5 Jun 2013

[VIDEO] Chegu Bard Mengaku Tidak Bersalah, Dakwa Berkait Dgn Politik Dalaman Umno-BN


Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, 35, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari berkenaan penganjuran Himpunan Suara Rakyat 505 di Padang Timur MBPJ pada 25 Mei lalu.

Badrul Hisham atau dikenali CheguBard didakwa di bawah Akta Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana gagal memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Petaling Jaya dalam tempoh 10 hari sebelum program tersebut berlangsung.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan jika didapati bersalah, boleh didenda tidak lebih RM10,000.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala Badrul Hisham tidak diwakili peguambela.

Hakim, Yasmin Abdul Razak menetapkan 9 Julai depan untuk Timbalan Pendakwaraya menyerahkan dokumen kes dan pelantikan peguambela Badrul Hisham.

Badrul Hisham dibebaskan tanpa ikat jamin selepas Yasmin berpuashati bahawa beliau hadir ke mahkamah dengan rela. Beliau juga menghubungi pihak polis selepas pihak berkuasa itu gagal menyerahkan saman kepadanya.

Ketika di luar mahkamah, Badrul Hisham menyatakan kes pendakwaan ke atasnya ada kaitan dengan permainan politik dalaman Umno-BN melibatkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Pemilihan Umno akan berlaku tidak lama lagi. Zahid tidak sedar bahawa kamu masuk dalam perangkap (Datuk Seri) Najib Razak dan (Tun Dr) Mahathir Mohamad. Kamu diberi jawatan Menteri Dalam Negeri untuk dirosakkan imej kamu.

“Hari ini setiap hari usaha merosakkan imej Menteri Dalam Negeri itu berlaku. Jauh daripada itu rakyat menjadi mangsa permainan politik dalam Umno-BN,” katanya.

Menurutnya, Dr Mahathir ingin mempersiapkan keluarga dan saudara maranya selesa di dalam Umno-BN manakala Najib menyusun strategi untuk kebaikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Diharap DS Anwar dapat mengambil pedoman terhadap beberapa perkara yg berlaku sebelum dan selepas tamatnya PRU13. Umpamanya dlm kes Cikgu Bard ini dan juga banyak kes2 lain sebelum ini... sepatutnya DS Anwar sudah dapat mengenal yg mana batu yg mana permata, siapa yg berjuang bermati-matian untuk PKR hingga ditangkap, didakwa,dipukul hatta ada yg masuk jel, siapa yg tak pernah keluar peloh perjuangan, siapa yg hanya mengutip keuntungan hasil perjuangan org lain dan siapa yg hanya berjuang dicelah ketiak DS. Jadi sepatutnya DS Anwar tahu siapa pejuang tulin yg layak untuk diletak sebagai calun PRU13 dulu. Seperti Cikgu Bard yg telah menunjukkan kegigihan dan kesengsaraan berjuang sekian lama, tetapi tidak diberi tempat sewajarnya utk bertanding dlm PRU13, hanya ala kadar diberi DUN yg bercelaru dan akhirnya tewas akibat si pengkianat. Terdapat banyak pejuang yg lama gigih menabur khidmat bakti kepada masyarakat setempat atas nama PKR, tapi tak diberi perhatian yg sewajarnya juga. Sedangkan org2 seperti Mustafa Kamil Ayub, Dr Nor Manuti dan banyak lagi yg tidak gigih dan tidak disukai rakyat dan hanya berjasa menggosok bahu DS saja, telah disanjung, ditatang dan diberi tempat bertanding di kawasan yg strategik, tapi akhirnya tidak membuahkan hasil. Sedangkan awal2 lagi org dah maklumkan kalau org2 ini yg dipertaruhkan, yakin PKR akan kalah. Oleh itu dimasa hadapan, DS Anwar hendaklah cerdik sedikit memilih org yg menjadi calun. Utamakan anak tempatan yg gigih berjuang dan berbakti dan diterima rakyat setempat. Kes seperti PRK Ulu Selangor dahulu dimana seorg dari Kelantan yg baru menjadi ahli PKR dan tidak pernah muncul dikawasan Ulu Selangor tiba2 diangkat menjadi calun dan akhirnya tewas masih berulang di PRU13... Apa DS memang tak pernah mengambil iktibar atau memang DS Anwar 'not a smart politician' yg tak kenal mana batu mana plastik?... no wonder you will forever be a loser.

Tanpa Nama berkata...

pd pndapat aku,bkn salah dsai keseluruhannya tp ini mungkin strategi bn umngok nk singkirkn org2 hebat dlm pr dr trus mara...