Marang - Empat Orang Pemuda PAS dari Kampung Jerung Seberang, Wakai Tapai yang ditahan reman oleh polis kerana laporan 'fitnah' oleh Pengerusi Penaja Penubuhan Umno Cawangan Bukit Chempedak telah dibebaskan.
Menurut Ahli Jawatankuasa PAS DUN Pengkalan Berangan, Badaruddin Ismail, keempat-empat pemuda tersebut Roslam Abdullah, 35, Rosdi Abdullah, 34, Muhammad Lukman Abdullah, 28, dan Muhamad Musa, 38, dibebaskan pada jam 5 petang dari lokap polis Ibu Pejabat Polis daerah Marang, Khamis28 Februari.
Beliau berkata, pihak polis memaklumkan, mereka dibebaskan dengan jaminan polis kerana tidak ada sabitan kes.
"keempat pemuda PAS yang berani itu, telah dibebaskan pada jam 5 petang....saya dimaklumkan oleh IO (pegawai penyiassat) kes tersebut, Inspektor Wan Afzan Wan mukhtar tidak ada sabitan kes, (dan mereka) di bebaskan dengan ikat jamin polis,"ujarnya.
Katanya, empat pemuda tersebut yang ditahan pada 25 Februari lalu ekoran tindakan berani mereka bertemu dengan ketua penaja umno cawangan Bukit Cempedak yang baru ditubuhkan untuk meminta supaya satu kain rentang yang memfitnah PAS diturunkan.
Beliau menambah, kain rentang 'provokasi' itu telah mensabitkan sesiapa yang mengundi PAS adalah menyokong kalimah Allah digunakan dalam Bible bahasa Melayu.
Pembebasan pemuda terbabit, kata beliau, merupakan satu penjelasan kepada 'fitnah' yang telah dilaporkan oleh media berdasarkan laporan ketua penaja cawangan umno itu
"Ini bukti laporan akhbar tidak tepat, berdasarkan laporan 'fitnah' semata-mata dan juga bukti jelas pemasangan kain rentang yang tidak bermoral dan penuh fitnah itu telah mencetus situasi yang tidak aman dalam masyrakat,"tambahnya. -BO
4 pemuda PAS direman gara-gara kain rentang
MARANG: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu berkumpul bersama ahli keluarga dan kenalan mangsa tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang, hari ini.
Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata Pemuda PAS Terengganu melahirkan rasa simpati dan memberi sokongan moral 100 peratus kepada empat individu terbabit serta ahli keluarga masing-masing.
Katanya, kejadian tersebut dapat dielakkan jika semua pihak bersikap matang serta tidak melakukan sebarang provokasi melampau hingga mencetuskan keresahan masyarakat.
Menurutnya, mutakhir ini kejadian provokasi dan pengkhianatan semakin menjadi-jadi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk dari Umno BN.
“Kami hadir ke balai polis Marang ini untuk sama-sama beri sokongan moral kepada mangsa tahanan reman dan ahli keluarga mereka.
“Semua ini tidak berlaku jika pihak Umno BN bersikap matang dan tidak melakukan provokasi dalam mempamerkan kain rentang atau banner kempen untuk parti mereka,” ujarnya kepada Harakahdaily ketika ditemui di pekarangan balai polis berkenaan.
Justeru, katanya, tuduhan PAS membenarkan kalimah suci Allah itu dipergunakan sewenang-wenang untuk kempen Bible dalam Bahasa Melayu adalah fitnah yang direka Umno BN.
Harakahdaily dimaklumkan, kesemua suspek berusia antara 28 hingga 38 tahun termasuk tiga adik-beradik ditahan reman selama lima hari.
Mereka terdiri daripada Roslam Abdullah, 35, Rosdi Abdullah, 34, Muhammad Lukman Abdullah, 28, dan Muhamad Musa, 38, yang bekerja sendiri adalah pemuda PAS Cawangan Kampung Jerung
Mereka ditahan gara-gara pemasangan kain rentang bersifat provokasi yang dipasang oleh pengerusi penaja Umno Cawangan Bukit Chempedak.
Pengerusi penaja itu telah membuat satu laporan polis yang mendakwa kononnya empat individu terbabit menyerang, mencekik serta membuat ugutan bunuh ekoran pertikaman lidah pada kira-kira jam 6.30 petang 25 Feb lalu berhubung kain rentang itu.
Malah, keempat-empat individu berkenaan turut difitnah mahu mencederakan ahli keluarganya serta mahu membakar rumahnya.
Selepas kejadian tersebut dipercayai pihak terbabit segera menurunkan kain rentang berkenaan yang jelas tertera logo Umno dan Barisan Nasional (BN) termasuk lambang 1Malaysia.
Manakala, Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Mohammad Khalil Abdul Hadi menafikan laporan media mengaitkan tragedi pergaduhan tersebut kerana PAS tidak berpuas hati dengan penubuhan penaja Umno Cawangan Bukit Chempedak.
Katanya, laporan media itu tidak tepat kerana yang menjadi punca adalah pemasangan kain rentang berbentuk provokasi terhadap PAS dalam penggunaan kalimah Allah.
“Ini kerana, laporan media sebelum ini tidak tepat kerana yang menjadi punca pergaduhan itu bukan kerana Umno tubuh cawangan baru.
Hakikat sebenarnya, berpunca dari kain rentang atau banner berbentuk provokasi yang dipasang oleh pihak Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Kain rentang itu berkait dengan kalimah Allah.
Mereka (Umno) kata (tulis) AWAS!!!!!! Anda Undi PAS bermakna Anda Sokong Allah Digunakan Dalam Bable Bahasa Melayu.
“Kita akan membuat laporan polis terhadap kain rentang itu dan harap pihak terbabit diambil tindakan sewajarnya,” jelasnya yang juga AJK Pemuda PAS Malaysia. -HD
Empat Ditahan Kerana Ugut Bunuh
MARANG - Empat lelaki ditahan kerana bertindak mencekik leher dan mengugut bunuh seorang penyokong sebuah parti politik yang keluar parti itu untuk menyertai parti lain di Kampung Jerung Seberang, Wakaf Tapai di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang, mangsa yang berusia 53 tahun bersama isteri 50-an dan anak berada di rumah sebelum didatangi empat suspek yang tinggal di kampung sama lantas mengugut untuk membunuh dan membakar rumahnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata kejadian itu berlaku apabila suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan mangsa yang mewakili 81 lagi penduduk menaikkan kain rentang berbunyi 'Kami Penduduk Kampung Bukit Cempedak Sokong Parti Lain'.
Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini, semasa di rumah itu, berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek sebelum seorang daripada mereka yang berusia 34 tahun bertindak menarik dan mencekik leher mangsa.
Manoharan berkata isteri dan anak mangsa menyaksikan tindakan suspek yang juga mengugut mahu membunuh serta membakar rumah mangsa kerana keluar parti dan menaikkan kain rentang itu.
"Insiden keluar parti ini berlaku dua bulan lepas apabila mangsa yang juga ketua kepada 81 orang dari kampung itu keluar parti dan menyertai parti politik lain serta mahu menubuhkan cawangan baharu di kampung itu," katanya.
Manoharan berkata ekoran kejadian itu mangsa membuat laporan di Balai Polis Wakaf Tapai pada jam 9.
30 malam hari sama kerana bimbang keselamatannya sekeluarga.
Katanya keempat-empat suspek berusia 34 hingga 38 tahun yang masing-masing bekerja sebagai tukang rumah dan bekerja sendiri ditahan di rumah masing-masing hari yang sama selepas laporan dibuat.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah," katanya.
Justeru beliau menasihati orang ramai yang tidak berpuas hati berhubung parti politik supaya tidak bertindak sesuka hati, sebaliknya meminta pendapat ketua parti politik masing-masing, atau membuat laporan polis. -- Bernama
6 ulasan:
Salam Greenboc
Lepas ni budak2 ni boleh saman pemfitnah umno tu pulok dan bernama sekali. Bior demer bankrap
Kalau rakyat buat perhimpunan aman, dikatakam tak aman, kalau PERKASA semua boleh?
BERNAMA pun nak jadi macam UM juga ker? Encik Ketua Pengarang, Jaga lah kredibiliti akhbar kamu tu! Kamu buat begini, kalau tidak jahat bodoh namanya. Takkan lah kamu ni orang bodoh kan? Guna akal la encik!!!
double standard kpd penyokong2 PR dibandingkan dgn penyokong2 BN..tumbangkan umno/bn insyaALLAH perangai2 jahat umno/bn/perkasa/hassan jati/zul kulim/hafilda/coi lek/dan paling jahat nya adalah Madey Mamak tu leh diikatkan dgn undang2 Malaysia yg berwibawa.
BERNAMA,
Agensi Bertia Nasioanal, Ketuanya tidak faham kedudukan dan tugas tanggung jawabnya.
Ia bertanggung jawab kepada keteluasan dan intergrity berita yang duikeluarkan dan perlu DI INGAT BAHAWA DIA BUKAN TERTAALUK UNTUK MEMBELA PEMERINTAH, TETAPI KEABNGSAAN DI SITU ADALAH NEGARA, NEGARA PULA ADALAH SEMUA RAKYAT TIAK KIRA APA PARTI DAN FAHAMAN POLITIK. LAPURAN MESTI TEPAT DAN TELUS, BERITA INI AKAN DISUMBERKAN OLEH AGENSI BERITA LUAR NEGERA.
Ini bukan kali pertama BERNAMA MENIPU dan CUBA MENIPU demi KERAJAAN bukan NEGERA.
GAMBAR, BERITA DI MENUPELASI dan DIBOHONGI - jika diluar negera semua kakitangan yang terlibat dalam polisi agensi sebegini dah LETAK JAWATAN.
Tokwan Perak.
Apa tunggu lagi...SAMANNNNNNNNN!!! Org ameno dan akhbar pencacai x perlu diberi muka!!!
Catat Ulasan