Fauzi Abdullah yang tiada kelulusan itu!

Ingatlah wahai UMNO bahawa tentang ayat Allah ayat 106 dari Surah Ali-Imran yang lazim diwiridkan selepas solat:

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adun BN Bukit Besi dilantik jadi exco apa kelulusannya. BN kena cermin muka sendiri sama. Tolong check balik.

Cikli berkata...

Assalamualaikum tuan,

Kita pilih dia bukan untuk jaga duit orang dalam Tabung Hajee, tapi untuk jaga masalah rakyat. Lagipun dia peniaga, duit dia ada lebih.

Tanpa Nama berkata...

Org umno semua bulih . orang lain semua bodoh.

Qaseh Bonda berkata...

Juak2 umno memang tak faham konsep sbb tu pentadbiran kerajaan dia jadi caca marba.

PTD berkelulusan pun malas pakai otak. Mudah dikenakan oleh orang bawah. Main sain saja apa yang didepan mata.

Padahal sedang menjual amanah negara secara membabi buta.

Cuba semak staff di KDN contohya. Berapa ramai yang bekerja dari mula lantik sampai bersara ditempat sama.

Mak bapak hantar masuk universiti supaya jadi pemikir berani.

Tanpa Nama berkata...

PRK diadakan di dalam bulan Ramadhan. Banyak peperangan Islam dimenangi di dalam bulan yang penuh berkat ini. Malah kemenangan Islam juga dibuktikan apabila kekuatannya adalah dilihat lemah. Kerana ketika lemah kita akan bergantung harap kepada Allah, yang pernah mengutuskan malaikat-malaikatNya untuk membantu berbanding ketika mana kita kuat yang sering membuat kita alpa dan syirik terhadap Allah dengan menganggap kekuatan manusia lebih kuat dari kuatan Allah... maka berbanyak berdoa, berusaha, beristiqamah dan bertawakallah wahai ahli dan penyokong PAS, InsyaAllah kemenangan akan dicapai di Kuala Besut jika Allah meredhai kerendahan hati kita kepada perlindunganNya.

Tanpa Nama berkata...

Apa yang UMNO merepek....tolong check Pengerusi Tabung Haji yg baru dilantik apa kelulusan dia?

Tanpa Nama berkata...

Ramai khalifah dulu2 tiada ijazah maupun sijil tapi mereka menjadi pemimpin yg amanah, prihatin pada masalah rakyat,taat pada hukum Allah. Apa guna ijazah berjela2 tapi khianat, rakus, tidak jujur.....pilihlah yg terbaik wahai pengundi budiman.....

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin dlm umno bukanlah tinggi pun.... Sekadar enginer,tp belum teruji keikhlasannya.....

Unknown berkata...

baguslah seorang kontraktor kelas A,Tentu syarikatnya punya seorang atau lebih jurutera,,,aku cadangkan che Long ambil calon bn yang kalah tu nanti jadi salah seorang pekerjanya,barulah bn tahu sijil atau kebolehan yang menjadi ukuran kelayakan jadi yb sebabnya kalau dah kalah dia dah jadi pengganggur...kesianlah kat dia

Tanpa Nama berkata...

Alah ape nak heran, pemimpin belah sana pun ramai dak ngaji tinggi, tak amanah pulak tu..kita pilih dia bukan utk mantau bangunan,gubal undang, berubat orang tapi untuk dia sampaikan suara orang kampong ke dewan..kita tau dia tidak akan khianat kita krana sudah ditarbia oleh parti.

Tanpa Nama berkata...

Pembetulan.... Tabung Hajeez...

Tanpa Nama berkata...

Seberapa banyak ilmu yang ada kalau tidak digunakan ke arah yang diredahai Allah S.W.T., Jawapan hanya sia -sia sahaja.

Seseorang yang ilmunya beberapa kerat sahaja tapi dia guna ilmu di jalan yang diredhai Allah, maka beruntunglah dia.

Lesson here Walaupun kita mungkin terlalu mengejar 1/10 (Ini sebenar sengaja UMNO setkan minda rakyat) tapi cuba set minda dan strategi untuk mengejar 9/10 especially Mahasiswa yang masih menggangur atau mendapat perkerjaan tidak setimpal dengan kelulusan serta ini merupakan perkara yang sengaja dibuat oleh UMNO supaya rakyat buta dalam perniagaan. Jadi suku - sakat UMNO boleh buat perniagaan dengan mudah apabila rakyat sudah buta dalam perniagaan. Fikirkanlah