Perjuangan Umno sudah tidak bertenaga
KUALA LUMPUR: Selepas keputusan PRU13, parti komponen BN nampak gelabah sehingga ada cadangan untuk menjadikan BN parti tunggal.
Selain itu, ada cadangan membubarkan semua parti komponen menjadi satu sahaja seperti yang disuarakan pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn.
Mesyuarat MT UMNO, Jumaat lalu, bersetuju mewujudkan makmal khusus bagi memperincikan cadangan itu dengan mendapatkan maklum balas dan pandangan ahli di seluruh negara.
AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, ini ditambah pula kenyataan Tun Mahathir Mohamad yang mengatakan Umno menang bukan kerana kuat, tetapi kerana Melayu berjaya ditakutkan sehingga mereka mengundi Umno pada PRU13.
“Sampai bila Melayu hendak ditakutkan kerana Melayu yang berjaya ditakutkan sudah tidak ramai, sebagaimana orang Melayu sudah tidak ramai yang takut kepada hantu,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang kepada Harakahdaily.
Menurutnya, Umno berada pada situasi yang merbahaya jika hanya mengharapkan Melayu menyokong berdasarkan emosi kerana Melayu yang celik maklumat dan faham agama tidak diserang dengan budaya takut.
Katanya, mereka sedar, Melayu musnah semuanya angkara Umno.
Beliau berkata, golongan ini mula mempersoalkan kenapa setelah 57 tahun merdeka, Melayu semakin tertinggal ke belakang.
Ini, katanya kerana Umno telah khianat amanah untuk membantu orang Melayu.
“Berapa banyak projek yang dikhas untuk orang Melayu gagal diselenggarakan dengan baik.
“Kenapa Umno hendak mengkambing hitamkan kaum lain, supaya Umno terus selamat?” tanya beliau.
Beliau menambah, Melayu terpelajar sudah menganggap, Umno mesti bertanggungjawab terhadap musibah yang menimpa kepada orang Melayu.
“Mereka mahu Melayu yang bermoral dan telus untuk memimpin negara. Umno telah meninggal rekod yang terlalu buruk kepada sejarah perjuangan orang Melayu di negara ini,” ujarnya lagi. -HD
Ulasan GB
Genap sebulan selesainya pilihanraya, UMNO BN menang tetapi mereka berantakan dan meroyan seperti mereka yang kalah di dalam pilihanraya itu. Itu sebagai tanda kemenangan mereka adalah kemenangan yang tiada keberkatan.
GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:
Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Kemenangan dengan penipuan adalah satu jenayah dan tiada keberkatannya.
...kemenangan melalui penipuan adalah kemenangan yang rapuh ... dan ia akan tumbang dengan sendirinya kerana "dasarnya" lemah.
GB amat yakin jika kerajaan Najib dan UMNO BN memperolehi kemenangan dengan cara penipuan, kerajaannya akan tumbang tidak berapa lama lagi.
Dan semua yang terlibat dengan penipuan akan tetap dihukum walaupun penipuan itu licik dan tidak diketahui orang. Tetapi Allah Maha Mengetahui! Anda tidak boleh lari.
Kebatilan tidak akan dapat mengalahkan kebenaran selama-lamanya. Itu hukum alamiah, itu hukum Allah swt!
1 ulasan:
Ingatkan org bersalin je yg meroyan,rupa rupanya ada yg lebih dari itu,
Selangor yg ku idamkan tak dapat,2/3 impianku tak tercapai,org yg ingin dikalahkan dari kalangan Ketua ketua PR tak kesampaian bahkan semua org org kuat PR jadi MP.
BN tersungkur adalah kerana tidak jujur dalam menjalankan amanah yg diamanahkan.
Umno/BN sudah berubah statusnya dari parti kesukaan ramai kepada parti orang kampung dan orang hulu.
Mungkinkah statusnya akan jadi lebih teruk lagi kepada parti muzium dan parti pinggan mangkuk.
Catat Ulasan