27 Jul 2013

Apa Yang Kau Dah Buat Ni Guan Eng?


Guan Eng bergambar bersama sebahagian pemandu teksi yang menerima insentif Pemandu teksi P.Pinang terima durian runtuh.

Pemandu teksi P.Pinang terima durian runtuh

GEORGETOWN - Seramai 2,373 pemandu teksi dan kereta sewa mendapat insentif RM600 dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang, semalam.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, pemberian insentif itu terkandung dalam manifesto PR pada PRU13 selain menghargai peranan mereka sebagai barisan hadapan di negeri ini.

Menurutnya, pembayaran insentif itu dilakukan dua kali iaitu RM300 untuk bayaran setengah tahun yang pertama dan selebihnya pada Januari depan.

“Baki RM300 hanya akan dibayar jika mereka terus memberi perkhidmatan terbaik.

"Jika ada aduan mengenai salah laku mana-mana pemandu teksi, kerajaan negeri tidak teragak-agak menarik balik baki insentif itu," katanya pada majlis penyerahan insentif kepada pemandu teksi dan kereta sewa di daerah Timur Laut, di sini, hari ini.

Bagi daerah Timur Laut, seramai 843 pemandu teksi dan kereta sewa layak menerima insentif berkenaan.

Guan Eng berharap sumbangan itu mampu meringankan beban terutama kepada mereka yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. -SH

4 ulasan:

Amuraria berkata...

syabas LGE & para pemandu taxi ;) ABU jangan lupa !

QalamQabut berkata...

Alhamdulillah, semoga menjadi contoh kepada lain2 kerajaan negeri walaupun takde dalam manifesto mereka. Diharap juga pemandu teksi dapat berikan khidmat yang terbaik untuk pengguna.

Adakah Guan Eng akan beri air percuma seperti Selangor pula selepas ini? Sama2 kita berdoa.

Tanpa Nama berkata...

Agaknya diantara pemandu taxi yang dapat durian runtuh tu ada texi dicermin pakai pelekad "Terima Kasih Selama-lamanya kepada PM dan Noh Omar".Texi jenis ini banyak diLembah Kelang.

Unknown berkata...

Muga segala kebaikkan dan yang menjaga kebajikan rakyat terus dilaksanakan !