Sudah bubar. Sekarang apa?
YANG ditunggu dah tiba setelah sekian lama. Sekitar jam 11.30 pagi, Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden United Malays National Organisation mengumumkan bahawa Parlimen yang diwarisinya daripada kepimpinan Abdullah Badawi empat tahun lalu, bubar serta merta hari ini.
Seolah ada letupan, petugas bilik berita DAP bersorak gembira mengalu-alukan pengumuman suami kepada Rosmah Mansor itu; yang dirasakan sudah terlalu melampaui tarikh sepatutnya. Ibarat menanti buah belum tentu gugur.
Barangkali pertama kali dalam sejarah pembubaran Parlimen begitu dinanti-nantikan, dan disambut dengan sorak sorai gembira. Demikianlah beratnya penantian yang ditanggung kebanyakan orang yang peduli dengan perkembangan politik tanah air. Terangkatnya beban penantian itu menandakan bermulalah perlawanan yang lebih ‘real’.
Semboyan pilihan raya telah dibunyikan jauh lebih awal sebelum Najib Razak mengumumkan pintu kota Putrajaya akhirnya terbuka untuk dirampas. Kubunya juga sudah banyak yang terkepung, menanti bertukar menjadi kubur buat politik fitnah, rasuah, perkauman sempit yang menjadi amalan UMNO zaman berzaman.
Kesediaan bakal mantan Perdana Menteri, Najib Razak untuk memastikan transisi kuasa yang aman sewajarnya dihargai. Hakikat bahawa beliau sudah boleh mengagak akan terjadinya peralihan kuasa juga memperlihatkan bahawa Najib Razak ini adalah seorang pemimpin yang memandang jauh ke hadapan.
Sebagai rakyat biasa, apa yang kita harapkan adalah supaya mereka bertabah dalam mendepani hari-hari mendatang. Bungkuslah harta benda kalian perlahan-lahan, kami tahu anda ada banyak barang yang perlu dikeluarkan daripada kediaman rasmi Perdana Menteri; termasuk kasut, beg tangan dan barang kemas yang banyak. Cumanya janganlah terambil sekali pinggan mangkuk yang dilabel ‘Hak Kerajaan Malaysia’.
Kenapa kita begitu gembira?
Sejak Mac 2008, ini adalah barang kali saat dan ketikanya -parti politik di Malaysia benar-benar bersaing sesama sendiri dengan keadaan parti pemerintah berada dalam keadaan yang lemah, dan parti oposisi berada dalam keadaan yang sangat kuat. Apa yang tinggal pada BN hanyalah barangkali kemampuan berbelanja yang tinggi.
Kemampuan menipu mereka juga sudah tidak kuat mana. Jika dibanding sepuluh tahun lalu, parti pemerintah sudah tidak punya banyak daya upaya untuk menyajikan putar belit kepada rakyat. Di zaman ini, kalau dia menipu hari ini, semalam lagi orang dah tahu. Inilah faktor besar kenapa kita begitu tidak sabar menanti pilihan raya kali ini; kerana tipu dayanya sudah kita baca, dan semangat sudah berkobar-kobar mahu menghukum penipuannya.
Siapa yang tidak terbakar jiwa raga apabila melihat papan tanda kempen BN yang dengan bongkak menipu ‘Ketika mereka huru-hara, kami membina’. Disangkanya kita ini bodoh barangkali, tak tahu membaca berita di internet dan melihat gambar perhimpunan aman di Kuala Lumpur dan bagaimana pihak keselamatan berperilaku ganas terhadap peserta himpunan.
Perangai ‘menyangka bodoh’ ini juga menular hebat di kalangan pecacai parti pemerintah yang cuba untuk berdebat di laman sosial dengan hujah separuh masak, atau dengan alasan tidak masuk akal seperti ‘Anwar peliwat’ atau ‘Anwar ejen Israel’ atau yang lebih popular dan bodoh, ‘DAP mahu buat negara Kristian’.
Apakah mereka ini tidak sekolah dan berpendapat orang lain juga tidak pergi sekolah seperti mereka? Sekarang apa?
Seperti yang sering dikatakan, Pakatan Rakyat sudah bersedia. Bahkan dua tahun lalu kita sudah sedia. Cuma menanti Najib Razak untuk menemui keberaniannya sahaja. Tahniah untuk beliau kerana akhirnya bertemu beraninya itu hari ini.
Menurut kalendar Cina, hari ini (3 April 2013) ialah hari paling ‘sial’ untuk tahun ini; tambahan pula untuk mereka yang lahir pada tahun ular dan khinzir. Mereka yang lahir pada tahun ular dan khinzir disarankan agar tidak melakukan kerja atau urusan yang penting pada hari ini.
Bakal mantan Perdana Menteri lahir pada tahun ular, dan memilih untuk membubarkan Parlimen pada hari ini. Sekiranya kita tidak mahu percaya kepada yang khurafat pun, ini sekurang-kurangnya patut buat kita ketawa berdekah-dekah.
Dengan keadaan Najib Razak yang begitu tidak bertuah ini, sewajarnya kita di pihak Pakatan Rakyat mengambil peluang untuk bekerja kuat demi menghumban United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya ke celahan paling gelap dalam lipatan sejarah.
Inilah perlawanan yang telah lama kita nantikan. Perlawanan antara rakyat menentang hegemoni UMNO dan BN, demi masa depan anak cucu yang lebih baik.
Undilah untuk perubahan yang kita inginkan. Ini kali lah! – Roketkini
18 ulasan:
Yeah..saya 55 thn dah berkali2 mengundi diPRU, kali ini adalah PRU paling meriah kerana kedua2 pasukan yg bertanding seimbangnya kekuatan utk sebagai pemenang nanti. Team BN yg diketuai Umno sejak Kapal Layar sehingga Dacing akan bertanding dgn PR. Sejak PRU 10, BN/Umno meningkatkan kawalan kpd jabatan2 PDRM, BPR/SPRM,SPR,JPN dan lain2nya utk mempastikan kemenangannya dgn pelbagai bijaktipulaksana oleh BN/umno. Oleh itu di PRU 10,11 dan 12 BN/Umno memenangi. Bila DSAI dihalaman politik Malaysia, dgn pimpinan2 PKR yg berkarisma dan wibawa dgn kerjasama dari pimpinan2 PAS dan DAP, baru nampaknya PR boleh bersaing dgn BN.
InsyaAllah,Menanglah PAS/PR pada PRU kali ini, Ikut Terma & Syaratnya.
Saya pengundi kali kedua akan memastikan BN jatuh sejatuh jatuhnya..
3.4.2013 = 13 = nombor sial
13 = 4 = si (mati)
UMPORNO bakal matiiiiii
Ya Allah kurniakanlah kemenangan kepada pakatan rakyat.
mari kita berdoa dan bermunajat kepada Allah S.W.T agar kezaliman dapat dihancurkan dan tertegaknya kemenangan Islam. kita hanya ada beberapa hari shj lagi utk pilihanraya, jadi mari kita gunakan masa yang berbaki beberapa hari shj lg utk berjuang bermati-matian serta berdoa sbg senjata org mukmin.
Semoga allah hancurkan BN dan UMNO
Saya pun begitu juga..bye bye bn.
Salam buat Tuan Greenboc
Pakcu tersenyum kambing bila baca komen puak-puak tuan dan catatan tuan mengenai penantian yang "meresahkan " itu.
Nampaknya tuan cukup tak sabar untuk melangkah kaki ke Putrajaya. Tapi suka juga Pakcu pesan bahawa masa melangkah tu baik-baik sikit, tak semudah slogan yang puak PR laungkan kerana tangga tu memerlukan satu amanah yang besar untuk dipikul dan biasanyanya "mimpi" besar selalunya akan "terkejut bila terjaga dari tidur......walahualam
Insyallah Pak Cu selagi Al Quran dan hadis dijunjung iman dan takwa dihati rahmat Allah SWT akan penuhi Bumi ini
Alhamdullillah !!!!!
Sesungguhnya yang Haq tetap Haq, dan Yang Syaitan tetap Syaitan tak kira dalam bentuk jasad apa pun rupa nya....
Dan ketahuilah Hantu Hantu itu akan berkeliaran walaupun di bulan Qing Ming ini... ha ha ha ha ha
Ada ke si Bacul dan Bahalol memimpin anak anak yang sudah ber permikiran matang dan bijak, melainkan si Keldai dan Lembu Lembu nya.
Sudah bubar. Sekarang apa?
Bersihkan daftar pengundilah.
Lapan tuntutan Bersih mesti ditunaikan.
Jika tidak bermaharajalela pengundi hantu.
Macam mana PR nak ke Putrajaya?
Kalau ikutkan hati rakyat,
Ini kalilah... Tukar!.
buat apa saja....yg pasti lambakan duit dn fitnah.....jika BN kalah....mrka terus mrana utk 50 thn lg.....jika PR kalah....akn kalah utk 50thn lg ...IAllah
Satu cadangan.
Untuk mengelakkan terkorbannya
nyawa-nyawa yang tidak berdosa.
Disebabkan huru-hara akan berlaku;
1. BN takut kalah,
dan terus hilang kuasa.
2. PR takut hantu,
tidak dapat berkuasa.
Mohon perkenaan
Duli Yang Maha Mulia
Yang Di-pertuan Agong
mengambilalih sementara
pemerintahan Malaysia
melalui kuasa yang
ada kepada Angkatan Tentera.
Kemudian arahkan SPR bersihkan
DAFTAR PENGUNDI
barulah diadakan PRU13.
Cara begini, jika ada peralihan kuasa
ianya dapat berjalan dengan aman.
CANTEK JER mamat ni bubar parlimen...masa ni lah kot peristiwa kat sabah tu dia nak ambik peluang untuk dapat pengundihantu syaitan kot ..jeng jeng jeng
PAKATAN RAKYAT perlu mohon mandat Tuanku mengarahkan SPR menyediakan senarai yg bersih. Kemudian baru PRU dijalanlan. Meletakkan angkatan tentera di setiap pos mengundi bg mengelak sebarang kekacauan dan memerhati sebarang tindaktanduk parti dan spr jika terdapat sebarang unsur2 penipuan. Daulat Tuanku .
Bagus cadangan Anon 7.41 AM.
Betul dan sangat setuju.
Kalau dah ramai nyawa melayang baru,
YDPA/Angkatan Tentera nak bertindak
dah terlambat dan tak guna dah.
Nasi dah jadi bubur.
Nak cukupkan 4 tahun rupanya. Kalau tak cukup nanti dikata 3 setengah. Itu lebih baik, kalau dikata 3 suku? Najib tiga suku, kan naya dibuatnya.
Nampaknya teori RAHMAN dah berakhir... memang tepat sekali. Najib PM terakhir dari BN Malaysia. Selepas ini tiada lagi pemimpin BN menjadi PM.
InsyaAllah
Catat Ulasan