10 Jun 2013

Muhyiddin Dihentam Kerana Mahu Hukum Penyokong Pembangkang


Barisan Nasional (BN) memaksa pengundi untuk kembali menyokong kerajaan dengan menghukum penyokong pembangkang menerusi bantuan terpilih, kata pemimpin Pakatan Rakyat hari ini.

Gabungan pembangkang menghentam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berjanji untuk memberi lebih banyak pertolongan kepada mereka ang menyokong BN pada Pilihan Raya 2013, menyifatkan langkah tersebut sebagai “memangsakan” pengundi dalam usaha mengekalkan dominan kuasa politik.

“Ia tidak memeranjatkan memandangkan perkara ini selalu menjadi cara BN yang suka menjadikan pengundi yang tidak memilih mereka sebagai mangsa dan hanya bantu pihak yang menyokong mereka,” kata ahli jawatankuasa PAS pusat Khalid Samad kepada The Malaysian Insider.

“Ini cara kekal berkuasa. Dengan menjadikan pengundi mangsa. Mereka akan mengekalkan keadaan ekonomi supaya Melayu akan terus menyokong mereka,” kata ahli Parlimen Shah Alam itu lagi.

Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata akan memberi “bantuan lebih kuat” kepada komuniti yang menyokong mereka semasa pilihan raya umum lalu, ia dilihat bertentangan dengan hasrat pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mahu mengadakan perdamaian kebangsaan.

“Mesej yang jelas adalah majoriti orang Melayu, India, Bumiputera, Orang Asli, masyarakat Siam serta orang-orang di Sabah dan Sarawak masih menyokong BN.

“Mereka ini akan terus kita bantu dengan lebih kuat, itu yang akan kita lakukan,” kata Muhyiddin dipetik semalam daripada agensi berita nasional Bernama semasa berucap pada Majlis Kesyukuran dan Penghargaan Barisan Nasional (BN) di Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad di Kundang Ulu, Muar.

Ahli Parlimen Seremban daripada DAP, Anthony Loke berkata kenyataan Muhyiddin itu jelas mensasarkan kepada masyarakat Cina yang majoritinya telah mengundi pembangkang pada pilihan raya 5 Mei lalu.

“Ini menunjukkan beliau mahu menghukum masyarakat Cina.


“Segala yang diperkatakannya menunjukkan dia bukan timbalan perdana menteri untuk semua tatapi hanya untuk BN. Lagipun, dia dikenali sebagai seorang yang sering mengatakan dia adalah 'Melayu dahulu, rakyat Malaysia kemudiaan,” kata Loke kepada The Malaysian Insider.

Ahli jawatankuasa eksekutif pusat DAP tersebut kemudiaan memetik analisis yang menunjukkan beberapa peningkatan peralihan sokongan orang Melayu kepada pembangkang dan menuntut kerajaan menjelaskan mengapa mereka hanya menghukum orang Cina.

“Ia kenyataan yang bodoh dan sangat tidak bertanggungjawab. Dia mengatakan sesuatu yang sama sekali berbeza dengan perdamaian yang Najib katakan, malah dia membuat kenyataan yang memecah-belahkan,” tambahnya lagi.

Najib mengatakan sebaik sahaja menerima keputusan Pilihan Raya 2013, kerajaan baru BN akan memulakan perdamaian kebangsaan, sebagai usaha-usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia, selepas apa yang beliau gambarkan senagai “tsunami Cina” dalam pilihan raya umum ke 13 – menyaksikan BN menang dengan majoriti lebih kecil berbanding Pilihan Raya 2008.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia, selepas berakhir pilihan raya 5 Mei lalu turut mengeluarkan tajuk “Apa lagi Cina mahu?” sebagai tindakan menunjukkan keputusan pilihan raya dibentuk oleh kaum Melayu menentang kaum Cina.

Walau bagaimanapun penganalisis menolak tanggapan sedemikian, Merdeka Center sebaliknya menegaskan keputusan pilihan raya menunjukkan peralihan besar masyarakat bandar berbilang kaum dan pengundi kelas menengah menentang BN.

Khalid mengganggap kenyataan Muhyiddin itu mendedahkan sifat sebenar BN dan menegaskan selagi kerajaan sedia ada ini tidak dihumban, mereka akan terus mengamalkan diskriminasi terhadap sesiapa yang menentang.

“Sebab itulah kami berada di sini. Untuk menentang mereka. Setelah sekian lama dalam kuasa mereka masih tidak memahami bahawa wang itu adalah milik rakyat. Sudah tentu tidak semua orang akan mengundi untuk mereka tetapi apabila mereka dipilih berkuasa, mereka mesti berkhidmat kepada semua orang,” kata beliau.

Walau pun terdapat pemimpin berhaluan kanan dalam BN, beberapa pemimpin dalam gabungan pemerintah berkata sebaliknya dan menyifatkan tidak wajar hanya menyalahkan masyarakat Cina ekoran keputusan buruk mereka dalam pilihan raya lalu.

BN hilang undi popular buat pertama kali semenjak 1969 ketika mereka masih Perikatan.

BN juga hilang lagi tujuh kerusi Parlimen kepada PR. BN mendapat 133 kerusi sementara PR mendapat 89 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013.


Beberapa tangkapan ke atas pemimpin dan aktivis pembangkang kebelakangan ini juga mengaburkan lagi perdamaian kebangsaan seperti yang diuar-uarkan oleh perdana menteri. -TMI

9 ulasan:

RG Sport berkata...

Cukai aku jgn amik kalau bantuan diberi ikut sokongan.golongan ni tak dpt nak bezakan parti dan kerajaan

Tanpa Nama berkata...

Takpalah negeri ni bapak depa punya.....
Cakap ikut pungkok, otak tang lutut, berak ikut mulut itulah muhyidin........ Pemeras, pengugut, perasuah dan banyak lagi.....
Mampoih lah hang di akhirat nanti

Amuraria berkata...

mamat sembam kaki kelentong & bodek kuat mau balas dendam ! ABU jangan lupa !

Tanpa Nama berkata...

betul la tu,negara ni kan makbapak dia punya!!!!

BaDiN berkata...

Corak pemerintahan ala Firaun diterapkan sedikit demi sedikit oleh Tpm Haram Jadah,Syirik minta daripada yang lain Selain Dr Allah,Tapi Bn/Umno ingin rakyat sembah mereka dan anggap merekalah yg beri rezeki/kesenangan/kemewahan dll.Politik Assabiyah & Primitif jadi acuan mereka.

oranqtua berkata...

ingatkan cerdik tapi kalau mcm ni gayanya, alamat tak merasalah kerusi pm. aku yg jadi ajk kawasan pun boleh berfikir secara rasional sebagai ketua negara. alahai timb presiden aku.....

Tanpa Nama berkata...

Bilamana BN menang pilihanraya, maka BN yang menerajui negara. Maka BN yang berkuasa memungut macam-macam cukai keatas rakyat tanpa mengira penyokong BN atau PR.

Pada saya adalah tidak wajar melebelkan sesuatu projek dgn kenyataan " Projek BN ". Sepatutnya tulis Projek Kerajaan Malaysia dgn lambang harimau bukan dacing biru sbb duit projek dikutip hasil cukai duit rakyat Malaysia tanpa mengira org BN atau orang PR.

Wayang inilah yang buat rakyat kelabu asap sampai lani tak dapat bezakan antara parti politik dengan kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Dia ingat Jawatan dia sekadar Ketua Kampung ajer ker. Bodohnya Menteri di Malaysia

Tanpa Nama berkata...

muhyiddin, dan orang umno-bn, tak sedar, atau buat2 x sedar, orang melayu ramai yg menyokong pr. mmg dr segi peratus nampak orang cina ramai tp bilangan sebenar orang melayu lg ramai. bahkan kalau umno biarkan orang melayu membuat keputusan sendiri tanpa sebarang gangguan, spt propaganda pangkah pas bermakna pangkah dap dan memberi kuasa kpd cina, x tau la brape ekor je yg pangkah dacing