18 Apr 2013

[VIDEO] Bongkar: Mohd Zin Terlibat Dalam Pengurupan Wang Haram!


PKR hari ini mendakwa calon BN Parlimen Sepang, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed terlibat dalam salah laku pengurupan wang haram melibatkan dua ahli perniagaan dari Bangladesh.

Menurut Ahli Biro Politik PKR, R Sivarasiah, pada tahun 2000 Mohd Zin menubuhkan sebuah syarikat di Dakar Bangladesh bersama dua rakan kongsinya iaitu Sheikh Farid Ahmad yang dikenali sebagai Manik di Bangladesh dan Sheikh Riaz Ahmad.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh, Mohd Zin mempunyai pegangan 49 peratus pegangan dan dikongsi bersama rakan di Malaysia, Mohamad Tahir Fazal Mohd dengan 24 peratus.

Pada tahun 2004 Mohd Tahir membuat laporan terhadap Badan Pencegah Rasuah(BPR) tetapi dimaklumkan pegawai penyiasat bahawa kes berkenaan tidak boleh diambil ekoran ‘tidak mendapat lampu hijau dari pihak atasan’.

“Kenyataan bersumpah menunjukkan 63 Cores of Taka (RM31 juta pada ketika itu) dihantar Farid kepada Mohd Zin bermula Ogos 2000 hingga 2004.

“Kenyataan tersebut menyebut sebahagian dana berkenaan dihantar kepada Mohd Zin melalui Hundi (terma yang digunakan di Bangladesh berhubung pengurupan wang).

“Ketika itu beliau merupakan Menteri Kerjaraya,” katanya pada sidang media di Ibupejabat PKR.

Kemudian pada 2007, Tahir membuat laporan kepada pihak berkuasa Dakar. Farid ditahan pada 27 Julai 2007 serta disiasat akhirnya beliau didapati mempunyai hubung kait dengan kes berkenaan.

Farid dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun.

“Fakta ini menunjukkan Mohd Zin diketahui sebagai penerima wang berkenaan sebanyak RM31 juta.

“Saya merujuk akuan bersumpah berkenaan. Farid dijatuhkan hukuman di Bangladesh sementara Mohd Zin masih bebas,” tambah Sivarasa.

Dakwanya lagi, Mohd Zin turut memainkan peranan supaya Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) melantik mereka (Silkways Cargo Services Ltd) sebagai agen dalam menguruskan semua urusan tiket dan kargo.

“Saya minta SPRM menjelaskan bagaimana Mohd Zin dianggap sebagai ‘calon bersih’ untuk bertanding dalam PRU-13 sedangkan dikaitkan dengan perkara ini,” ujar beliau lagi.

Sehubungan itu, Sivarasa akan membuat laporan polis di Balai Polis Tropicana esok agar siasatan dapat dilakukan oleh polis dan SPRM.


9 ulasan:

XUMNO berkata...

Maangangkol ni ke yang beriya2 sangat masa kerajaan Khir Toyol nak jadikan Sepang Hub Babi terbesar Asia di Sepang dulu?Minta pencerahan.

Tanpa Nama berkata...

mangkuk ni pengerusi ktmb kan? patut ktm duk taraf tuh jah. tak reti2 nak maju

Tanpa Nama berkata...

mamat ni jd calon BN pun xpa... insyaAllah kalah.

Tanpa Nama berkata...

Najib yang teruk lagi boleh lepas tapisan SPRM.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Rakyat Malaysia...

Selagi mamat mamat benggap duduk dalam DUMBNO lagi mudah nak kantoi kan mereka dalm PRU 13 nanti...

Tak lama lagi pun , tunggu aje ler.

Tanpa Nama berkata...

Tahun lepas hamba Allah ini ada hantar mesej hari lahir untuk saya. Nak tunjuk baik konon. Rupanya musang berbulu ayam. Jom kita pastikan jurutera dangkal ini tersungkur di tersungkur di bumi Darul Ehsan!

Tanpa Nama berkata...

megapa keluarga kaya tak pergi belajar ugama. Nanti tersiksa roh keluarga mu sampai kiamat. You tahu politik haprak umno suka buat fitnah dan derhaka kepada bangsa sendiri. Kita mahu pemimpin Melayu yang kuat pegangan ugama. Kita hidup di dunia hanya sebentar saja tapi bangkrap bekalan ahkhirat.Cari lah kehidupan yang Allah janji iaitu JANNAH.Cepat cepat infak kekayaan mu kejalan ALLAh dan bertaubat

Hamba Allah berkata...

Salam saudara seagama ku....dalam kita membuat komen2....pastikanlah kita ada bukti jelas dan kukuh bukan bukti dari mendengar perkataan orang lain....dan dalam kita menuduh orang membuat fitnah kita kena awasi penyampaian kita supaya tidak pula kita yang menjadi pemfitnah.Sekadar peringatan.WAsallam

Tanpa Nama berkata...

kalau dah geng khir toya, semua pun rembat. Tu lah jangan terpengaruh surat khabar dan tv kepunyaan umno.Apa tujuan nak kontrol semua media utama, ini ajenda yahudi. wahai saudara ku aku di besarkan tanpa didikan ugama kerana pelajaran jawi di hapuskan.Tapi Allah maha berkuasa tunjok jalan yang benar dan Alhamdulillah.Hai pemimpin Islam utama kan pelajaran ugama pada awalan persekolahan anak anak dan terapkan dasar ini. Kalau pilih pemimpin Islam yang kutuk Islam nanti lah JAHANNAM.