23 Jun 2013

Rakyat Tetap Hadir Black 505 Walau Cuba Dihalang & Diugut Pelbagai Cara


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang berani hadir ke himpunan aman Black 505 di Padang Merbok, di sini walaupun diugut dengan kenyataan-kenyataan bersifat provokasi untuk menakutkan mereka.

"Tapi hari ini kita buktikan kita masuk ke sini dengan aman," katanya.

Dulu katanya, rakyat disembur dengan gas pemedih mata, rakyat dihalang, tetapi kini kerajaan mula sedar dengan kekuatan rakyat.

Beliau turut mengulangi tuntutan himpunan pada hari ini iaitu mendesak seluruh pimpinan SPR meletak jawatan dan diganti dengan kepimpinan baru.

"Kita juga minta semua kawasan yang ada petisyen sama ada dari Pakatan atau dari BN, buat balik pilihan raya kecil selepas pimpinan SPR baru dilantik," tegasnya yang juga AJK PAS Pusat.

Satu lagi tuntutan adalah jangan membuat persempadanan semula selagi kepimpinan baru SPR tidak ditukar.

"Kalau tidak persempadanan ini hanya akan dibuat untuk memberi kemenangan Umno BN sahaja," katanya. -HD

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah, ramai anak muda hadir, pelajar IPT makin berani perjuang hak rakyat, Zaman Anwar 70an sudah kembali

Andre Irwan berkata...

Kenapa nak ugut? Kan sebagai rakyat Malaysia, kita berhak berjalan dengan bebas selagi tidak melanggar undang-undang jenayah. Kalaulah tempat awam pun diharamkan, lebih baik jadi BANGLASIA. Banglasia pun dapat bergerak dengan bebas di Tanah Melayu dan Borneo juga.
Kan kata Malaysia bernekad menjadi dan sedang menuju menjadi NEGARA MAJU. Inikah mentaliti negara maju yang ada pada polis negara maju?
Polis ni pun satu? Cuba belajar dengan rakan sejawat dari kemeterian pendidikan. Selalu memberi nasihat pada perbuatan yang salah. Cubalah cakap macam ni, "Perhimpunan ni kami benarkan atas nama rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia yang memahami cita-cita dan hasrat Rukunegara iaitu keluhuran perlembagaan, saya pasti rakyat Malaysia tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara. Kami terpaksa mengambil tindakan sekiranya terdapat pihak-pihak yang melanggar undang-undang. Sebagai rakyat Malaysia, saya mengucapkan selamat berhimpun atas semangat cintakan NEGARA MALAYSIA, insyaallah. Selamat berhimpun." Ini tidak, asyik sabotaj. Sudah tentulah rakyat meluat. Aku juga antara rakyat Malaysia yang meluat dengan POLIS walaupun ramai sahabat bertugas sebagai polis.

Amuraria berkata...

mangkuk pecacai umno-apco guna jawatan ugut rakyat yang tuntut hak ! apa daa ! main provokasi ka ?utusan meloya muka depan bohong perhimpunan gagal hahaha ,mungkin pemberita depa buta mata & hati ! ABU jangan lupa !