3 Apr 2013

[VIDEO & GAMBAR] Samseng Umno Serang Anwar Umum Calon KEADILAN Johor Bharu!


Seperti dijangka banyak pihak, Pakatan Rakyat mengumumkan calon bagi bertanding kerusi parlimen Johor Bharu dalam pilihanraya umum akan datang.

Menepati ramalan sebelum ini, bekas penglima tentera darat, Jeneral (B) Md Hashim Hussein dari KEADILAN dipilih mewakili Pakatan Rakyat bagi menghadapi tentangan calon Umno dan Barisan Nasional (BN).

Perkara itu diumumkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam satu lagi program Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Datuk Sulaiman Menteri, Johor Bharu sebentar tadi.

Turut hadir, Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang dan saf pimpinan Pakatan Rakyat negeri.

Sebelum pengumuman tersebut dibuat, lebih 50 samseng upahan Umno seperti biasa melakukan provokasi melampau dengan membawa bendera BN sambil menjerit perkataan lucah tanpa rasa malu di hadapan ribuan rakyat yang sudah menunggu sejak jam 845 malam lagi.

Mereka cuba mengadakan sekatan jalan raya menuju tapak ceramah tetapi kecekapan anggota polis yang berada di tempat kejadian berjaya mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Samseng yang dipercayai dari sekitar Johor Bharu dan Tebrau juga cuba menghalang kenderaan yang membawa pemimpin Pakatan Rakyat dari memasuki tapak ceramah, namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa apabila polis mengarahkan mereka supaya berundur bagi memberi laluan.

Sasaran mereka jelas, ditujukan kepada Anwar dan rombongannya dengan menggunakan kayu bendera yang dibawa dan cuba menjolok masuk ke kenderaan yang membawa Anwar tetapi gagal kerana tidak mengenai sasaran.

Parlimen Johor Bharu disandang bekas ahli majlis tertinggi Umno, Shahir Samad dan dijangka akan dicalonkan semula memandangkan spekulasi awal menyebut dia akan digugurkan dan digantikan dengan muka baru.

Md Hashim merupakan anak jati Johor Bharu dan antara pemimpin tentera yang disegani ramai termasuk pemimpin Umno atas ketegasannya dalam isu keselamatan.

Malah beliau juga baru sahaja dilantik sebagai penasihat Majlis Keselamatan Kebangsaan Pakatan Rakyat dalam satu pengumuman di ibu pejabat parti di Petaling Jaya, minggu lalu.

Sementara itu, BN menggunakan pembesar suara yang amat kuat disusuli dengan 'pertandingan karaoke' bagi mengganggu perjalanan ceramah Merdeka Rakyat namun tidak dihiraukan.

Paling kelakar, apabila khemah BN mula memperdengarkan lagu Negaraku, hadirin yang mendengar ceramah Pakatan Rakyat turut bangun dan menyanyikan lagu kebangsaan membuatkan pemimpin Umno yang berada di khemah mereka terdiam. -KOG


Samseng Umno persenda lagu Negaraku untuk ganggu ceramah


Sekumpulan samseng Umno mempersenda lagu Negaraku semata-mata mahu mengganggu ucapan pemimpin Pakatan Rakyat terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sebab lagu Negaraku, saya berhenti sekejap,” kata Ketua Umum KEADILAN itu apabila lagu itu berkumandang, malah turut menyanyi bersama-sama pemimpin dan penyokong Pakatan.

Sebaik saja meneruskan ucapan pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Datuk Sulaiman Menteri di sini, malam tadi, sekitar 20 samseng Umno memutar semula lagu kebangsaan itu berulang kali.

“Saya hormat (lagu) Negaraku tapi ini sudah jadi mainan mereka (Umno),” kata Anwar sebelum meneruskan ucapan.

Kejadian sama lebih awal berlaku terhadap Lim Guan Eng apabila lagu Negaraku dipermain untuk mengganggu ceramah Setiausaha Agung DAP itu.

Guan Eng juga menghentikan ucapan apabila lagu itu kedengaran, sebaliknya samseng Umno terus memasang semula lagu berkenaan beberapa kali.

Lebih 2,000 hadirin menggeleng-geleng kepala menyaksikan pelakuan tidak senonoh itu, malah ada tertawa melihatkan perangai kebudak-budakan itu.

Samseng Umno berselindung di sebalik program ‘Malam Mesra’ kira-kira 50 meter dari lokasi ceramah.

Mereka turut memutar beberapa lagu lain termasuk lagu rasmi Umno dengan kuat dan menghala pembesar suara ke tapak ceramah sepanjang program itu.

Samseng Umno juga berbuat bising, terjerit-jerit memaki hamun dan menghambur kata-kata kesat sambil mengibar bendera Umno dan BN.

Anggota polis yang berkawal pula dilihat tidak berbuat apa-apa untuk menghentikan provokasi berterusan itu.
-KD











6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sy tertanya2 samada malaysia ini negara demokrasi atau negara diktator? umno supporter also looked so childish...

Tanpa Nama berkata...

Syukur semalam 2hb April 13 program yg dijalankan di Cahaya Masai Pasir Gudang berjalan dengan jaya dan selamat. Ribuan warga lapisan masyarakat berbilang kaum hadir mendengar kata-kata perangsang pembakar semangat sehari sebelum pembubaran parlimen. DSAI berjaya menyedarkan masyarakat peri pentingnya kita bersatu padu dlm menyokong PR demi memastikan kemakmuran generasi mendatang. Sahabatku seramai 5 org (umno) begitu terkejut dlm isu berkaitan kepincangan umno/bn dan teruja melihat keikhlasan serta halatuju misi dan visi PR. Aku tersenyum lapang dada (berlakon jd umno mlm td). Terima kasih kpd pihak berkuasa terutama Anggota Polis yg berdedikasi dan profesional dlm menjalankan tugas. Tabik hormat pd Tuan. Perjuangan mesti diteruskan , semoga PR berjaya ke Putrajaya. AMIN.

Tanpa Nama berkata...

ini bukan samseng tetapi TENTERA SYAITAN YG DIKENALI....lihatlah pihak mana yg buat huru-hara dulu kini dan selamanya.plhanraya belum di
umumkan MEROYAN TAKUT kalah seperti orang NAZAK bertemu MALAIKAT MAAUT

Unknown berkata...

Mana sharizat lembu..? konon tubuh pasukan anti huru-hara,,,samseng umno yg menonjol sgt skang ni,,siasat la,,pembohong btol la die ni,,,dasar lembu,,,

Tanpa Nama berkata...

Kesian mak bapak dorg dapat anak IQ mcm macai umno ni. Suatu situasi dan babak juak2 yg terdesak. Tak sangka begitu rendahnya dan jijiknya akhlak umno ni. Eh...polis x buat apa ke??

GEBU berkata...

Macam mana rakyat nak sokong UMNO kalau mereka hanya pandai tunjuk macam samseng Kg. Dusun aje, tapi dalam mentadbir negara mereka amat bodoh sekali sebab yang tinggal dalam UMNO semuanya orang2 yang dikatogarikan sebagai BAGHAL......
Siapa yang kata macam tu..........
Che Det tau.....bukan saya. JANGAN MARAH; NANTI KENA JUAL.