18 Apr 2013

Giliran Wanita UMNO Tibai Najib


Tindakan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita, kata Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim.

Menurutnya, ia menunjukkan BN tidak beri pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13.

Beliau, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik.

“Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana tidak ada pengiktirafan sewajarnya diberi kepada pemimpin Wanita Umno dan BN yang mewakili seluruh wanita Umno dan BN,” katanya kepada Sinar Harian.

Kamilia berkata, beberapa ketua Wanita Umno negeri tidak diberikan tempat dalam PRU13, antaranya di Kedah, Johor dan Terengganu, termasuk Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

“Kami banyak berjasa, tetapi tidak diberikan tempat. Adakah kepimpinan tertinggi tidak mengiktiraf kelayakan yang kami ada. Kebanyakan kami golongan profesional,” katanya.

“Pucuk pimpinan parti jangan menganggap wanita tidak kisah dengan pencalonan yang diumumkan baru-baru ini. Jangan ingat wanita tidak ada perasaan,” katanya.

Kamilia, seorang peguam, berkata, hakikatnya, wanita membuat kerja bersungguh-sungguh untuk membantu parti sejak tiga tahun lalu.

Beliau, bagaimanapun berkata akan 'berjuang habis-habisan' walaupun tidak terpilih di saat akhir.

“Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa. Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain.

“Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau membuat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja,” katanya.

Beliau juga tidak menafikan, rata-rata wanita di seluruh negara mempersoalkan calon-calon yang ditampilkan.

“Saya akan mencabar sehingga ke akhir untuk membantah kerana saya merasakan ini tidak adil. Selama ini saya bersabar, saya berjuang bersama-sama selama enam penggal dan melalui enam kali pilihan raya.

“Tunggu dan lihat, Saya tidak mengugut, tetapi saya menunggu keputusan parti.

“Saya ada perjuangan dan tidak akan berputus asa. Dunia ini luas, mesti teruskan perjuangan demi bangsa, agama dan negara. Terpulang apa yang akan ditafsirkan,” katanya ketika ditanya adakah beliau akan menjadi calon Bebas sekiranya tidak dicalonkan oleh BN dalam PRU13.

Kamilia disebut-sebut untuk bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, tetapi pada Selasa lepas, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan Adun Bukit Chandan, Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad bertanding untuk Parlimen tersebut. -SH

'Di mana slogan wanita disanjung?'

IPOH - Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar kecewa apabila Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim tidak dicalon bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Setiausaha Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar, Aishah Halid berkata, mereka terkejut apabila nama Kamilia tidak dicalon untuk mana-mana kerusi di Kuala Kangsar.

Menurutnya, mengikut heirarki, Kamilia turut menjawat jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar dan ia cukup untuk membuktikan beliau mampu memikul tanggungjawab.

“Kami berhasrat dan mahu beliau mengisi kekosongan kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang ditinggalkan oleh Tan Sri Rafidah Aziz.

“Di mana slogan wanita dipuji, disanjung? Semua itu tidak dihargai apabila kepimpinan terlepas pandang nama beliau (Kamilia). Kami mohon dipertimbangkan apa yang mereka katakan,” katanya.

Katanya, Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) yang diberi mandat untuk bertanding pada pilihan raya umum kali ini tetapi terkilan ketua mereka tidak dicalonkan.
-SH

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wanita umno najib kenal rosma mansor je...

Tanpa Nama berkata...

Duduk je diam2 bawah ketiak Rosm...

Tanpa Nama berkata...

Kamilia tu nampak orang baik. Masuk Pas lagi elok.

Tanpa Nama berkata...

Kesian sungguh aku dengan makcik-makcik ni. Sabor ajerlah makcik2 oii, dah naji... n rosmah x caya kat makcik2 nak wat cam mana. Terima aja lah kan makcik2 semua setia gila kpd pucuk pimpinan parti. Saat2 akhir ni baru nak bising itupun pasal x leh nak jadi calon. Alahai lemahnya semangat juang, kata berjuang utk agama, bangsa dan negara. Ni yang kalau kena hantar pi Lahad Datu mau tercabut kain ni.

Tanpa Nama berkata...

Selagi Najib PM, jangan haraplah ada pempuan dlm BN.. Rosmah tak kasik punya.. Tiang pakai skirt pun Rosmah tak kasi Najib dekat apatahlagi pempuan original walaupun yg dah setengah abad

orangpencen berkata...

sapa dok gatai pi masuk umno...kan dah kena. Lawyer ke tak lawyer main dgn umno semua kena tipu. umno ni mcm jin (kalau sebut syaitan nanti terasa hati pulak...he he) nak lepas dari kongkongan dia kena hayati ayat ayat quraan...sebab tu umno tak mahu kpd Islam...nanti boleh terbakar bro....
tengok dlm pas , kaum wanita d

Tanpa Nama berkata...

Konon kita ber-akujanji akan setia kepada parti. Dihadapan PM dan MB kita akui akan terima siapa saja yang dicalonkan konon kerana sayangkan parti lebih kita utamakan. Tetapi dalam hati terselit cita-cita dan harapan biarlah calon yang dipilih oleh MB dan PM itu adalah diri sendiri.

Tanpa Nama berkata...

wanita umno kena lihat siapa yang dipilih itu semuanya yang tidak tutup aurat. mana yang tutup aurat semua kena tolak. macam itulah fahaman umno akan islam.

Tanpa Nama berkata...

najib pun tau, sbb wanita umno yg buat umno jadi celaru masa kes lembu kak jat... skrg tanggung sendirilah, tak kan tak faham kut...??? kalau tak faham tu, mmg sah dah wanita umno ni mmg lembu...

Tanpa Nama berkata...

Nasib badanlah kau wanita UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah !!!!!

Makcik makcik atau yang dah jadi Nenek Newnek tu , beringat lah sudah jangan menongkat langit bangga hidup hasil mentedarah keringat rakyat yang dhaif dan miskin.

Nak duduk Bungalow dan pakai Bentley ke , S Class ke , Umrah tiap tiap bulan ke , kena berusaha macam orang cina di kampong kampong tu kerja siang malam...

Oreang Orang Melayu rata rata miskin dan tidaklah bijak sangat sampai duit harta turun ke riba mudah mudah...

Masya Allah !!!!

Cukup lah jangan menongkat langit , KLCC itu pun tak setinggi mana. Kutty tahu tinggi mana duduk nya dalam KLCC tu....

Tanpa Nama berkata...

yang terpilih semuanya yang tidak tutup aurat. yang tutup aurat semua tidak pilih. itulah islam fahaman omno.

Tanpa Nama berkata...

Aku nak sangat dengar apa komen mak cik baju merah sebelah kiri tu. Sebelum ni, bukan main lagi dia kutuk Pakatan Rakyat. Macam mane mak cik oi.. Nampaknya hajat tak kesampaian. Saya cadangkan supaya mak cik bertaubat dan minta maaf dari mereka yang dikutuk termasuk Tuan guru Nik Aziz, DSAI dan lain-lain.

Tanpa Nama berkata...

tumpang nyibuk... mmg baik orgnya. pernah jadi director kat opis lama sy yg mana berlambak org umno kat situ. beliau begitu berbudi bahasa dan tak sombong tapi tegas dan neutral. kalu bertanding sy pasti pilih dia.

Tanpa Nama berkata...

awas! engkau yang dah cabut lari tinggalkan pasokan, ingat engkau boleh selamat daripada unit C4....
tunggu masa yang sesuai...........

Tanpa Nama berkata...

merajok main wayang bukan lama pon, pasai apa dia bukan sunggoh sunggoh, apa nama kata orang main main saja macam belakon, depa bepakat dah awai awai. Time pangkah sikit lagi habeh depa pakat pangkah OMNO, pasai apa tentu depa teringat hat depa dok doa' siang malam takkan buleh lupa kot doa' hat ustad olamak muda dok ajag,
"ya tuhan kami hidupkanlah kami di dalam OMNO, matikanlah kami dalam OMNO dan bangkitkanlah kami di akerat kelak bersama pemimpin OMNO di bawah panji bendera OMNO cap kati". Kalau cabut lari tekoh ni, misal mati sikit lagi tak mati dalam OMNO? Bangkit di akerat sikit lagi nak dudok bawah bendera mana pulak. Oleh yang demikian mungkirlah ucapan "Dulu kini dan selamanya" yang sebenagnya " Dulu OMNO kerana cari habuan dunia-Kini lari kerana tak dapat habuan dunia- selamanya haros dalam ner... kerana banyak amek reta orang". Yang kekal selamanya HANYA ALLAH dengan segala sifat kesempurnaannya, sebot kata makelok ni ka semua punah jahanam belaka, mana ada dok tungkat langit, sikit lagi orang usong bawak pi sana bagi batu dua ketoi