27 Jul 2013

[KISAH MASYARAKAT] Dila Dibogel & Dicabul Ah Long

Kuala Lumpur - Bukan hanya dibogel dan dicabul, malah seorang gadis berusia 18 tahun turut diugut gambar bogelnya disebarkan jika abang ipar dan kakaknya gagal menjelaskan hutang ah long.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Dila berkata, abang ipar dan kakaknya itu meminjam lebih RM3,000 daripada ah long sejak akhir tahun lalu, namun gagal membayar balik.

“Akibatnya saya yang terima padah apabila tiga lelaki dipercayai ah long mula datang mengganggu di tempat saya bekerja,” katanya sewaktu ditemu bual di sebuah rumah perlindungan di pinggir ibu kota, semalam.

Dila berkata, gangguan daripada tiga lelaki itu berlarutan hampir setiap hari sehingga awal tahun ini.

Menurutnya, pada suatu hari ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, tiga lelaki berkenaan memaksanya menaiki motosikal.

“Saya dibawa ke kawasan semak, sebelum mereka mengarahkan saya menanggalkan pakaian dan mengambil gambar saya sebelum dicabul bergilir-gilir," katanya.

Dila berkata, sehingga kini dia tidak tahu di mana abang ipar dan kakaknya berada dan berharap mereka dapat melangsaikan hutang tersebut secepat mungkin.

Anak ketujuh daripada sembilan adik beradik itu memberitahu, berikutan insiden itu emosinya terganggu dan dia kini trauma dan hanya mempunyai ibunya untuk membantu.

Penderitaan Dila tidak habis di situ apabila dia turut mengakui pernah didera oleh abang sulungnya yang mengalami sakit mental sejak lima tahun lalu, memaksa dia tinggal bersama keluarga kakaknya.

“Abang sulung pernah mencabul salah seorang daripada kakak saya, sebelum dia dipenjara kira-kira dua tahun atas kesalahan itu,” katanya.

Menurutnya, abang sulungnya itu juga sering bertindak ganas dengan memukul, menyepak, menghentak kepalanya didinding atas alasan tidak berpuas hati dengan masakannya. -SH

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagaimana cara untuk nak membantunye. Dalam masa sama saya sukar untuk mencari pekerja , sedih melihat perempuan diperlakukan begini. bagaimana untuk saya hubungi.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa tak buat police report?
Ini kes rogol. memang confirm kena sebatan. Tak ada maaf bagimu kepada perogol.
Kalau 2 yang rogol maka dua2 kena sebat. Selalu macam ni tak kurang 3 sebatan.
Setakat mengadu tak selesai masalah.

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan...kem wanita tolong lakukan sesuatu

Tanpa Nama berkata...

Semakin bermaharaja dan bercambahnya AH Long dan yang seumpamanya semakin buruk kesanggupan parti memerintah menaikkan tarafhidup rakyat,semakin gagal undang-undang ciptaan manusia,semakin teruk penjagaan keselamatan pihak polis.Dengan masa kecelakaan seperti ini akan bertambah dalam berbagai bentuk dan situasi.

Tanpa Nama berkata...

Kedai emas tak harap pada polis, ada rompakan pakai jer insuran.

Bank pun tak harap pada polis, apa2 kes rompak insuran tanggung.

kalau ada saja kes berlaku atas dua kedai ini, polis akan lipat kijang terjun kelubang kuman. Bila dapat mesti:-
dua mati satu lepas
empat mati pun satu lepas
emas jumpa tapi hanya satu utas
duit jumpa pun dua tiga keping kertas.

Kedai 24jam tak perlu sekuriti, mana hebat sekuriti atau polis. Ada kes rompak, polis yang seperti telah dibayar komisen sampai menyamar berkerja jadi tukang jual. Kalaulah polis ada sifat jantan, patut nyamar pakai skirt pendek bawa handbag selesaikan kes2 ragut.

Soalannya, siapa jaga Ah Long. Siapa jaga taukeh dadah. Siapakah jaga taukeh judi haram. Siapa yang jaga pelacuran dan tempat maksiat. Empat sendiket ini bertransaksi dalam puluhon juta ringgit sehari setiap negeri. Bab pepatah, setiap maknusia ada iktiarnya, setiap binatang pun ada jalannya. Berniaga haram pun ada ada tanggungan insuran gelap. Bayar premiun setiap bulan, Polis tanggung beres.

Ah Long buat kacau nak lapor Polis?
Pinjam Ah Long tak bayar pun nak lapor Polis? Macam mana nak jawap kalau polis tanya pinjam duit mesti kena bayar. Silap haribulan bukan saja kena paksa bayar, nanti kena rogol kali kedua pulak.

Tanpa Nama berkata...

Ini bukan kategori rogol tp pencabulan hak asasi sebab tidak ganggu yang bawah tu.. ape la nak jd skrg dgn ngre kite ni

Tanpa Nama berkata...

Saya fikir NGO-NGO dan Kementerian Datuk Hajjah Rohani perlu selesaikan hal si Dila ni dengan pihak Polis dengan segera. Buat tangkapan segera dan tunjuk muka pencabul tu dengan awam supaya org ramai kenal mereka ni jahat dan syaitan. Cepatttttt kami tunggu!!!!!

Tanpa Nama berkata...

apa nak hairan. yg backup ah long ni pun pihak polis sebab tu tak takut. semakin bercambah pulak.