22 Apr 2013

[VIDEO] Sah Mat Taib Sertai PAS -updated


Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini secara rasmi mengumumkan menyertai PAS sekaligus menamatkan spekulasi berhubung perkara itu yang tersebar sejak beberapa minggu lalu.

Pengumuman itu dibuat pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, di sini hari ini.

Muhammad yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno itu turut menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


Saya masuk bukan untuk calon atau jawatan - Md Taib

"Saya masuk PAS bukan hendak jadi calon atau merebut jawatan dalam PAS," kata Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib ketika mengumumkan penyertaannya kepada PAS hari ini.

Atas dasar itulah, katanya, majlis penyerahan borang memohon menjadi ahli PAS hari ini dibuat selepas penamaan calon PRU 13.

Muhamad hari ini menyerahkan permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan diperhatikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu dan naib-naib Presiden PAS.

Bagi Mohamad Taib, pengalaman dalam Umno mengajar dia mengajar dia untuk berbuat perkara lebih baik untuk negara.

"Memang benar kita berjaya membentuk negara maju. Negeri Selangorpun kita berjaya membentuk menjadi negeri maju.

"Tetapi bagi saya perubahan perlu dibuat, supaya pembangunan kita ada roh," kata Muhamad ketika berucap di majlis hari ini.

Atas dasar itulah, katanya, beliau memilih untuk menhyertai PAS.

"Mana parti yang boleh mengisi roh ini selain dari pasti yang memperjuangkan Islam," katanya.

Menurut Muhamad, selepas beliau tidak mempunyai kerja, beliau banyak menghabiskan masanya untuk pergi ke surau dan masjid.

"Saya pergi ke surau, belajar agama, belajar al Quran. Saya perhatikan, hanya PAS boleh membawa pengaruh untuk membetulkan keadaan ini," tegas Mohamad.

Sebelum itu, Ustaz Hadi dalam ucapannya berkata, beliau bertemu dengan Muhamad lebih setahun yang lalu.

Namun, kita hanya membuat majlis penyerahan hari ini untuk mengelak persepsi kata Muhamad hendak menjadi calon atau jawatan dalam PAS.

Ustaz Haron Din pula berkata, beliau bertemu pertama kali dengan Muhamad semasa menunaikan umrah bersama di Mekah.

"Ketika itu bas kami rosak...dan dia sebagai menteri besar ketika itu yang pertama turun untuk menolak bas itu.

"Sejak hari itu kami rapat dan saya memberikan kuliah mingguan di rumah MB Selangor," kata Ustaz Haron.



10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah.... berbaktilah selagi ada hayat yang sementara ini.

Tanpa Nama berkata...

bersyukur dan kita harus berlapang dada menerima beliau, Allah telah mengurniakan hidayah nya. semoga beliau kekal dan istiqamah memperjuangkan Islam. alhamdulillah...

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah. Allah telah memilihnya dgn memberi taufik dan hidayah utk berada diatas jln yg benar. Yg lain tunggu apa lagi. Ini Kalilah. Tukar!

Tok Nyadat berkata...

Mahathir bila lagi, elok ubah sebelum Allah mengubah dari alam fana ke alam baqa.....

masrun berkata...

kemasukan Mat Taib, Abd Rahman maidin dan lain2 lagi sebenarnya mengajar kita agar mencontohi sirah Rasulullah sallahualaihiwasallam. Abu Suffian adalah ketua Quraisy. 2 orang anaknya terlibat dalam misi menjejaki Rasulullah semasa hijrah dari Makkah ke Madinah. Isterinya Hindun memakan jantung Saidina Hamzah semasa perang Uhud. Mereka memeluk Islam hanya ketika Fathul Makkah. Boleh sahaja para sahabat mendakwa keIslaman mereka kerana terpaksa, tetapi keluarga Abu Suffian diberi penghormatan yang tinggi oleh Rasulullah. Muawiyah dilantik sebagai penulis wahyu. Kemudian dilantik pula sebagai gabenor Syam oleh Umar. Mereka tidak sempurna, tetapi kelebihan merekalah yang lebih diutamakan oleh Rasulullah dan para sahabat. Janganlah jadi seperti Syiah yang sampai sekarang tidak boleh menerima hakikat ini.

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah mengurniakan kepada Mat Taib mati shahid serta dihimpunkan bersama para syuhada di dalam syurga kelak

air gunung berkata...

Masrun.
Thanx for ur komen.
Sgt baik utk direnungi bersama dgn mendalam.

sayed shikh berkata...

Tan Sri...sluruh ahli2 PAS dn pnyokong2..sluruh ahli2 PKR dn pnyokobg2..sluruh ahli2 DAP dn pnyokong2 serta sluruh pnyokong2 PR..sngat menghormati pilihan tepat Tan Sri...kami gembira bcampur air mata bdoa bg Tan Sri dn kluarga..moga ALLAH sdia kn tmpt duduk yg baik d AKHIRAT nanti...hai raayat msia bsdia lah sama2 undi PAS PKR DAP d tmpt msing2 5 mei nanti.

Tanpa Nama berkata...

Khir Toyo tunggu apa lagi.

Tanpa Nama berkata...

Najib kalau kalah pru 13 Ne baru masuk PAS.kahkahkah.