26 Mei 2013

Rakyat Bergotong Royong Bersihkan Padang Timur Amcorp Mall


Kwasan Padang Timur hadapan Amcorp Mall yang menjadi lokasi Pesta Rakyat semalam menyokong #Black505 yang dihadiri tidak kurang 50,000 orang telah dibersihkan dengan sikap para peserta bergotong royong memungut sampah sarap.

Ia menunjukkan tahap disiplin yang tinggi dan sikap bertanggungjawab di kalangan para peserta perhimpunan yang terdiri daripada ahli-ahli Pakatan Rakyat dan NGO dan hal sedemikian tidak terdapat di program-program anjuran parti politik BN.

Dan paling indahnya semalam ialah tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku apabila tiada provokasi mana-mana pihak.

Sekalung tahniah & syabas kepada mereka yang mengambil inisitif untuk melakukan kerja-kerja secara sukarela ini!


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mari kita tukar nama spr kepada BLACK 505

Tanpa Nama berkata...

syabas dan tahniah kpd penganjur, tkasih pd yg hadir mewakili kami yg tak dpt hadir, teruskan perjuangan ini.

tolong hebah2kan perkara ini, penafian SPR berkenaan cubaan menipu oleh SPR, memang sah gambar ni pd masa kiraan undi pru13. sila baca:
http://www.kedahlanie.info/2013/05/adun-seri-serdang-akui-gambar-yang-spr.html

pengerusi dan tim pengerusi SPR wajib jwp, nak kentong sampai tahap mana???

Andre Irwan berkata...

Kepimpinan Melalui Teladan.
Kita harus bersih dulu. Tahniah.
Ingat slogan atas lagi tak?????
Slogan Tok Det waktu mula-mula pegang PM dan ianya dah tak sesuai untuk BN, begitu jaga dengan Tok Det. Depa dah tak relevant lagi.
Sekali lagi, sekalung tahniah kepada pihak yang terlibat. Malaysia memerlukan anda semua untuk mem"bersih"kan TANAH AIR KU YANG TERCINTA INI.
Siapa yang suka pada Keadilan sejagat? Orang Islam yang cerdik.
Siapa yang suka pada ketidakadilan sejagat? Orang Melayu yang bodoh dan bahlul.

Tanpa Nama berkata...

BERSIH AMALAN YANG MULIA.

Tanpa Nama berkata...

3 mei iaitu 2 hr sblm pru13 BN Perak adakan pesta bunga api di stadium Perak. Sy rasa ada jamuan sbb esoknya sy pegi ke tapak itu utk pasar tani dipenuhi sampah yg sgt meloyakan n berbau sgt busuk. Nmpk sgt BN x mengajar n mengingatkan pengikut mrk tntg sivik n nilai2 murni.

Hansley Arnaz Hawana berkata...

Kita tidak pernah nampak perbuatan membersihkan tapak perhimpunan dilakukan oleh orang-orang BN/UMNO. Selepas mereka berhimpun akan ada barua lain seperti dbkl atau kerajaan tempatan yang akan membersihkan kawasan. BN/UMNO tidak bertamaddun dari dulu, kini dan selama-lama-lama-lamanya.