18 Apr 2013

Semua Kaum Tolak Zul Nordin Di Shah Alam


Barisan Nasional (BN) akan kalah di Selangor pada 5 Mei ini jika gabungan tersebut bertegas untuk meletakkan Zulkifli Noordin di Shah Alam, kata S Vell Paari dari MIC hari ini dalam kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada presiden parti Datuk Seri G Palanivel.

Menurut pemimpin MIC itu, dengan meletakkan Zulkifli, BN berisiko untuk kehilangan undi India, yang beliau katakan akan menjadi faktor penentu di negeri seperti Selangor - kini diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR).

Menurut SMS yang dihantar ke The Malaysian Insider dari sumber dalaman parti itu malam ini, Vell (gambar) mendesak Palanivel untuk menyampaikan kebimbangannya kepada Datuk Seri Najib Razak dan meminta tindakan dari pengerusi BN itu, memberi amaran "keadaan buruk" jika tiada tindakan diambil.

"Kepada Datuk Seri G Palanival, Zulkifli Noordin sebagai calon di Shah Alam adalah penghinaan kepada orang Hindu di Malaysia. Di mana-mana orang emosi mengenai perkara ini," katanya dalam SMS tersebut yang turut dihantar kepada ahli jawatankuasa pusat MIC.

Anak kepada bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu memberitahu terdapat 15,000 pengundi India di Shah Alam, 31,000 di Kota Raja, 21,000 di Kapar dan 17,000 di Subang, kebanyakkannya menurut beliau marah dengan pemilihan Zulkifli oleh Najib.

"Kira boleh kehilangan hampir 50 peratus hingga 70 peratus undi India yang akan menyebabkan kekalahan calon MIC terutamanya di Selangor dan dengan pengundi India menjadi faktor penentu, ia boleh menyebabkan BN gagal untuk merampas Selangor," katanya dan memberi amaran sentimen tersebut turut merebak ke negeri lain.

"Dato Seri kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan semua orang terlepas dengan memohon kemaafan selepas menghina agama dan komuniti.

"Pemimpin kita di bawah terutamanya di Shah Alam telah didera secara lisan," katanya.

Vell mengakhiri SMSnya dengan mengatakan beliau hanya memerhatikan secara tertib dengan memohon tindakan tentang pencalonan Zulkifli melalui rayuan kepada presiden parti.

"Ini nasihat strategik saya sebagai seorang pengarah strategi," katanya.

Vell kemudiannya mengesahkan kepada The Malaysian Insider beliau telah menghantar SMS tersebut. -TMI

Apabila ditanya apakah beliau menerima cabaran DAP untuk meletakkan jawatan parti jika Zulkifli tidak digugurkan sebagai calon BN, pemimpin tersebut tidak memberikan jawapan "ya".

"Saya juga boleh tanya soalan sama kepada DAP. Hari ini PSM mempunyai masalah dengan PR berhubung isu kerusi dan logo. PSM menyatakan ‘PKR menggunakan faktor kaum untuk menafikan kerusi kami'.

"Jadi apakah DAP akan keluar PR kerana penggunaan faktor kaum untuk menafikan kerusi kepada PSM oleh PR? katanya dalam satu SMS.

Najib mengesahkan pencalonan Zulkifli di Shah Alam semasa mengumumkan senarai calon BN Selangor semalam, membenarkan penyandang kerusi Kulim Bandar Baharu untuk bertanding secara langsung di bawah tiket BN.

Keputusan tersebut menyebabkan perdana menteri kerajaan sementara itu dikritik hebat, sebahagian besarnya disebabkan reputasi Zulkifli sebagai seorang Muslim berhaluan kanan, jawatannya sebagai naib presiden Perkasa dan kontroversi terbarunya mengenai penghinaan terhadap penganut Hindu.

Video menunjukkan Zulkifli menggunakan perkataan "Keling", yang masyarakat India rasakan sebagai penghinaan kaum, tersebar baru-baru ini, beberapa hari selepas satu lagi video menyaksikan beliau mempersoalkan seorang peniaga India mengapa tuhan Hindu tidak menyelamatkan kedainya daripada banjir, menyebabkan kemarahan penganut Hindu.

Zulkifli pernah menjadi salah seorang panel peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mempersoalkan kesuciaan Sungai Ganges yang turut dikenali sebagai Ganga di India, dianggap suci oleh penganut Hindu.

Zulkifli menjadi ahli parlimen bebas mesra BN selepas dipecat daripada PKR pada 6 Mac, 2010 disebabkan laporan polis yang dibuatnya kepada penyandang kerusi parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Calon Umno, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin kalah kepada Khalid pada 2008 dengan majoriti 9,314 undi. Pada 2004, beliau mengalahkan Khalid dengan majoriti 13,410 undi.


Zul Noordin Bukti Umno-BN Selangor Bankrap Calon


Meletakkan Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Noordin mencabar Khalid Samad di Parlimen Shah Alam membuktikan Umno-BN bankrap calon.

Penyandang DUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar berkata, Khalid akan mendapat laluan mudah mempertahan kerusi dimenangi pada pilihan raya lalu kerana umum mengetahui Zulkifli bukan pemimpin yang boleh diharapkan bagi membela nasib rakyat.

“Ini membuktikan Umno-BN bankrap. Tiada calon lain. Calon yang lompat macam katak diambil. Ini standard Umno-BN.

“Khalid Samad tak perlu ceramah atau kempen. Jangan takut, boleh menang terus. Orang Melayu, India dan Cina di Shah Alam tak akan sokong Zulkifli Nordin,” katanya dalam ceramah Pakatan Rakyat (PR) di sini malam tadi yang dihadiri lebih 1,000 orang.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Zulkifli bertanding atas tiket PKR di Parlimen Kulim Bandar Baharu dan menang dengan majoriti 5,583 undi menewaskan calon Umno-BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Namun seleps itu bertindak keluar dari PKR dan menjadi anggota bebas serta mesra Umno-BN.

Dr Xavier menambah, Umno-BN juga menghadapi masalah di peringkat DUN apabila hanya menyenaraikan empat calon lama dengan selebihnya muka baru.

Menurutnya, kenyataan itu terbukti apabila Datuk Seri Najib Razak sendiri mengakui segala kesilapan dilakukan Umno-BN dalam mentadbir negara lebih 56 tahun menerusi risalah yang dihantar ke rumah pengundi dengan kata-kata ‘Belajar daripada kesilapan’.

Dr Xavier turut mengingatkan rakyat bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 diyakini sebagai paling kotor akan dijalankan di negara ini.

Katanya, perubahan besar yang ingin dibawa Pakatan Rakyat(PR) ialah politik terbuka dan adil yang dikuatkan dengan fakta yang betul untuk dibincangkan serta dibicarakan antara satu sama lain.

Namun, pemimpin Umno-BN sukar menerima perubahan apabila menutup ruang media massa kepada PR biarpun mendakwa negara memiliki semua kemudahan dengan kemajuan membanggakan.

“Takut sungguh Najib dan Umno-BN.

Ini masalah Umno-BN sekarang.

Kita minta debat, dia bagi video lucah,” katanya.
-selangorku

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Calon boleh MENANG????? HAKKKKKPUIHHHHHHHH.....JANGANKAN INDIA DAN CINA MENYAMPAH TENGOK JEMBALANG SEKOR NIE....MELAYU PUN DAH MENYAMPAH NGAN JEMBALANG IKON MUNAFIK SEKOR NIE...

Tanpa Nama berkata...

Ni lagi seko barua prangai sama macam Ibrahim Ali.

Tanpa Nama berkata...

Belum apa-apa lagi.
1 untuk kau, PR.
0 untuk aku, BN.
Ini kalilah... TUKAR.

Tanpa Nama berkata...

Ni calon Boleh Ker Menang?

Tanpa Nama berkata...

yaaa aku orang shah alam.. 1 P dan 1 N untuk PR !!!!!

Tanpa Nama berkata...

bro2 kaum india....semua kena ingat ini najib mcm najis jugak......dia x peduli kan kaum india dgn cina......kte melayu pn dah tau...apa lagi kali ini lah kte tukar dan tgok mcm mana pemimpin baru.......sya boleh confirm lpas ini pekara mcm ini x kan jadi ........ini hantu2 mcm zul kulum najib punya...mst kena tolak......kalau peyakong mic masih sokong ini babi bee end....maksudnya kaum india pun sama kutuk bangsa sendiri.....cakap kawan2 india.....biar pun dlm mic.....tukar kerajaan................

Tanpa Nama berkata...

ni satu taktik bn nak kuburkan katak ni, jangan buat tak faham plak..lepas ni katak ni akan menawarkan diri untuk menjadi atendan stesen pam minyak..jgn tak percaya !!!!

Unknown berkata...

Perjuangan pencacai najis ni tak sia-sia sebelum PRU13 menghentam PAKATAN terutama PKR dengan macam-macam hujah dan fitnah. Usaha berkat pencacai najis ni berhasil juga apabila UMNGOK/BN letakkan si najis ni sebagai calon bertanding di Parlimen Shah Alam. Nampak sangat UMNGOK/BN tak ada calon yang sesuai di Shah Alam. Bodohlah orang BN kalau undi si katak lompat ni.... aku cadangkan orang yang nak turun mengundi nanti klau nak pangkah dia baik tak yah gi ngundi dan baik dok umah jer..... PAKATAN is my VOTE, Insyaallah Pakatan dapat membentuk KERAJAAN.

Tanpa Nama berkata...

Dunia ni dah semakin tua atau dengan kata lain dah akhir zaman. Di akhir zaman ni macam-macam benda pelik akan dapat manusia saksikan. Sebenarnya bila manusia ini diletakkan oleh umno sebagai calon Parlimen Shah Alam bukanlah sesuatu yang pelik sangat. Sebelum ni dah macam-macam perkara pelik lain yang dilakukan oleh pimpinan dan ahli2 umno. Ini hanyalah satu lagi tambahan kepada kepelikan2 yang pernah umno buat. Sebagai ahli orang2 umno jangan banyak bisinglah, terima sajalah manusia sebagai calon yang dipilih oleh pimpinan anda. Bukankah ahli2 umno tersohor dengan kesetian membabi buta kepada pemimpin mereka semenjak dulu lagi. Kalau pandai lawan dah tentu ramai ahli2 umno tinggalkan parti bodoh ni.

Tanpa Nama berkata...

kita orang india takrak mau ini orang,jahat juga punya orng ,ini orang katak juga, mari sini apa mau bikin,bamyak jahat ho ini orang ,apa pasai bn hantar ini orang sini mari cittt. pooora, bodo ka, ini katak banyak kuat lompat ooo lu orang taktau ka a yo yo banyak tipu punya org