22 Apr 2013

[SELESAI] 3 DUN T'ganu Kepada PAS, Labuan, Sg Aceh, Panti Kepada PKR


PAS memutuskan untuk menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh, Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR.

PKR pula menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS.

Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu akan bertemu dengan Dr Nasir Hashim iaitu calon dari PSM di Kota Damansara yang bertanding atas tiket PKR di Kota Damansara.

Perkara ini diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media di Pusat Media PAS Jalan Raja laut hari ini.

Ustaz Hadi juga memaklum, semua ahli PAS yang bertanding atas tiket bebas termasuk penyokong dan pencadang mereka akan dipecat dari menjadi ahli PAS.

Dalam penamaan calon Sabtu 20 April lepas, calon PAS dan PKR bertindan di tujuh kawasan pilihan raya iaitu satu Parlimen dan enam DUN.

Ekoran itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Ahmad Sabki Yusof memaklumkan ia akan diselesaikan hari ini.

Dengan pengumuman ini bermakna semua kerusi yang bertindih selesai kecuali DUN Kota Damansara yang akan dirundingkan lagi dengan mereka yang terlibat.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah... "Janji Ditepati"...

Harap semua penyokong PR bersabar dan menerima dengan hati yang TERBUKA atas semua keputusan yang telah dicapai bersama oleh KEPIMPINAN PR...

Tanpa Nama berkata...

Terlambat dah..dek kerana kebodohan dan ketamakkan bakal menyusahkan penyokong pr.nama n logo tetap ada kat kertas undi.mengelirukan.bodoh xbleh diajar pandai xbleh diikut

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah

DOB berkata...

harap semua penyokong pr yg terlibat ditempat berkenaan tahu sape yg bertanding. pendokong pr kene PASTI kan informasi ni sampai. CONGRAT utk pemimpin PR...

Tanpa Nama berkata...

Tak kali kedua pihak termasuk bn yg kuasai semua benda pun ribut..biasalah tanda perubhn besar.....

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah..

Tanpa Nama berkata...

blm terlambat.....malah ini karektor org cerdik...yg blh rinding dn tolak ansur....bahasa pyokong umno ni sentiasa provokasi dn mnmbh dosa yg dh sedia byk

Tanpa Nama berkata...

Good decision

Tanpa Nama berkata...

Damage has been done. Tp x pa, kurang2 dh slesai.

Tanpa Nama berkata...

salam... andai kali ini kita gagal menuju putrajaya... di minta dgn segala hormatnya pimpinan PAS meletakkn jawatan... perkara pertindihan sebegini menampakkan sifat tamak dan mementingkan diri sendiri,bukan seperti yg di laungkan ...

orangpencen berkata...

aku juga marah dgn isu ini tapi tak lah sampai bodohkan orang. setahu aku hanya macai umno saja yang ditarbiahkan untuk memaki orang.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah,
Semoga berlapang dada semua piahk terlibat, asobaih bukan dikahskan kepaa bansa sahaja, kumpulan, pertubuhan dan parti juag para pengikut perlu mengelak asobiah. Yang penting matlamat kita ia itu ABU dan BN harus di Be Endkan.

Desas desus pergeseran UG (dalam PAS Terengganu) dan PKR dalam hal ini amat ketara kerana ia tidak berlaku dengan seorang lagi sahabat DAP.

Dalam perjuangan ada pahit ada manis maka sama-sama rasa dan sama kecapi yang penting matlamat kita Putrajaya agar kebajikan dan keadilan dapat di tegakkan sesuai dengan sunatulLah.

Syabas dan berjuanglah demi matlamat utama kita keredaan Allah dan kesejahteraan rakyat.

Tokwan Perak.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah !!!!

Apa apa pun , PAS jangan mula menunjukkan ketamakan dan over confident hendak ambil sebanyak DUN dan Parlimen.

Rakyat bukan nya Ngok atau Poyo untuk memilih pemimpin yang tidak cemerlang dalam berbagai agenda ekonomi , keagamaan , public relations...