Perkauman melampau-lampau Umno menjadikan MCA dan Gerakan merasa rumah Barisan Nasional (BN) sudah begitu sempit untuk mereka, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Pada masa yang sama, katanya, Pakatan Rakyat pula semakin diyakini sebagai wadah perpaduan yang tulus dan ikhlas bagi semua rakyat Malaysia.
Dengan apa yang dilalui oleh mereka, Salahuddin tertanya-tanya sehingga bilakah MCA dan Gerakan sanggup berada di dalam rumah BN yang semakin disempitkan kepada mereka dengan pelbagai sindiran dan kenyataan sinis Umno yang semakin menjadi abang besar yang takbur dan angkuh.
"Ketika pengundi-pengundi dari Bangladesh yang dilaporkan telah diangkut untuk mengundi BN semakin disantuni dengan begitu mesra oleh Umno, parti-parti yang selama ini mewakili kaum Cina di dalam BN seperti MCA dan Gerakan semakin menjadi orang terbuang yang langsung tidak dihargai lagi di dalam rumah BN.
"Setiap hari disindir dan diperli oleh Umno dan yang lebih menghairankan, MCA dan Gerakan terus membodohkan diri ketika bangsa Cina terus dihina oleh para pemimpin dan hulubalang-hulubalang Umno," katanya.
Rakyat, kata Salahuddin, tertanya-tanya mengapakah MCA dan Gerakan sanggup menjadi orang terbuang dan terhina di dalam BN.
"Jasa MCA dan Gerakan yang mengekalkan kuasa Umno pada pilihan raya 1999 lalu ketika 65 peratus orang Melayu menolak (Tun) Dr Mahathir (Mohamad), Umno dan BN ketika itu sedikit pun tidak dihargai," katanya.
Ketika MCA dan Gerakan menjadi orang terbuang di dalam BN, Salahuddin mengajak semua rakyat Malaysia membuang politik perkauman yang penuh dendam dan permusuhan yang ditaja oleh Umno.
"Sehingga bilakah rakyat Malaysia sanggup hidup dibakar api perkauman yang semakin hari semakin diapi-apikan oleh Umno?" beliau mempersoalkan.
Rakyat Malaysia, terutama orang-orang Melayu, tidak ada pilihan lagi untuk membina Malaysia yang kembali aman dan harmoni melainkan bersama-sama Pakatan yang semakin terlihat dan terbukti menjadi "wadah perpaduan yang tulus dan ikhlas", kata beliau.
"Sesiapa jua yang menghadiri perhimpunan-perhimpuna kita sejak sebelum pilihan raya lalu dan juga perhimpunan-perhimpunan selepas pilihan raya seperti di Petaling Jaya, Pulau Pinang, Ipoh, Kuantan dan Johor Bahru telah merasai bahawa Pakatan telah benar-benar menjadi wadah perpaduan yang ikhlas dan mesra bagi semua kaum," kata Salahuddin yang yakin usaha untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa Pakatan adalah wadah perpaduan yang benar-benar ikhlas akan berjaya. -HD
4 ulasan:
Nanti adalah pulak parti komponen BN baru yang lain - MBA (Malaysian Bangla Association); dan MIC (Malaysian Indon Congress)
bangsa cina bersatu di seluruh dunia, jika usahawan bangsa cina bersatu keluarkan harta perniagaan mereka dari malaysia ke indonesia, apakah akan terjadi pada anak anak melayu dari pak menteri hingga kan pengutip tol......?
bangsa melayu tidak memerlukan pemimpin bahalol untuk membawa melayu ke alaf moden, melainkan ke alaf jahilliyah yang di mimpikan.
Kalau benar kata tuan yang komen diatas, saya teringin sangat nak tengok semua Cina keluar ke Indonesia. Bawa la harta kekayaan mereka sekali pun tak menagapa. Insya Allah melayu mampu hidup tanpa cina di Malaysia.
anon 6:51PM
Anda ingat semua orang Melayu itu mengundi UMNO?
Buka mata besar-besar, bahawa keputusan PRU13 yang lepas di kerusi majoriti Melayu seperti di Selangor UMNO tewas di tangan PAS.
Malah kerusi UMNO BN adalah minoriti di Semenanjung.
Yang memenangkan UMNO BN ialah Sabah dan Sarawak.
Oleh itu, ahli2 UMNO perlu berhijrah ke Sabah Sarawak!
Catat Ulasan