Polis sahkan 2 komando, 12 penceroboh terbunuh Polis Malaysia mengesahkan bahawa dua anggota komando polis Malaysia dan 12 lelaki bersenjata Sulu terbunuh dalam pertembungan antara Pasukan Gerakan Am Malaysia dan kumpulan bersenjata itu hari ini.
Pesuruhjaya polis Sabah Datuk Hamza Taib memberitahu pemberita bahawa bilangan yang cedera di kalangan kumpulan Sulu tidak diketahui, lapor Star Online.
Dalam sidang akhbar petang ini, Hamza berkata pertempuran itu bermula pada jam 9.59 pagi ini selepas lima anggota PGA elit bergerak untuk memperkuatkan lagi kepungan di sekitar kampung Tanduo di mana kumpulan kira-kira 180 Sulu termasuk 30 lelaki bersenjata yang diketuai oleh Rajah Mudah Azzimudie Kiram berkubu sejak 9 Februari lalu.
Hamza berkata, pasukan polis bertembung dengan beberapa penceroboh yang melepaskan tembakan, dan memaksa mereka membalas tembakan.
Katanya, pihak polis menemui beberapa milik kumpulan Sulu tersebut.
Sementara itu di Pekan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan dua anggota polis terbunuh dan tiga yang lain cedera dalam kejadian tersebut.
Katanya, kumpulan bersenjata itu melepaskan tembakan ke atas pasukan keselamatan Malaysia.
Perdana menteri berkata, beliau amat sedih dengan kejadian itu kerana apa yang mahu dielakkan - iaitu pertumpahan darah - telah juga berlaku.
Katanya, beliau telah diberi mandat penuh kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Pangkatan Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkefli Mohd Zin untuk mengambil tindakan yang difikirkan perlu.
Bernama sebelum ini melaporkan dua komando polis terbunuh dalam serangan mortar oleh kumpulan tersebut manakala dua lagi cedera.
Sementara itu, seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa 10 orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.
ABS-CBNnews melaporkan jurucakap Abraham Idjirani sebagai berkata dia baru bercakap sendiri dengan adik Sultan Sulu Jamalul Kiram - Azzimudie Kiram - yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu.
Azzimudie mengesahkan bahawa 10 lelaki terbunuh dan empat yang lain cedera dalam insiden tersebut.
"Dia melihat sendiri mayat-mayat tersebut," kata Idjirani dalam satu sidang akhbar di Manila.
"Yang terbunuh termasuk seorang wanita."
Idjirani merayu kepada kerajaan Malaysia supaya menghentikan serangan itu, dan berkata orang-orang Azzimudie hanya bersenjatakan bolos (parang) dan pisau dan hanya beberapa orang bersenjatakan senapang.
Beliau mendakwa bahawa komando polis Malaysia telah menggunakan penembak tepat ke atas pengikut Azzimudie.
Akhbar berbahasa Cina, China Press pula memetik sumber yang tidak disahkan di tempat kejadian, yang mendakwa dua penceroboh telah ditembak mati, manakala tiga anggota tentera Malaysia cedera.
Bagaimanapun, ABS-CBNnews melaporkan bahawa Duta Malaysia ke Filipina telah mengesahkan berlaku insiden menembak antara kedua-dua pihak tetapi tiada sebarang kematian.
Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) Raul Hernandez memberitahu agensi berita bahawa Setiausaha Luar Filipina Albert del Rosario baru sahaja berbincang dengan duta Malaysia, yang mengesahkan berlaku insiden menembak di Lahad Datu tetapi ia sudah dihentikan.
Beliau berkata Manila sedang memantau keadaan.
Sementara itu, Azzimudie memberitahu Radio dzMM Filipina bahawa kumpulannya tidak akan kembali ke Filipina kerana ia akan "memalukan" mereka dan kesultanan Sulu.
"Kita tidak boleh pulang ke Filipina kerana ia akan memalukan kita. Kami telah menegaskan niat kami datang ke sini," Azzimudie dipetik sebagai berkata.
Menurutnya, dia dan 275 pengikutnya mahu tinggal di Kampung Tanduo di Lahad Datu manakala kerajaan Filipina sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan isu itu.
"Mereka boleh meneruskan rundingan secara aman...," tambahnya.
Manakala Sultan Sulu Jamalul Kiram memberitahu Radio dzMM bahawa dia tidak akan memerintahkan pengikutnya untuk menyerah diri walaupun berlaku kejadian berbalas tembak, tetapi menegaskan pintu rundingan masih terbuka.
Menurut ANC Dateline Filipina, jurucakap Sultan Sulu Jamalul Kiram - Abraham Idjirani - kesultanan itu tidak akan membalas dendam terhadap kematian pengikutnya, dan menegaskan kumpulan itu mahu ia diselesaikan secara aman.
Idjirani berkata mereka akan membawa perkara itu ke perhatian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan mungkin meminta Pertubuhan Persidangan Islam untuk campurtangan.
The Philippine Inquirer pula memetik Jamalul Kiram menafikan laporan bahawa adiknya, Azzimudie telah ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia.
Idjirani berkata, keluarga diraja itu masih dapat bercakap dengan Azzimudie, yang disebut sebagai Raja Muda.
"Kita bercakap dengan beliau.
Beliau tidak cedera dan masih mengetuai perjuangan itu, " katanya.
Sekitar jam 3.25 petang tadi, Jabatan Luar Filipina berkata tiga orang mati dan 10 telah ditangkap dalam kejadian itu, lapor AFP -mk
Pencerobohan: PAS desak Najib panggil sidang tergempar
PAS mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang tergempar parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan di Sabah yang didakwa kini telah menumpahkan darah.
Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata, Najib perlu bertindak segera ekoran perkembangan terbaru menunjukkan keadaan keselamatan negara dalam bahaya.
"Saya mendesak perdana menteri memanggil sidang tergempar parlimen berhubung isu keselamatan negara yang kini sangat serius.
"Kita desak beliau menjelaskan kepada parlimen, apa yang sebenarnya berlaku dan bagaimana perairan negara boleh diceroboh," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata demikian, berikutan laporan terbaru bahawa dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, Lahad Datu yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina hari ini.
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Sementara itu, Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa 10 orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.
Bagaimanapun tiada sebarang pengesahan dari pihak polis berhubung perkara itu.
Mengulas lanjut Salahudin berkata, rakyat kini menunggu dengan penuh persoalan apa yang sebenarnya berlaku.
Katanya terdapat bayak versi cerita yang akhirnya mewujudkan kekeliruan dan meletakkan rakyat dalam ketakutan.
"Rakyat Malaysia perlu tahu apa sebenarnya yang berlaku," katanya. -HD
Pencerobohan Lahad Datu hanya sandiwara – bekas Laksamana TLDM
Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid tidak menolak kemungkinan pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara.
“Ini kes yang dirancang. Saya tak percaya TLDM tak efisien. Kita ada bot laju, CB90 (combat boat) Saya tak fikir mereka (penceroboh bersenjata) boleh terlepas.
“Ini semua untuk manfaat politik. Sama macam Al-Maunah. Tak masuk akal satu Land Rover boleh bawa ratusan rifle, orang tak perasan dan masuk (kem) buka armory.
“Fikir punya fikir, macam sandiwara,” katanya kepada Keadilan Daily.
Imran berkata, perairan negara dikawal empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM.
“Kita ada ‘Operasi Pasir Laut’ antara tentera dan polis. Tak malukah tentera sudah jaga, orang lain boleh masuk?” katanya.
Ops Pasir Laut ialah operasi keselamatan perairan dan kepulauan pantai utara dan timur Sabah oleh Markas Angkatan Bersama (MAB) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Ops Pasir Laut dikawal selia Pusat Kawalan dan Sistem Pengawasan (JRCC) dengan kelengkapan pesawat tanpa juruterbang (UAV), bot tempur kapal peronda ATB dan helikopter Nuri.
Antara peralatan canggih ditempatkan sepanjang ‘laluan panas’ ialah 12 radar dengan kemampuan mengesan pergerakan kapal mahupun bot kecil pada jarak 100 kilometer.
Kawasan seliaan MAB meliputi 22 pulau dan 11 pesisiran pantai sepanjang 1,577 kilometer dari Tawau hingga Kudat.
Pandangan itu turut dipersetujui bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.
“Ikut senario, ia mungkin satu perancangan. Ada kemungkinan ia direka-reka. Walaupun tak boleh buat spekulasi, saya boleh beri jawapan jika ada di sana,” katanya.
Lebih 100 lelaki dari selatan Filipina berpakaian ala tentera dan bersenjata api menceroboh ke Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu.
Polis pada 17 Februari membuat kenyataan untuk mengusir pulang ke negara asal penceroboh yang dikepung di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Pada 23 Februari, Wisma Putra bersetuju dengan permohonan kerajaan Filipina yang meminta tangguhan proses masa pengusiran kumpulan penceroboh berkenaan. -KD
Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno – Tian
Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
Ahli Parlimen Batu itu berkata, insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno.
“Kita rasa pelik kenapa media Malaysia tidak melaporkan kejadian itu? Semua sumber laporan oleh media asing.
“Dari mana mereka dapat info sedangkan tidak ada wakil media yang dibenarkan membuat liputan? Malah berita yang dilapor itu setakat ini belum diketahui kesahihannya,” kata Tian kepada Keadilan Daily.
Menurut laporan media Filipina hari ini, berlaku kejadian tembak menembak antara penceroboh dari Kesultanan Sulu dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu sehingga menyebabkan kematian.
Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa seperti dilapor ABS-CBNnews, 10 orang terbunuh dan empat yang lain cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.
Menurut akhbar The Philippine Star, pihak berkuasa Malaysia yang memulakan serangan ke atas kubu penceroboh pagi ini.
Mengulas lanjut, Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.
“Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing,” katanya.
Keselamatan rakyat tanggungjawab kerajaan
Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Roland Chia berkata, insiden Lahad Datu bukti BN gagal memastikan keselamatan rakyat Sabah.
“Tidak sepatutnya berlaku kejadian seperti ini setelah 50 tahun BN memerintah Sabah.
Jelas kerajaan abai keselamatan rakyat. Sedangkan itu adalah tanggungjawab kerajaan.
“Ini menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Umno semakin runtuh,” kata Roland, sambil menyatakan KEADILAN Sabah mendoakan kesejahteraan perajurit yang berkawal dan mempertahankan perairan tersebut.
Pencerobohan di Lahad Datu bermula sejak 12 Februari lalu dengan lebih 100 anggota kumpulan militan berpakian ala tentera dan bersenjata api dari Selatan Filipina itu mendarat di persisiran pantai daerah itu menaiki bot pancung.
Pada 14 Februari, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan kumpulan penceroboh di Lahad Datu adalah daripada keturunan Sultan Sulu dari Selatan Filipina.
Menurut Ismail, menerusi rundingan dengan polis, kumpulan terbabit meminta dua tuntutan iaitu mereka diiktiraf sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan rakyat Sabah berketurunan Sulu tidak dihantar pulang ke negara asal. -KD
17 ulasan:
PERSOALAN KETUA CAWANGAN UMNO TERLIBAT. DI PIHAK pencerobohpun PUN KETUA CAWANGAN UMNO JUGA MALAH MENDAKWA "KESULTANAN SULU" ..mendakwa diiktiraf Filipina
diperhimpunan Agung UMNO di Pwtc pun mereka kutip derma membantu perjuangan Kesultanan ini.
Bila di semak dalam Blog Kesultanan Sulu ternyata Kesultanan Sulu yang menceroboh tu "Palsu"
http://tausug-global.blogspot.com/
RUMUSAN ALTERNATIF:
PM Malaysia SEDANG MEMULIHKAN moralnya dan UMNO yang sedang merosot..kemungkinan Pencerobohan tersebut ada "Kesepakatan" bagi memulihkan imej PM kerana
kenapa Cawangan UMNO di Felda tu TERLIBAT?
...Tak kan ada elemen tersilap langkah pasai permohonan Tanah Felda!!!!! saja membawa kpd Tuntutan Sabah
Rakyat menganggap ini konspirasi kerana tiada berita dari TV3/4 ke, akhbar ke.. dan lain2 media Kerajaan. 28 hari dibiarkan penceroboh untuk berunding. Masuk akal kah? Kes seolah2 bermain dengan sentimen nyawa dan ketenteraman Rakyat dan Negara.
Bayangkan kalau Filipina yang telah diberikan IC Biru, menyokong penceroboh ini untuk membalas dendam, apa Kerajaan nak buat? Kan lebih banyak tentera dan polis yang tak berdosa menjadi korban selain menyusahkan Rakyat dengan curfew.
Ya Allah, mudah2an kezaliman di negara ini dihancurkan dan keadilan ditegakkan. Amin.
UMNO tak boleh caya...dari dulu kini selamanya. Kuburkan UMNO.
Dalam ni ada Video Pertempuran..ada pihak pula yang ambil disebelah penceroboh...???
apabila ingat Memali dan Al Maunah yang menaggung akbibah adalah pasukan polis dan tentera kita
di Lahad Datu nih...Tentera Malaysia terkorban dan cedera
apakah semua ni permainan UMNO yang hendak memulihkan imej yang tercalar dan untuk keyakinan PRU13???
http://www.wasukalu.com/2013/03/video-ini-petanda-kiamat-untuk.html#axzz2MITOa4ur
whose responsibility?
APMM ?
TLDM ?
Marine Police?
Custom?
Fishery's Dept?
sultan sulu sudah pupus. Yg ada itu ialah tentera filipina cawangan sulu. filipina menggunakan sultan sulu penipu untuk menuntut sabah.
bandingkan beza pejuang moro dengan askar diraja sulu penipu. sultan sulu tidak menentang filipina sebaliknya menentang sabah.
mana pergi menteri dalam negeri ?
Menteri dalam negeri tengah main "lontar dadu; dgn rakyat malaysia.
http://sabahkinimirror.blogspot.com/2013/02/ketua-cawangan-umno-ketua-mundu.html?spref=fb
Dari apa yg kite perhatikan..mkg kerajaan Manila terlibat secara konspirasi dgn kerajaan umngok bee end utk menakut2 rkyt Sabah khususnya...satu suara dari pihak Pr harus sampai kpd pihak Manila utk mendapatkan gambaran yg jelas..disebabkan kerajaan umngok bee end enggan mengulas dan berdolak dalih dgn indiden ini...
Dari apa yg kite perhatikan..mkg kerajaan Manila terlibat secara konspirasi dgn kerajaan umngok bee end utk menakut2 rkyt Sabah khususnya...satu suara dari pihak Pr harus sampai kpd pihak Manila utk mendapatkan gambaran yg jelas..disebabkan kerajaan umngok bee end enggan mengulas dan berdolak dalih dgn indiden ini...
montori KDN dah hilang tolor,ketegasan mentori patut dipercayai rakyat ,ni telor pun x ada,mcm pondan...
Yg jadi mangsa orang islam... filipina terang2 dr dulu nak sabah. Apa kerjaan filipina kesah kalau puak sulu ni mati...yg si kiram tu patutnya merdekakan diri jadi negara kapir tu dulu... nak pilihanraya be end mmg buat drama la... dah tau penceroboh bersenjata masuk malaysia.. serang je la.. buat pe nak buat skrip lagi...
Dia takut pakatan menang banyak kerusi kut di Sabah,
mgkn juga bn nk tenggelamkan isu altantuya...jgn lupa,bn ade agenda yg tersembunyi yg sedang dilakukan skrg ini supaya PR dan rakyat xdpt menghidu taktik mereka. cuba bayangkan jika isu ini terus dimainkan dan menjadi perbualan hangat rakyat..maka, sudah tentu PR dan rakyat hilang fokus terhadap PRU13 dan perhatian mereka hanya kearah masalah yg bn sengaja timbulkan ini..tuntutan bersih satu pn xditunaikan lg, pemberian mykad di sabah dan negeri2 lain giat dilakukan bn. sekiranya isu ini terus dimainkan dlm keadaan PRU semakin dekat, maka PR tidak sempat melakukan apa2 serangan balas. ingat! PRU13 adalah peluang terakhir utk tumbangkan bn..jgn kerana hilang fokus rakyat terus berputih mata. 'syaitan' dikenali amat berpengalaman memainkan isu dan menipu. they are old handed.mereka tunggu pakatan silap.
Soal nyawa di buat main-main. Berapa banyak sudah kambing hitam jadi Arwah semata-mata nak menjaga maruah untuk masa sekejap.
Sedangkan kalau berada dlm kawasan perairan Singapore pun mereka tak teragak-agak bertindak, takkan Malaysia tak boleh ikut cara itu.
Saya yg tak tahu apa akan tetap menyalahkan mereka yg makan gaji menjaga perairan pantai. Jadi apalagi!!! untuk mengelakkan rakyat menyalahkan anda yg berada dlm kerjaya ini, sila bersuara!!! Setidak-tidaknya kami tidak menyalahkan anda. Walaupun kami tahu, tanpa arahan memang takkannya Malaysia ni di pondokkan org
alfatihan dan takziah yg terkorban,tp
GERAM dgn tindakan terkutuk MENTERI DLM NEGERI BAPUK HISHAMUDIN.sepatutny
kamu letek jawatan...dgn rakyat msia
berhimpun aman tanpa senjata serta bw
kanak2 kamu emghukum mereka sbg buat
huru-hara/ktenteraman awam.sudah sah pceroboh bersenjata masuk boleh pula berunding.PDRM/ATM ini polis diraja/
angkatan tentera msia ATAU polis diraja um NO/B angkai N gara..ingat dosa kamu diperhmpnn BERSIH dan lain
bersenjata parang dan golok boleh keluar peluru dan meletup??
Catat Ulasan