14 Jun 2013

[VIDEO & GAMBAR] Antenna Di Menara UMNO Pulau Pinang Tumbang, 9 Cedera


Rakaman bangunan UMNO dulu dan sekarang selepas pemancar telekomunikasi di bangunan tersebut tumbang

Sembilan orang cedera, seorang daripadanya parah dalam kejadian angin kencang yang melanda 21 kawasan di Pulau Pinang pada pukul 6.45 petang tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian itu mengakibatkan sebuah pemancar telekomunikasi di atas Menara Umno di Jalan Macalister di sini jatuh dan menghempap beberapa kenderaan yang diparkir di tepi jalan.

Katanya, tujuh kenderaan termasuk sebuah lori pikap rosak teruk akibat dihempap pemancar telekomunikasi sepanjang kira-kira 20 meter itu dan pemandu lori berkenaan cedera parah.

“Di daerah Timur Laut terdapat lapan tempat yang terlibat di mana ada yang pokok tumbang dan yang serius sekali di Jalan Macalister di mana antena (pemancar telekomunikasi) atas bangunan Menara Umno telah jatuh dan mengakibatkan seorang (pemandu lori pikap) cedera parah.

“Bagi daerah Seberang Perai Tengah ada dua tempat yang terlibat dan daerah Seberang Perai Utara ada 10 kawasan terlibat manakala di daerah Barat Daya melibatkan satu kawasan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di Jalan Macalister, hari ini.

Abdul Rahim berkata, kejadian itu juga mengakibatkan paip bawah tanah di jalan berkenaan pecah.

Beliau berkata, agensi kerajaan akan memberi bantuan segera bagi memulihkan keadaan dan beliau menyeru orang ramai agar memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

“Masyarakat jangan marah kepada keadaan lalu lintas yang sesak dan saya akan pastikan jalan laluan berjalan dengan lancar dalam masa yang singkat,” katanya.





4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bangunan tu? huh tak takut lagi menipu dlm p/raya, tunggu lagi bala Allah wahai yg gerombolan empunya bangunan, rakyat yg dizalimi akan terus berdoa.

Tanpa Nama berkata...

teruskan lg menipu dan terus menipu dan rakyat yg dizalimi akan ramai2 berdoa moga ditimpakan bala kpd pemerintah umno/bn. amin

Tanpa Nama berkata...

buduh

Tanpa Nama berkata...

PETANDA.. PETANDA... KE..JA..TO..HAN

Lama sangat berdiri atas PEMBOHONGAN, PENIPUAN akhirnya dia jatoh sendiri

Apabila telah datang yang HAK yakni KEBENARAN, maka lenyaplah kemungkaran, kerana yang mungkar itu pasti akan LENYAP

Masin doa' rakyat yang TERANIAYA
rakyat yang ditipu hidup-hidup