1 Mac 2013

Kisah Pengislaman Adam Corrie: Dibawa Melihat Keindahan Syurga


Assalamualaikum sahabat-sahabat.

Saya ada banyak menerima msg dari sahabat-sahabat di FB yang ingin tahu bagaimana saya boleh memeluk Islam.

Saya ringkaskan di sini untuk sahabat-sahabat budiman

Secara rasmi saya telah kembali pada fitrah.

Berasal dari keluarga cina yang menganuti agama Budha.

Saya giat belajar mengenal Islam sebelum memeluk Islam lagi. Belajar bagaimana solat, serba sedikit mengenai fardu ain.

Saya telah mengucap 2 kali syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah. alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun. Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya.

Bagaimana boleh peluk Islam?

1. Kaabah - saya suka tengok kaabah. Ia membuatkan saya tenang dan rasa ingin ke sana.

2. Bersahabat baik saya anak ustaz ketika kanak-kanak, selalu bawa saya ke masjid. suka akan akhlak dan cara hidup mereka.

3. Mencari pedoman dan kebenaran dalam hidup. Telah banyak agama saya kaji sebelum membuat keputusan balik pada fitrah.

Mendapat hidayah ketika di dalam mimpi setelah berdoa pada Allah sebelum tidur;

"Ya Allah! sekiranya Islam adalah agama yang benar untuk aku pegang sepanjang hayat hayatku, Kau berikan lah pertunjuk pada aku Ya Allah."

Ketika tidur saya telah bermimpi seperti berada di sayaurga, lalu didatangi seorang yang bercahaya putih, mukanya bersih tersenyum.

Ia memberi satu ketenangan yang amat ketika itu. Insan tersebut seperti memberitahu Islam adalah peganganmu.

Alhamdulillah impian pertama selepas memeluk Islam, perkara pertama ingin saya lakukan selepas pandai solat 5 waktu ialah menjadi Tetamu Allah.

Alhamdulillah dalam masa 10 bulan menjadi saudara baru, Allah telah menjemput saya menjadi TetamuNya di Baitullah Makkah :)

Belajar menghormati bangsa lain dan agama lain.




10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Subhanallah...Alhamdulillah...allahuakbar..

Ammy Hassan berkata...

Alhamdulillah serta syabas buat Adam Corrie. Anda kini suci bersih seperti lahirnya seorang bayi. Namun, bersih itu ada Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan seterusnya Bersih 3.0. Dan seterusnya dan seterusnya! Ia tak selama-lamanya begitu dan bukan lesen untuk kita mencemarkannya dengan titik-titik noda baru. Berilmulah, berimanlah dan beramallah. Ia menjadi pedoman hidup kita selamanya. Jangan tinggalkan Allah (Solat) andai kita tidak mahu Dia tinggalkan kita. Itu senjata buat kita yang menjadi pelindung dan pembela kita. Setiap langkah hendaklah menuju ke Syurga bukan sebaliknya. Moga kita semua mendapat taufik dan hidayah terus dari Allah swt Tuhan Semesta Alam. Undilah Pakatan Rakyat. Amin!

Tanpa Nama berkata...

Barakallah tabarakallah

yusof ali berkata...

Alhamdulillah, kami menerima Adam Corrie dgn hati terbuka dan penuh kesyukuran kerana memeluk Islam.

insafdah berkata...

aku yang dah 40 tahun islam tak sampai lagi ke mekah.....ya allah ampunkanlah dosa dosaku....

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah sampaikan kakiku ke mekah tahun ini

Tanpa Nama berkata...

Assalammu'alaikum

insafdah jangan lah gundah anakanda, kerana umur mu 40th jauh lebeh muda dari tokwan......
Tokwan nak nasihat sikit, sesungguhnya Islam agama fitrah semua dilahirkan kedunia dalam keadaan fitrah, sebab itu dalam Al Quran ada disebut antara maksudnya "...anak-anak dilahirkan dalm keaadan fitrah, maka ibu bapa merekalah yang menjadikan mereka, yahudi, nasarah atau majusi. Allah tak menyebut Islam.... " dari fahaman tokwan dari beberapa kuliah dan ustaz kita dalam keadaan fitrah hingga akhil baligh.
Islam adalah agama hidayah, HANYA ALLAH DAPAT MEMBERI HIDAYAH, Corie telh mendaptnya, kita perlu banyak mencari ilmu, beramal soleh dan bertaqwa serta berdoa untuk mendapat hidayah. Islam BUKAN AGAMA WARISAN atau KAD CPENGENALAN.

TOkwan doakan semoga semua kita mendapt hidayah Allah dan menjadi Islam yang sebenar-benarnya YAKIN SECARA TOTAL terhadap Al-Quran dan Sunnah. In syaa Allah.

Tokwan perak (masih mengharapa rahmat Allah)

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah !!!!!

Banyak yang di lahir Islam namun tiada mendapat hidayah lagi, siang malam tipu rakyat buat harta haram bak MahaFiraoun, baik yang telah mati mahupun yang masih hidup, iaitu MahaFiraoun 2.0

Alhamdullillah !!!!
Tahniah...

Martoiriat berkata...

Salam GB..
Syukur Kpd Allah S.W.T memberi hidayah kepada Adam Corrie memilih Islam sebagai panduan hidup dalam usia yang masih muda. Semoga beliau diberi keberkatan dalam menjalani liku-liku hidup yang diredai tuhan sepanjang hayat...

Tanpa Nama berkata...

alhamdulilah
andai anda inginkan kebaikan
dunia dan seisinya,dirikanlah
solat sunat fajar 2 rakaat
ertinya tiada muslim yg miskin,
tu baru sekali,sebarkan pada tentera sultan sulu berita ini
...elakkan kefakiran membawa
kekufuran...yg penting sabar
menanti dividen nya selepas kita mati,jgnlah risau andai kita
telah usaha namun masih miskin .ujian utk yg beriman..fom sabah...all lilahi taala,tq