MMenteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dengan membelanjakan melebihi jumlah yang ditetapkan, iaitu RM200,000 dalam kempennya menjelang pilihan raya umum ke-13, dakwa PKR.
Pengarah Strateginya Rafizi Ramli berkata, seperti dalam video yang diedarkan di Internet, Zahid dikatakan mengedarkan RM100 dan 5kg beras kepada 24,000 orang di Bagan Datoh, yang jika dikira melebihi RM200,000.
Bercakap di sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Rafizi berkata, berdasarkan itu, partinya akan memfailkan petisyen pilihan raya berhubung perkara itu minggu ini.
Beliau berkata akan mendedahkan lebih lanjut bukti berkaitan dalam sidang media yang lain pada Rabu ini.
PKR memberi isyarat memfailkan 18 petisyen manakala Pakatan keseluruhannya sebanyak 35 petisyen.
Malaysiakini masih belum boleh dapat menonton video itu atau menghubungi menteri berkenaan atau pembantunya bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan itu. -mk
Rafizi Dakwa Zahid Langgar Had Belanja PRU13 Lebih RM200,000
Selain petisyen pilihan raya, Pakatan Rakyat (PR) mengemukakan petisyen berasingan bagi Parlimen Bagan Datok dengan dakwaan calon Umno-BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melanggar had perbelanjaan RM200,000 yang dibenarkan untuk sesuatu pilihan raya.
Petisyen itu termasuk 35 petisyen pilihan raya melibatkan kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara yang difailkan PR bermula hari ini hingga Rabu ini.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa mempunyai bukti berupa rakaman video menjelaskan Ahmad Zahid yang kini Menteri Dalam Negeri berkempen dalam pilhan raya lalu melebihi had ditetapkan.
Dakwanya, video tersebut juga boleh ditunton di internet.
“Zahid Hamidi ada membuat satu kenyataan yang umum yang ada rekod video mengaku bahawa beliau ada memberikan wang RM100 dan sekampit beras 5 kilogram (kg) jika tidak silap kepada 24,000 orang di Bagan Datok.
“RM100 termasuk beras 5 kg anggaran RM15 kepada 24,000 orang maka jumlahnya lebih kurang RM2 juta lebih. Belanja pilihan raya hadnya RM200,000 sahaja,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, dengan kes tersebut maka PR memutuskan memfailkan dua petisyen bagi kawasan parlimen berkenaan.
Menurutnya, 35 petisyen pilihan raya difailkan PR adalah 25 kerusi Parlimen dan 10 DUN dengan PKR (19 – Parlimen dan satu – DUN), PAS (empat – Parlimen dan sembilan – DUN) manakala DAP (dua – Parlimen).
Serentak dengan petisyen itu, jelasnya, PR turut akan memfailkan tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) selain perkara bersangkutan dengan dalam tempoh tiga minggu.
“Pertama, saman terhadap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dan ahli-ahli SPR di atas kegagalan melaksanakan dakwat kekal.
“Yang kedua, satu petisyen pilihanraya menuntut mahkamah menyemak senarai pengundi yang dicemari pengundi hantu di Sabah berdasarkan keterangan dibuat di Suruhanjaya Diraja setakat ini dan kajian dalaman PKR,” katanya.
Beliau berkata, selanjutnya adalah tindakan undang-undang bagi menisytiharkan pindaan Seksyen 9A yang menghalang kesahihan daftar undi dicabar di mahkamah bertentangan dengan perlembagaan.
Katanya, pasukan PKR yang akan mengambil tindakan itu diketuai pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari. -selangorku
3 ulasan:
INGIN TAU. UMNO BELANJA SAKAN DLM PRU NI PAKAI DUIT PARTI ATAU DUIT RAKYAT/KHAZANAH NEGARA?.
Duit tabung umno dah campor gaul dengan duit haram dari judi dan arak.Ingat kau menang dengan cara menipu dan guna duit haram , tak malu kah jumpa Allah nanti.Itu pasal apabila terlalu banyak makan duit tak betul, sholat susah nak buat dan hanya sholat baru amalan kita diterima.Anak anak jadi macam setan, bini tak bertudung adalah disebabkan hati dah jadi buta.Jangan lagak lah, neraka Allah amat pedih terutama mereka yang memikul amanah Allah.
maklumat tak rasmi dari seseorang yang boleh di percayai di terima...calon BN dun semerak,kelantan,belanjakan hampir 96,000 untuk beli pil kuda dan pancing,dan 'ikat' mat gian,untuk undi dacing.
Catat Ulasan