18 Apr 2013

Kalau Sijil Pun Boleh Tipu, Yang Lain Apatah Lagi...


Kalau dahulu, Barisan Nasional (BN) boleh meletakkan siapa saja menjadi calon dan ‘pasti menang’, kini tidak lagi apabila mereka terpaksa berhadapan dengan calon Pakatan Rakyat (PR) yang berpengalaman dan berpendidikan tinggi.

Justeru, tidak hairanlah apabila DAP mendedahkan bahawa terdapat beberapa bakal calon BN yang memiliki ijazah palsu atau ‘bermasalah’.

Pakar Strategik DAP, Dr Ong Kian Ming mendedahkan calon BN yang dikenalpasti memiliki ijazah palsu dan bermasalah ini antaranya ialah Timbalan Menteri Luar Negeri A Kohilan Pillay, Pengerusi Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA), Teh Kim Pooh, Ching Eu Boon dan Lee Ban Seng daripada MCA dan Ketua Hal Ehwal Agama UMNO Ab Wahab Ibrahim.

“Lima daripada calon BN itu berkelulusan dari akademi yang boleh disifatkan sebagai kilang ijazah, atau dalam erti kata lain daripada universiti dan kolej yang ‘menjual’ ijazah palsu,” kata Kian Ming dalam satu kenyataan.

Menimbulkan tanda tanya, beliau berkata, jika calon BN ini sanggup menipu mengenai kelulusan akademik mereka, bagaimana pula dengan perkara lain yang lebih besar dan mungkin membabitkan kepentingan awam seperti wang rakyat dan sebagainya.

“Perkara ini menyebabkan integriti mereka diragui. Jika mereka gagal menjelaskan pada pengundi, saya menyeru mereka menarik diri daripada bertanding,” kata Kian Ming.

Berikut adalah bukti yang didedahkan Dr Ong mengenai pendedahan beliau;

* Timbalan Menteri Luar Negeri, A Kohilan Pillay (calon Parlimen Puchong): Mendapat Ijazah Sarjana Sains Perdagangan dan Ekonomi Industri dari Pacific Western University, Amerika Syarikat (AS), sebuah universiti yang pernah disaman dan ditutup selepas didapati bersalah menjual ijazah

* Teh Kim Pooh (calon Parlimen Klang): Mendapat Ijazah Doktor Falsafah dari New Port University – sebuah universiti yang diragui

* Ketua Hal Ehwal Agama UMNO, Ab Wahab Ibrahim (calon DUN Taman Medan): Mendapat PhD dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Antarabangsa Irish yang dilaporkan palsu pada 2008 oleh British Broadcasting Corporation

* Pimpinan MCA, Ching Eu Boon dan Lee Ban Seng (Calon DUN Pandamaran dan Kajang mendapat ijazah daripada St George University International dan Universiti Rutherford di AS, yang disebut sebagai ‘kilang ijazah’.

Justeru itu, pendedahan Dr Ong itu sekaligus meragukan terhadap integriti dan kejujuran semua calon BN yang dikatakan berkelayakan. Kita tunggu dan lihat apa alasan BN.-Roketkini

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jika betul maklumat ini, amat malang bagi politik dan kepimpinan Malaysia. Masalahnya sudahkah aduan polis rasmi dibuat?

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Pakatan & Rakyat Semua nya !!!

Kalau Ketua nya dah Bahalol Tahap Keldai , apatah lagi anak anak buah nya.

Apa pun , kalau dah lanun macam mana gaya penampilan muka tetap muka lanun.

Tanpa Nama berkata...

Mungkin pendedehan dibuat orang bukan Islam, kita mungkin sukar sikit nak percaya. Try search pakai Google keatas semua Universiti yang beliau sebutkan, Semua Universiti tersebut telah disenarai hitamkan dan dilabelkan sebagai universiti yang boleh beli kelulusan.

Nama sahaja Universiti pelik tapi rupanya universiti untuk penipu. Dan ingat Rasullah S.A.W. sudah pesan jangan beri jawatan kepada orang sememangnya tidak layak. Kalau diberi juga maka hancurkan sesuatu organisasi tersebut. Lesson here, kalau ada dengar orang dapat kelulusan dari universiti yang pelik, investigatelah pakai google dan percaya you will find it sama ada kelulusan dia tu boleh pakai atau tak boleh pakai sebab dapat kelulusan dari universiti penipu.

Said NO to UMNO supaya jawatan penting dalam kerajaan diberikan kepada mereka dapat kelulusan dengan titik peluh dia sendiri bukan dengan cara guna RM atau $ Amerika sepertimana UMNO sekarang buat.

Tanpa Nama berkata...

Ketua Hal Ehwal Agama UMNO, Ab Wahab Ibrahim (calon DUN Taman Medan)...ini macam punya org pon boleh jadik ketua hal ehwal agama? Macam mana la...lingkup org islam mcm ni...tula..ulama dihina, penipu dijadikan ketua hal ehwal agama....elok benor la tuh..jahanam!

Tanpa Nama berkata...

BN bangga menipu lagi. Gah menyebut macam2 ijazah calon mereka. Dr la bla3. Rupa2nya sijil beli.

Tanpa Nama berkata...

Baru je browsing irish international uni, dimiliki oleh Professor Hardeep Singh Sandhu, businessmen malaysia. Professor mamat ni pun beli. Website ada tapi under construction. Buat malu org UMNO. http://news.bbc.co.uk/2/hi/uk_news/education/7175730.stm. Aku ahli UMNO mmg guarantee pangkah Pakatan lah. Ya Allah, sesungguhnya hambamu ini telah dianiaya oleh kebanyakkan puak pelampau di dalam BN. Aku mohon pertolonganmu supaya pilihanraya kali ini diberikan kemenangan sepenuhnya kepada Pakatan Rakyat supaya dapat menjalankan pentadbiran negara mengikut ajaran sucimu, perkenankanlah tuhan yang maha pemberi.