Badan pemikir: Kabinet Najib tidak akan berupaya tangani kehendak rakyat
KUALA LUMPUR, 17 Mei — Kabinet yang dibentuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan Pusat selepas Pilihan Raya 2013 tidak akan berupaya menangani isu pokok dan perubahan yang dikehendaki rakyat kerana wakil Kabinet Najib jelas pertubuhan berkenaan menunjukkan Najib kekurangan calon yang berkelayakan.
Badan pemikir PKR turut menegaskan Kabinet baru Najib itu juga adalah kumpulan “pasukan lama” dan “tukang sorak” untuk mempertahankan kedudukan Presiden Umno itu ketika pemilihan parti majoriti Melayu berkenaan penghujung tahun ini.
“Institut Rakyat berpendapat Kabinet baru tidak akan serius dan berupaya menyelesaikan perubahan perkara pokok yang diinginkan dalam negara ini iaitu masalah sosio-ekonomi dan aspirasi demokrasi rakyat Malaysia,” kata pertubuhan berkenaan dalam satu kenyataan hari ini. “Kabinet baru itu hanyalah pasukan lama Najib untuk mempertahankan kerusi Presiden.”
Malahan, mereka turut merasakan anggota Kabinet Najib dalam bidang utama seperti kewangan, jenayah, pendidikan dan pertahanan nasional hanyalah “anggota yang tidak menunjukkan prestasi yang baik dan dikitar semula”.
“Institut Rakyat kecewa dengan barisan kabinet Najib kerana pada dasarnya, tidak ada transformasi, sederhana atau perpaduan kebangsaan yang didorong oleh anggota Kabinet yang baru ini,” tegas badan pemikir berkenaan dalam kenyataan tersebut.
Antara perkara yang dibangkitkan Institut Rakyat adalah kurangnya anggota Kabinet wanita, kitar semula pemimpin veteran Umno dan BN, penurunan wakil masyarakat Cina dalam anggota Kabinet, perlantikan semula pemimpin yang bermasalah, dan banyak lagi.
“Kebimbangan utama adalah ‘tradisi’ tidak sihat dan buruk yang dilaksanakan sejak pentadbiran (bekas perdana menteri Tun Dr) Mahathir (Mohamad) bagi Perdana Menteri pada masa yang sama menjadi Menteri Kewangan.
“Ini bukan satu amalan biasa di negara-negara Komanwel yang lain atas sebab yang mudah bahawa semak dan imbang mesti dilaksanakan bagaimana kumpulan eksekutif membelanjakan wang negara,” katanya. Presiden Umno itu telah melantik 17 ahli partinya untuk jawatan menteri apabila menamakan Kabinetnya sebelum ini, yang kebanyakkan adalah muka lama yang bertukar portfolio atau kekal kecuali muka baru seperti — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Setiausaha BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan.
The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan, penganalisis berpendapat dominasi Umno dalam Kabinet 2013 menunjukkan keinginan Najib untuk meningkatkan sokongan peribadinya menjelang pemilihan parti akan datang akan tetapi boleh menjejaskan langkah pembaharuan negara perdana menteri itu, kata beberapa pemerhati.
Walaupun sinis dengan jumlah besar veteran dalam Kabinet 32 orang itu, pemerhati mengatakan Najib perlu diberi peluang untuk membuktikan beliau boleh menunaikan janji transformasi kerajaan dan ekonomi, sebaik sahaja kekal sebagai presiden parti.
Ulasan GB
GB lebih melihat bahawa barisan kabinet yang diumumkan Najib adalah kabinet terakhir BN.
Setuju?
6 ulasan:
Setuju kabinet terakhir bn dan saya jangka penggal pemerintahan bn terakhir ini 4 tahun saja najib x mampu bertahan lg
Setuju..ini kabinet BN terakhir...
Insyallah dengan cengkaman hidup rakyat.. masanya akan tiba tidak lama lagi... Iringi dengan usaha dan doa..
Bagi akulah.
Harap juga penyokong-penyokong PR.
Biarkan Si Luncai terjun
dengan labu-labunya.
Biarkan... biarkan...
Itukan kabinet yang
dibentuk di atas penipuan SPR.
Ertinya kabinet Najib tidak sah dan haram.
Tidak perlulah dikomen dan diulas.
Tugas utama rakyat Malaysia ialah
jatuhkan kabinet haram Najib itu.
In Shaa Allah...
Kerajaan yang dibentuk berasaskan dari penipuan akan tumbang tidak lama lagi.....
In Shaa Allah
Betul... betul... kata Anon 5:07 AM.
Lagi ramai Najib lantik mulut longkang
Lagi ramai penyamun dan perompak
Lagi ramai latikan tidak ikut prosedur
Lagi ramai pembodek dan pengampu
Lagi ramai bla... bla...bla...
Lagi baik dan patut digalakkan.
Biar lingkup kabinet Najib.
Kita penyokong kuat PR tidak perlu gusar
siapa yang dipilih oleh Najib.
Kita tidak mahu kabinet haram.
Kerajaan menang tipu harus dikuburkan.
kerajaan haram...
memang sedap..belasah harta rakyat...
semua muka tak malu...
akan hancur jua akhirnya.....
Catat Ulasan