MCA: PAS 'ultra konservatif' bantah tarian gelek
Bantahan PAS Segamat terhadap acara tarian gelek yang disifatkan lucah di sebuah pasar raya menggambarkan parti itu akan melaksanakan dasar "ultra konservatif" dan "mundur" di Johor jika menang dalam pilihan raya umum yang lalu di Johor.
Ketua MCA Segamat Dr Lee Hong Tee berkata, selaran oleh Yang Dipertua PAS Segamat Firdaus Masod juga membuktikan parti itu bersifat "autoritarian" terhadap nilai-nilai lain.
"Tarian gelek merupakan aktiviti yang sihat dan persembahan yang teaterikal," kata Dr Lee.
"Oleh kerana PAS menganggap tarian gelek bertentangan terhadap apa yang dianggap mereka norma Malaysia, ini menunjukkan PAS tidak boleh bertolak ansur terhadap sebarang persembahan seni yang sihat."
Harakahdaily semalam melaporkan, PAS Segamat membantah keras penganjuran tarian yang disifatkan separuh bogel oleh wanita yang dipercayai dibawa dari luar negara di sebuah pasar raya pada 1 Jun lalu.
Akhbar web PAS itu melaporkan, tarian itu disaksikan hampir 500 pengunjung yang membawa bersama mereka anak-anak kecil dan diadakan pula pada waktu puncak dan malam minggu.
"Kami amat menyesali penganjuran tersebut diadakan secara terbuka yang ternyata menyalahi tatasusila adat dan budaya masyarakat Malaysia," Firdaus dipetik sebagai berkata dalam kenyataannya.
Harakahdaily juga melaporkan ramai pihak terkejut dan peniaga juga agak terkejut dengan hidangan yang dipersembahkan pada malam tersebut.
Isu yang sama turut dilaporkan sebuah harian berbahasa Melayu hari ini.
Ulasan GB
,br> MCA dah kalah besar dalam PRU lagi mahu bising?
Tak mengapa. Dia keluarkan hujjah maka kita berhujjah.
Pertama, ternyata MCA walaupun sudah berkawan dengan UMNO sekian lama, tetap jahil mengenai Islam. Sama macam Presidennya Chua Soi Lek di dalam isu berjabat tangan dengan perempuan Islam.
Menurut Ketua Pemuda MCA Segamat, tarian gelek dan lucah itu satu aktiviti yang sihat. Hahaha. GB tak tahu apa yang sihat. "Angry bird" mungkin sihat tetapi tarian sedemikian adalah faktor kepada punca keruntuhan moral masyarakat.
Dan seandainya Ketua Pemuda MCA itu ingin menyatakan bahawa di dalam agamanya tidak ada halangan dan sekatan terhadap tarian sedemikian, maka sepatutnya tarian tersebut tidak dilakukan di tempat terbuka yang dikunjungi pelbagai bangsa dan agama.
Anda perlu menghormati norma-norma dan nilai-nilai ugama dan bangsa orang lain. Kamu boleh melakukan di premis tertutup, Islam tidak menghalangnya untuk kamu seperti aman Islam tidak menghalang kamu untuk melantak arak sebanyak-banyaknya... tetapi ia perlu dilakukan di tempat kamu bukan di tempat awam.
Islam sebagai ugama rasmi negara perlu dihormati. Rupa-rupanya parti komponen BN sendiri yang tak menghormayti Perlembagaan negara.
GB hairan, bagaimana pula sikap UMNO terutama para mufti dan ulamaknya yang membisu seolah-olah bersekutu dengan pendirian MCA itu?
14 ulasan:
Mana ulama UMNO ni, tolong la bagi komen! Kami rakyat 1 Malaysia nak dengaq. Kalau tak masuk mainstream media buat2 tak nampak pulak! Jadilah ulama yang dihormati dan disegani bukan diperalatkan orang lain.
MCA Kata Tarian Gelek Itu Aktiviti Sihat, Apa Kata Ulamak UMNO?
Ulamok Mudo ko Sepok kretah Pondok Geting?
Kalu dio tadok pat menari tuh, dio wat loklok kejuk, istifar panjey kato HAREY dokleh oghe tino maen golek golek gitu
Kalu dio adosamo situ, mu tanyo dio sukoor, dio kato seghupo hok MCA kato tuh.
Ni kalu nok kenaa wajoh sbenaa ulamok Umno
Buke nok cegoh, kalu dio tahu pat oghe tino dok golek golek gitu dio dulu HUNGGA gi dok congok situ, ngango mulok mulok. Ni ulamok Umno
Kita tunggu apa ulamak umnooo kata dan.perkasa
MCA ni dah melampau.Presidennya pon dah la pelakon PORNO nak bawa cara hidup dia pula dalam masyarakat Malaysia.Ulamak MUDA DAN TUA dalam UMNO ni mana????? Oh! tak ni diam je tak berani nak bersuara.Tu yang dikatakan ULAMAK PULUS! !!!!!!!!
Manusia / Insan .....
hidup bermula dengan bogel tanpa sehelai benang, dikeluarkan antara dua lubang najis, kemudian dibalutkannya dengan kain (pakaian) sehingga kematiannya.
Manusia zaman dahulu kala tidak berpakaian dan disebabkan kemajuan, maka depa mula mencipta pakaian. Bermula dari daun-daun, kulit binatang dan ... akhirnya kain sintetik. Kenapa manusia mencipta pakaian? Pakaian dicipta untuk menjaga martabat manusia. Cuba bayangkan kalau manusia tidak berpakaian pada hari ini dan berjalan-jalan di atas jalan raya. Apa nak jadi?
Adakah kita nak berpatah balik ke zaman kuno sedangkan kita sudah mengorak langkah dari tanpa berpakaian ke berpakaian? Siapa yang mundur?
Di Malaysia la ni, semua dah terbalik. Yang di luar nilai moral dianggap bermoral. Yang di dalam nilai moral dianggap tidak bermoral dan tidak bertamadun. Lihat saja pemimpin negara kita, yang korup, yang tidak bermoral, bongkak, bohong @ mohong @ tipu, ... sampai peringkat membunuh pun dianggap pemimpin yang HEBAT DAN TERAGUNG SERTA TERUNGGUL. Jadi tak perlu hairan dengan kenyataan dari MCA, kan depa tu sahabat dengan setan yang dikenali. Setan dan malaikat ibarat air dengan minyak, mana mungkin kedua-dua bahan tu boleh bersatu. Hanya manusia yang hatinya buta dan dibutakan oleh Allah swt saja tidak berkemampuan melihat penyelewengan ini.
Rasa tak perlulah aku berbicara lebih panjang sebab manusia yang cerdik akan faham walaupun aku berbicara dengan seungkap perumpamaan. Tapi bagi manusia yang bahalol, depa akan sentiasa mencari seribu dalil untuk menghalalkan cara dan tindakan depa, selalunya atas dasar kemodenan dan kemajuan sejagat sedangkan hal yang terbalik berlaku. Ingat, "Hendak seribu daya, Tak hendak seribu dalil."
Cuba tanya Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Beliau tentu boleh komen.
Harusani sila komen, tapi cerita ni tak masuk utusan maka dianggap sebagai tak penting.
Siapalah orang Melayu UMNO kalau tak menyokong perkara sebegini.Di Kedah pun sudah bermula.Inilah salah satu cara mereka untuk meningkatkan perpaduan rakyat berbilang kaum. Itu pendapat mazhab umno.Belum insaf dengan segala yg diperlihatkan oleh Allah selama ini.Jangan tunggu semua rakyat ke j/raya membantah.
Ularmak kalau pilih bulu nk sound nmpk nya dia lg lama dok dlm neraka dr aku, mn2 pon sama kalau takut nk bersuara: MCA bodoh
Tahniah PAS kawasan Segamat atas keberanian menegur yang sewajarnya. Kita bukan sahaja berpolitik, tetapi tanggungjawab menegakkan keharmonian dan kesusilaan hidup bermasyarakat juga amat penting.
Saya yakin tindakan PAS kawasan Segamat ini tidak pun diambil peduli oleh UMNO kerana itulah budaya hiburan yang selalu mereka sogokkan sebelum ini dalam kalangan masyarakat Melayu. Apa lagi nak dipelikkan jika MCA lebih berani membawa budaya hiburan separuh bogel begitu.
Maka Ulamak Umno akan mengeluarkan petakawa iaitu Hukumnya HARUS sebab kalau tak tengok merugikan....kahkahkah
Apa sahaja yang Islam haram akan ditentang oleh MCA dan sekutunya kerana iannya akan menutup periuk nasi mereka. Siapa TAuke Judi, TAuke arak, tauke karoeke, Tauke perkara-perkara maksiat yang lain. UMNO akan mengelirukan umat Islam dan orang bukan Islam sekiranya gagal memberi penerangan kepada masyarakat had2 dan batasan dalam Islam. Perkara sekecil-kecil aurat orang Islam tan bukan islam tak paham inikan pula perkara seperti hukum syariah Islam. Wahai Ulama UMNO berdakwahlah kepada masyarakat islam dan bukan islam dengan ISLAM yang benar
Mana Perkasa, mana Pekida (3 line), mana Jati, mana geng silat & lain-lain semuanya menikus. Kenapa tak buat demo atau komen? Sebabnya tak masukkk...
Mana Perkasa, mana Pekida (3 line), mana Jati, mana geng silat & lain-lain semuanya menikus. Kenapa tak buat demo atau komen? Sebabnya tak masukkk...
Catat Ulasan