22 Apr 2013

Majlis Khaled Nordin Dipukul Ribut, Petugas Media Dihempap Khemah


Petugas, tetamu utama dan pegawai Kementerian Pengajian Tinggi, nyaris cedera apabila khemah tempat mereka sedang menikmati jamuan, roboh dipukul angin.

Kejadian berlaku selepas Majlis Perasmian Pelan Strategik Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi dan Women In Social Enterprise (WISE) 2013, di Dewan Serbaguna Taman Mawar oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Semua tetamu dan peserta majlis itu baru menikmati hidangan pencuci mulut, pengat pisang, apabila berlaku hujan lebat serta angin kuat pada kira-kira 12.10 tengah hari.

Khaled, yang juga calon BN bagi kerusi DUN Permas, meninggalkan majlis lima minit sebelum kejadian

Wartawan New Straits Times S K Thanusha Devi, 25, terpaksa ditarik keluar dari khemah yang roboh ditimpa tiang khemah.

"Ia berlaku sekelip mata ...saya mendengar rakan-rakan menjerit meminta kami segera keluar dari khemah.

"Saya meluru keluar secepat mungkin... malangnya sesuatu menimpa bahu saya dan saya terjatuh...saya ditarik keluar oleh rakan setugas jurukamera TV3, Yahya Kiprawi.

Yahya yang sebelum itu terlihat sebatang tiang khemah berdekatan mejanya dalam keadaan tidak stabil, cuba menahannya daripada jatuh.

"Keluar, keluar, keluar," jeritnya apabila tidak mampu menahan tiang itu menyebabkan semua tetamu di enam meja di bawah khemah berkenaan, termasuk Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia Prof Datuk Seri Dr Zaini Ujang, lari menyelamatkan diri.

Yahya berkata beliau cepat bertindak kerana mempunyai pengalaman serupa beberapa tahun lepas ketika menghadiri satu karnival masyarakat Kemboja, dan berjaya menyelamatkan dua kanak-kanak lelaki masyarakat itu yang terperangkap di bawah khemah.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. - Bernama

Ulasan GB

Libas BN Pada PRU13 mencatatkan:

Bila alam mulai murka, ia takkan mengenali siapa "mangsanya"... Kamu bolehganggu majlis Pakatan Rakyat dengan hantar orang baling batu, buat bising & sebagainya, tapi kamu tak boleh halang "Kuasa Tuhan" dengan hanya menghantar angin dan ribut di majlis acara kamu... Itulah hebatnya doa orang-orang yang teraniaya. Moga ianya dapat muhasabahkan diri...

11 ulasan:

M Rosli berkata...

Ulasan GB memang tepat dan menusabah...bila mana orang yang teranaya menadah tangan kepada Allah...maka tunggulah balasan yang tidak ditangguhkan lagi

Tanpa Nama berkata...

Inilah bala jawapan dari ALLAH kpd keangkuhan dan kezaliman KPT arahan Khaled Nordin ketas Kolej Insaniah Kedah hari itu.

Tengok hari itu boss KPT naik angin sampai untung/rugi kolej dipertikaikan sedangkan semua IPTA dan kolej-kolej IPTS dinegeri-negeri BN rugi ada yang lebih teruk tapi tiada tindakan KPT. Inilah kezaliman UMNO mengguna agensi dan pegawai kerajaa jadi barua mereka!!!

Hulubalang berkata...

Tapi puak2 ni mana sedar semua ni...dia orang tak yakin semua ni...mereka akan kata kebetulan saja..ini sebab cuaca bukannya bala Allah...!1Hati dah gelap dan tertutup...kenalah apa pun..mereka tetap dng sikap hipokrit!!

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah !!!!!

Moga moga umat umat yang tersesat didalam Parti Yang Gila Duniawi merenung kembali matlamat kewujudan mereka di muka bumi ini , dan balik ke pangkal jalan.

Tiada guna nya hidup bah Maha Firoun moden , hingga tersungkur ke bumi dalam kehinaan.

Cukup cukuplah...buat habis beras rakyat aje !!!

Hulubalang berkata...

Tapi puak2 ni mana sedar semua ni...dia orang tak yakin semua ni...mereka akan kata kebetulan saja..ini sebab cuaca bukannya bala Allah...!1Hati dah gelap dan tertutup...kenalah apa pun..mereka tetap dng sikap hipokrit!!

Tanpa Nama berkata...

Hahaha terbaik laa.

Tanpa Nama berkata...

Puak syaitan ini mana percaya wujudnya Tuhan. Kalau tidak, mana puak ini berani bertindak zalim ke atas rakyat dan menyamun harta kekayaan negara. Puak ini menjual agama demi kekayaan diri dan ahli keluarga mereka.

Tanpa Nama berkata...

komen GB yg terbaik... maka harus lah sdar yg berkuasa adalah Allah swt.

Tanpa Nama berkata...

Stuju ulasan GB..mana kekuatan kamu slama ini..sesunguh nya doa org yg kena zalim tiada hijab d sisi ALLAH...trus kn hayunan langkah ka PUTRAJAYA bsama bahtra PAKATAN RAAYAT...undi lah PAS, PKR, DAP dtmpt tuan2.

Tanpa Nama berkata...

PRU13 INSYAALLAH BN TERHEMPAP DOSA SENDIRI

Tanpa Nama berkata...

aku pun heran kenapa puak2 sokong UMNO yg mengatakan kalau sokong PR negara akan diperintah Cina.

Makci2, Pakcik2,
Cina, Melayu, India Iban, org Asli ke,apa2 bangsa ke, memang le mereka tu dijadikan Allah berbilang bangsa utk berkenalan2 & kbtulan Melayu di Msia majoriti beragama Islam, jadi org Islam le yg tunjukkan akhlak baik ikut Islam supaya negara berkat.

Bukan nak kata, tu Acheh tu, majoriti Islam, nak salahkan Cina ke pasal Allah turunkan tsunami? Mengikut waris ulamak di sana, program2 laro banyak di sana, tak segan silu dgn makhlok Allah yg lain yg sentiasa bertasbih pada Nya.

Amiklah ikhtibar kita semua. Jgn heran sngat Cina mampu beli rumah juta2, mereka usaha mereka dapat, kita tak dpt tak pe, tu ha, masjid & surau depan rumah, imarahkan dgn solat2 berjamaah.