10 Jun 2013

[KISAH MASYARAKAT] Remaja Mengaku Pernah Terlanjur


Kulim - Polis menahan tiga pelajar lelaki dan seorang perempuan, berusia di antara 16 hingga 17 di dalam pondok rehat di Taman Tasek Kulim kira-kira jam 3 pagi semalam.

Ketika ditahan ke semua terlibat berada dalam keadaan gelap manakala pelajar perempuan berkenan dilihat sedang baring di paha teman lelakinya.

Menurut pelajar perempuan terlibat, dia bersekolah di Selama Perak dan datang bersama tiga rakan lain ke Kulim untuk bersiar-siar.

Dari siasatan dijalankan, pelajar perempuan itu mengaku pernah terlanjur bersama kekasihnya itu beberapa kali.

“Ibu saya sudah tahu perkara itu kerana sebelum ini kami pernah ditangkapnya.


"Kami juga merancang untuk berkahwin sebaik sahaja tamat persekolahan nanti. Bagaimanapun teman lelaki saya harus mencari pekerjaan terlebih dahulu.

"Keluarga kami juga sudah tahu hubungan kami ini dan mereka mendesak supaya kami dinikahkan dengan seberapa segera. Bagaimanapun ia terpaksa ditangguhkan kerana kami masih bersekolah. Sekiranya kami sudah bekerja, sudah pasti sekarang ini kami sudah pun menjadi suami isteri,” katanya.

Kesemua suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan sebelum diserahkan kepada Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK) untuk tindakan lanjut.

Kes ini akan disiasat di bawah seksyen 9 (1) (2) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988.

Sementara itu, Ketua Bahagian Penguatkuasa PADK, Azmi Rejab berkata, dari kenyataan diambil keluarga pelajar perempuan mendapati dia sering keluar bersama teman-teman dan enggan mendengar nasihat keluarga.

“Saya berpendapat sekiranya ada dalam kalangan remaja perempuan bawah umur terutama pelajar sekolah terlibat dalam perhubungan sosial sehingga menjejaskan maruah mereka, saya cadangkan supaya mereka dinikahkan dari terus melakukan zina.

"Ibu bapa boleh membuat permohonan di Mahkamah Syariah untuk menikahkan anak perempuan mereka. Dengan cara ini saja mereka berada di laluan yang betul dan belajar erti tanggungjawab,” katanya. -SH

Ulasan GB

Pertama, ibu bapa remaja berkenaan sudah maklum kenakalan anak perempuannya tetapi masih membiarkannya anaknya untuk meneruskan gelagat dan perlakuannya.

GB ingin mengetahui respons dan pendapat pembaca mengenai syor Ketua Bhgn Penguatkuasa PADK supaya remaja di bawah umur yang terlibat di dalam masalah sosial ini dinikahkan saja dari terus melakukan zina. Anda bersetuju atau ada syor lain?

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nikah kan sahaja .

Tanpa Nama berkata...

Ya betul...nikah saja dr trus berzina...

Tanpa Nama berkata...

Bila nafsu telah menguasai kepala, kepala atas tak berguna lagi. Yang pasti kepala satu lagi yang akan terpakai kesudahannya....
... ELOK DINIKAHKAN JER DENGAN PERSETUJUAN KEDUA DUA BELAH PIHAK KELUARGA...

Tanpa Nama berkata...

Dulu ada satu kes, ibubapa kahwinkan anak bawah umuq, riuh satu malaysia marah kat ibubapa tu terutama Maktok Jat ...Menteri wanita.....masa tu.

Khas untuk kes ni, disebabkan makbapak dia dah tahu klaku anak dia macam tu. Jab. Ugama kena ambik tindakan kat makbapak dia skali kerana gagal jlnkan tjawab.

Tanpa Nama berkata...

Nikahla.buat ape buat dose lagi. Adela rezki tuhan bg ble dah kawin nanti.hey org2 mude smue. Syaitan yg biase bertepuk tgn bjaye mghasut anda bzina akn sengsare celake bila org mude mcm kte kawin awl. Kamon bro.. usaha utk kwin sah sesegera mgkn. Gaji+bntuan majlis agama+bntuan adik bradik+ gaji kerja tmbhn+keje kdai mkn waktu mlm:hasilnye nikah scr sah trus. Buat kecil2an sudah,pgl org2 terdkt sudah bg yg xbrp mampu. Aku dah nk nikah pun sbtu nh stelah aku tanamkan dlm2 ati,nk kawin nk kawin. tekad beb.insyaAllah jd.Alhmdllh.. buat pun sblah pihak je.. Janji jadik.. Aku turut mnjmput adminGB btandangla ke knduri aku 15hb jun nh di jalan 1418 bt8 53100 gombak.. :-) -m.s.a-

pesara tentera... berkata...

nikahkan ajee.... hari nee jugak kalau boleh

Tanpa Nama berkata...

Cuba minta pandangan Najib. Bukan kah dia ini pakar dalam bidang ini ?

muna berkata...

baik nikah je , selamat dunia dan akhirat

Tanpa Nama berkata...

NIKAH JE SENANG
TAK TANGGUNG DOSA

Tanpa Nama berkata...

Salam semua, memanglah menikah tu jalan penyelesaian. Tapi perangai tetap tidak berubah juga nanti. Saya cadangkan kedua-dua nya di hantar kerumah akhlah terlebih dahulu serta di brain wash mcm Biro tata negara buat. Bagi didikan dan fahami agama selepas itu baru bagi kawin.
Wallah hua'lam. Kita sebagai orang yg perihatin sepatut menasihati dan memberi tunjuk ajar, bukanya menghukum. Apa guna kalau kita bagi kawin kalau tiada perubahan moral dan tingkah laku.

Man Laksa.