Portfolio Menteri Kewangan sewajarnya tidak lagi dipegang oleh Perdana Menteri sebaliknya diberi kepada timbalannya bagi mewujudkan budaya semak imbang di peringkat tertinggi kerajaan dalam membuat keputusan berkaitan kewangan negara.
Menurut Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Syahir Sulaiman, Malaysia mengalami defisit fiskal selama 16 tahun berturut-turut sejak 1998.
Dalam tempoh ini, format penjawatan Perdana Menteri memegang portfolio Menteri Kewangan yang dipraktikkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad diteruskan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan disambung oleh Datuk Seri Najib Razak.
"Negara sangat memerlukan budaya ‘semak dan imbang’ (check and balance), bukannya budaya ‘cek dan baki’ (cheque and balance) di peringkat tertinggi membuat keputusan.
"Dasar fiskal negara yang disuburkan oleh sistem urus tadbir yang tidak pruden, dek kuasa yang diberi pada orang yang sama memegang jawatan CEO dan CFO dalam kerajaan.
"Hatta di peringkat persatuan, kelab dan masjid, seorang pengerusi tidak boleh turut memegang jawatan bendahari, bagi mengelakkan berlaku salahguna kuasa dan pecah amanah," kata Pengarah Institut Polisi Studi DPPM itu.
Kabinet yang diumumkan Najib petang semalan membabitkan 24 kementerian membabitkan 33 jawatan Menteri, termasuk Timbalan Perdana Menteri, 26 Timbalan Menteri, termasuk seorang Senator sedia ada dan lima lagi Senator (dua Menteri dan tiga Timbalan Menteri) akan dilantik.
Ulasan GB
Beberapa tahun yang lalu GB sudah ulas hal ini di SINI. Petikan:
Semenjak Tun Dr. Mahathir memegang Kementerian Kewangan selain menjadi Perdana Menteri, trend itu nampaknya berterusan dengan diikuti oleh PM selepasnya, Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Razak.
Maisng-masing PM tersebut dilihat hendak menjaga dan memanipulasi pelbagai kepentingan dengan menyandang jawatan Menteri Kewangan.
Malah seingat GB, sebelum Pak Lah berundur sebagai PM beliau telah terlebih dahulu menerima tekanan daripada kumpulan Najib supaya menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Najib yang pada ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri.
Mahathirlah yang telah meletakkan "precedent" tersebut.
Sudah sampai masanya ia diubah semula dengan Najib menyerahkan portfolio kewangan kepada orang lain sebelum nanti dibongkar segala kepentingan yang beliau ada di kementerian berkenaan.
5 ulasan:
Ini bukti tranformasi palsu,ada berani dia lepaskan jawatan menteri kewangan.(susah rosmah nak ngap).Palsu nak transform kepada benar bagai lembu jantan shahrizat istihar nak beranak!Kerajaan minoriti haram,perkauman,penuh skandal depan,belakang, atas, bawah nak pimpin dan tadbir Malaysia.
Mahathir buat precedence dan tengok apa jadi. Dia jadi orang no. 3 terkaya dunia.
Buaya lain pun nak jugaklah.
Jadilah Mentari apa pun, puak UMNO ni akan kaut duit rakyat mashyuk poket sendiri.
Tak main juta-juta dah. MAIN BILLION BILLION.
Mahathir jawat jawatan menteri kewangan setelah menteri kewangan pada masa tu-anuar brahim- hampir memufliskan Malaysia, ikut nasihat IMF sebab anuar tak faham bagaimana serangan mata wang dilakukan dan keadah mencegahnya. Masih ingat semua cerdik pandai dunia ramalan kaedah mahathir ( ikat dollar, ringgit tak laku diluar negara, duit yang dibawa keluar mesti masuk ke malaysia kalau tak tak laku, hapuskan not 1000 dsb )pasti akan mengubukan ekonomi malaysia. Anuar hanya bangga tentang kewangan malaysia( semas dia jadi menteri kewangan) ketika seluruh dunia berada dalamkeadaan ekonomi sangat baik.
mahathir buat keputusan pun bukan semuanya dari akal dia semata-mata. dia cuma seorang doktor perubatan saja. setiap perdana menteri akan ada unit2 penasihat dari segi kewangan, ekonomi, strategik. pakar2 kewangan,ekonomi dok ada keliling. dan depa ni adalah kakitangan awam yg berkhidmat untuk government of the day. tak kira siapa pun yg memerintah negara ini.... jadi bila terlampau taksub dn kagum dengan mahathir..sila lah renungkan perkara ini kembali
Transformasi perlu dibuktikn...mr najib yg beristerikn seorang suami.ada berani tak ambik rafizi ka jadi finance minister? Barulh transormasi namanya. Ini tidak ibarat biawak dilantik jaga telur ayam..habisla----nur islam
Catat Ulasan