Anggota komando Angkatan Tentera Malaysia menaiki helikopter Nuri untuk dihantar menggempur penceroboh di Kampung Tanduo dekat Tungku, Lahad Datu. Pasukan keselamatan Malaysia pada pagi Selasa melancarkan serangan keatas penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo. Foto BERNAMA
Sidang media OPS Sulu
Satu-satunya stesen minyak di kawasan Felda Sahabat kini kehabisan petrol
Gambar Fail - Kenderaan tentera yang dilihat memasuki kawasan Kampung Tanduo Lahad Datu lewat petang semalam
1.54pm: Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur menasihatkan warganya agar tidak mengunjungi kawasan pantai timur Sabah, termasuk bandar Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat kedutaan berkenaan menyebut menjangkakan lebih banyak insiden keganasan akan berlaku di kawasan terbabit.
1.42pm: ABS-CBN melaporkan bahawa Filipina meminta pihak berkuasa Malaysia untuk membantu menyediakan perjalanan keluar yang selamat dari Sabah untuk wanita Filipina dan mereka yang bukan penceroboh bersenjata.
Setiausaha Luar Filipina, Albert del Rosario telah meminta rakan sejawatannya dari Malaysia untuk berbuat demikian supaya mereka dibenarkan meninggalkan kawasan pertempuan di sana.
Del Rosario juga meminta Jabatan Hal Ehwal Luar di Manila untuk menyampaikan nota kepada duta Malaysia ke Filipina untuk berhubung rayuan tersebut.
Menteri Luar Malaysia, Datuk Anifah Aman berkata beliau akan menyampaikan permintaan itu kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zamid Hamidi.
1.30pm: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pertahanan Zahid Hamidi tiba di Felda Sahabat dengan helikopter dan diiringi ke bilik taklimat.
1.15pm: pegawai-pegawai Jabatan Penerangan mengedarkan jaket kuning terang bertulis 'media' kepada wartawan di pusat media.
"Ini adalah permintaan pihak polis, jadi kita mematuhinya. Ia akan lebih mudah mengenal pasti petugas media," jelas seorang pegawai.
1.08pm: The Star dalam laporan di Twitter menyebut, Semporna diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga susulan Ops Sulu di Tanduo.
1pm: Dalam satu lagi laporan pada 12.43pm, Philippine Daily Inquirer melaporkan dakwaan Azzimudie, yang mengetuai kumpulan bersenjata Sulu di Lahad Datu memberitahu jurucakap kesultanan Sulu Abraham Idjirani bahawa mereka sedang "beristirahat".
12.50pm: Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata makanan disediakan untuk penduduk yang tersesar.
"Mereka ditempatkan dalam dewan... berdekatan dan kami membantu mereka. Tiada masalah makanan atau air," katanya.
12.44pm: Laman The Philippine Inquirer menyiarkan laporan mendakwa Askar Diraja Sulu tidak bercadang untuk menyerah walau digempur pasukan keselamatan Malaysia.
Laporan itu menyebut, jurucakap kesultanan Sulu Abraham Idjirani memberitahu satu stesen radio bahawa kumpulan itu akan terus berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.
Idjirani yang memetik Azzimudie Kiram mendakwa bom yang dilepaskan jet Malaysia jatuh ke kawasan berkenan tetapi tidak mengenai kumpulan bersenjata Sulu.
InterAksyon.com juga menerbitkan laporan sama pada jam 10.46 pagi ini.
"Tidak. Tidak menyerah," kata Idjirani, yang menambah Azzimudie dalam perbualan terakhir mereka melalui telefon memberitahunya bahawa mereka akan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.
Laporan itu tidak menyatakan masa panggilan telefon itu dibuat.
Idjirani juga dilaporkan berkata, mereka akan mencari jalan untuk keluar dari keadaan bahaya demi kelangsungan kumpulan itu.
"Ini hanya bermakna merka hanya takut kepada kita... Jika mereka berani, mereka tidak akan guna pasukan besar untuk mengelakkan tuduhan (bertindak) keterlaluan. Mereka menunjukkan kepada dunia bahawa apa yang mereka lakukan keterlaluan."
11.54am: Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata operasi bersama antara polis dan tentera masih menerima tentangan musuh yang melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan negara.Pasukan Malaysia kini menjalankan operasi 'mopping up'.
Tiada korban di pihak kita direkodkan setakat ini namun di pihak musuh masih belum diketahui.Ismail meminta semua pihak agar tidak membuat spekulasi mengenai jumlah kemalangan kerana akan menjejaskan Ops Sulu ini.
Katanya, operasi ini hanya difokuskan di Kampung Tanduo.
11.50pm: Seorang wartawan ABN-CBS memuatkan gambar penunjuk perasaan membakar gambar menunjukkan Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan presiden negara itu, Benigno Aquino.Kumpulan berkenaan berbuat demikian dalam perhimpunan di luar kedutaan Malaysia di Filipina.
11.35am: The Star yang memetik sumber polis melaporkan, kumpulan penceroboh bersenja di Kampung Tanduo berjaya ditewaskan sepenuhnya.
Ia tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa pasukan kita, lapor laman itu.
11.26 pagi: Panglima Angkatan Tentera Malaysia berkata, bom digunakan ke atas musuh bagi memastikan keselamatan tentera Malaysia.
1125am: Satu-satunya stesen minyak di kawasan Felda Sabahabt kehabisan petrol. Kawasan itu terletak kira-kira 15km dari Kampung Tanduo yang menjadi medan pertempuran.
11.23 pagi: KPN: Zon pertempuran seluas 4 kilometer di Kampung Tanduo.
11.16 pagi: Operasi membanteras kumpulan bersenjata sulu diteruskan. Pasukan keselamatan melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah. Status kematian atau kecederaan musuh pada ketika ini masih belum diketahui.
11:15 pagi: Ketua Polis Negara berkata, tiada kematian atau kecederaan yang berlaku di kalangan tentera Malaysia dalam serangan terhadap "pengganas" Sulu.
11.10am: Bercakap dalam satu akhbar, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata operasi masih berjalan dan pihak keselamatan yang terdiri daripada anggota PDRM dan tentera mendapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh.
Katanya, ketika ini pasukan keselamatan sedang menjalankan pengeledahan terhadap beberapa buah rumah di kampung tersebut.
Ketika sidang akhbar itu diadakan, beliau berkata, setakat ini tidak ada kehilangan nyawa di pihak keselamatan di pihak PDRM dan tentera. 11.02am: Pekerja ladang kelapa sawit dilihat berkumpul di bawah satu pondok sementara. Mereka diminta menangguhkan tugas sementara polis memperluaskan kawalan di sekeliling ladang tersebut yang terletak hampir dengan kawasan pertempuran
Turut bersama pekerja tersebut ialah seorang penduduk, Sabri Abdullah, 49, yang tidak dapat pulang disebabkan kawalan polis.
"Saya menunggu untuk pulang sejak pagi ini. Saya lapar dan tidak ada makanan," katanya kepada Malaysiakini.
Tambahnya, mereka orang miskin dan tidak mempunyai wang dan terpaksa menyediakan makanan sendiri.
11am: Datuk Seri Najib Razak berkata operasi besar-besaran hari ini bermula dengan serangan udara menggunakan pesawat TUDM, serangan mortar dan diikuti serangan oleh pasukan tentera darat dan polis."Kita bermula dengan serangan udara melalui pesawat TUDM diikuti dengan kekuatan mortar dan pada saat saya sedang berucap ini, pasukan tentera darat dan anggota polis, dalam kereta dengan anggota yang mengikuti dibelakang sedang melakukan tindakan untuk memberkas, menumpas pasukan yang telah melanggar kedaulatan negara,"katanya.
10.57am: Polis memperluaskan kawalan dari kawasan konflik ke kawasan luar dan menutup semua pintu masuk ke Kampung Tanduo.
Anggota polis dengan raifal dilihat mengambil kedudukan di kawasan ladang sawit sebagai persediaan untuk menghadapi penceroboh yang lolos.
10.50 pagi: Kudat daerah di utara Sabah masih selamat daripada penceroboh dan keadaan terkawal. Bagaimanapun, polis mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan pegawainya dan orang awam di sana.
10.45am: Media Filipina melaporkan jurucakap presiden negara itu Benigno Aquino berkata Manila melakukan apa yang termampu untuk mengelakkan situasi di Sabah berakhir dengan keganasan.
“Kami melakukan semua yang kami mampu untuk mengelakkannya, namun akhirnya orang (Jamalul) Kiram memilih jalan ini,” kata Setiausaha Ricky Carandang.
10.43am: Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur mendedahkan satu pertemuan diadakan pada malam tadi di antara setiausaha luar negaranya Albert F del Rosario, menteri luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman dan menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pertemuan di Kuala Lumpur itu bagi membincangkan langkah untuk penyelesaian aman berhubung situasi di Lahad Datu.
10.17am: Memetik laporan dari ANC News Channel, InterAksyon.com melaporkan bahawa bom telah digugurkan kira-kira satu kilometer jauhnya dari kubu Azzimudie Kiram dan orang-orangnya.
Azzimudie berkata pihaknya tidak pasti sama ada bom tersebut mensasarkan mereka atau pengikut mereka, tetapi mereka kekal selamat dan bersedia untuk bertempur.
Sementara itu di Manila, sekumpulan penunjuk perasaan tiba di kedutaan Malaysia untuk mengutuk serangan itu.
10.15am: Azzimudie Kiram, pemimpin penceroboh, meluahkan kemarahannya terhadap kerajaan Filipina, dalam temubual radio dengan InterAksyon.com - portal berita dalam talian saluran TV Filipina TV5.
"Kerajaan mengarahkan penangkapan sahabat kita walaupun kita tidak melakukan apa-apa yang buruk," katanya. "Ia seperti kita bukan rakyat Filipina."
Sementara itu, Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan, memberitahu stesen radio dzBB bahawa Azzimudie telah menelefon untuk memberitahu mereka tentang serangan tersebut.
"Tidak ada apa yang dapat dilakukan tentang itu sekarang," kata Idjirani dalam satu wawancara berasingan dengan AFP.
Beliau mengulangi pengumuman awal Azzimudie bahawa mereka akan berjuang hingga ke akhir ayat.
"Kami bukan penceroboh. Mereka (rakyat Malaysia) adalah orang yang menduduki tanah nenek moyang kami," katanya.
10.09am: Pihak polis telah menubuhkan pusat pemeriksaan di jalan utama di Tanjung Labian, iaitu kira-kira 5km dari medan pertempuran. Tiada siapa dibenarkan masuk ke kawasan itu.
Bunyi letupan telah berhenti sejak sejam yang lalu. Tidak jelas sama ada tentera darat telah dikerah masuk ke Kampung Tanduo.
10.05am: Di Manila, pasukan polis dan wartawan berkumpul di luar kedutaan Malaysia. Mereka menjangka satu kumpulan penunjuk perasaan akan tiba di sana.
10.00 pagi: Hospital di Tungku tutup dan seorang penduduk kampung berkata, satu halangan telah diletakkan bagi melarang orang ramai memasuki bandar itu.
.9.55am: Azzimudie Kiram mengesah dalam temubual dengan radio dzMM ABS-CBN bahawa pasukan Malaysia menggunakan jet pejuang dalam serangan terbaru itu ke atas kedudukan mereka di Lahad Datu.
Pemimpin tentera diraja itu juga melahirkan kekecewaan terhadap pendirian Presiden Filipina Benigno Aquino berhubung krisis tersebut.
Beliau berkata kerajaan Malaysia dan Filipina jelas telah berhenti mendengar gesaan mereka untuk menyelesaikan krisis tersebut secara aman.
9.50 pagi: Banyak ambulans dihantar dari Tawau. Pengamal media dilarang memasuki kawasan Felda 16 dekat bandar Cenderawasih
9.41am: Stesen radio Filipina dzBB melaporkan bahawa Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan Sulu, berkata Azzimudie Kiram, adik sultan yang mengetuai pencerobohan itu, mengesahkan jet pejuang telah menggugurkan sekurang-kurangnya dua butir bom.
Bagaimanapun, Idjirani mendakwa bom mengenai kedudukan penduduk Malaysia dan bukan kumpulan Azzimudie.
Stesen radio itu juga berkata pertempuran itu berlaku 107 tahun selepas bermulanya Perang Bud Dajo di Sulu pada 1906 .
Dalam pertempuran itu 1,000 Tausug, termasuk wanita dan kanak-kanak, telah dibunuh oleh tentera Amerika juga dikendali sebagai Pembunuhan Bud Dajo.
9.37am: Menurut satu sumber tentera, operasi yang terlibat jet pejuang, meriam serta askar berjalan kaki.
9.15am: Di bandar Lahad Datu, kira-kira 120km dari medan pertempuran, persediaan sedang dibuat di hospital utama bagi menerima mangsa serangan tersebut.
9.11am: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.
8.54am: Seorang pegawai Felda tiba dan memberitahu ketua kampung untuk membuat kiraan jumlah penduduk dan mendaftarkan mereka. Seluruh penduduk kampung sekitar 300 orang beredar dari tempat itu menuju ke jalan kebun kelapa sawit.
8.45am: Penduduk Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan.
Ketua kampung, Bani Rauf berkata mereka telah cuba ke Kampung Embara Budi tetapi tidak dibenarkan masuk.
"Pengawal kata mereka tidak akan benarkan kami masuk, jadi kami datang ke sini," katanya.
Mereka berhimpun di di jalan utama dari Kampung Tandou menunggu apa yang perlu dilakukan selepas ini.
8.19am: Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini.
8:18am: Letupan kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi ini, menyebabkan 100 penduduk kampung melarikan diri.
"Mereka telah mula mengebom kawasan itu. Kami nampak jet pejuang di udara, mereka mengebom tempat itu empat kali," kata seorang penduduk kampung, Nasir Asrama, 38.
Penduduk kampung tersebut adalah dari Kampung Sungai Merah, sebuah kampung jiran dengan Kampung Tandou di mana kira-kira 100 penceroboh bersenjara dari Filipina berkubu.
Kampung Tandou terletak di antara Tanjung Labian dan Kampung Sungai Merah, masing-masing dalam 5km dan 2km - Mkini & Mstar/kompilasi Malaysiaberih
19 ulasan:
Betul ke.. puak Sulu ni hanya tertumpu di Tandu? Perlu pencerahan....!
Kalau Bos dan Raja Sulu pun bakal nak bertanding Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu dan boleh pulak menjadi Ketua PEKIDA Sabah, ini menandakan ancaman dan risiko besar kepada Rakyat dan anggota keselamatan negara ini. Sebab apa? Pukul curi.
Pakai otak sikitlah ooi pemerintah. Janganlah asyik nak membodohkan Rakyat. Puak Sulu ni majoritinya dah ada IC pun. Kalau sebahagian mereka dah berada di Semenanjung dan buat huru hara, macam mana?
Mudah2an Allah melindungi Negara tercinta ini.
"Paksi Kebenaran"
SUDAH TERANG LAGI BERSULUH.. KENAPA FILIPINA MASIH MEMBIARKAN PENGGANAS BEBAS DI NEGARA MEREKA SENDIRI. PATUTNYA FILIPINA TANGKAP PENGGANAS SULU NI !!! MALAYSIA PATUT PUTUSKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN FILIPINA JIKA INI ADALAH RANCANGAN MEREKA SENDIRI. DASAR BATU API !!
Kesultanan Sulu bolehlah nyanyikan lagu Anak Kecil Main Api... nenek moyang kau dah pajak Sabah lama dulu.
UMNO/BN pula tak lama lagi boleh nyanyi sama lagu tu bila apa yang terhijab selama ini terbuka dengan jelas.
MEMBIARKAN DAN MENYOKONG PENGGANAS BERMAHARAJALELA DAN BERSUARA. PUTUSKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN FILIPINA!!!
Kita hendaklah meminta filipina ektradisi yg mengaku sultan sulu ini kepada malaysia. Mereka yg menceroboh hendaklah dikenakan tindakan undang2 kerana menceroboh kedaulatan negara serta membunuh anggota polis kita.
Kita harap pencerobohan ini tidak akan berlarutan kpd perang gerila pula maklumlah ramai puak sulu ini yg dpt IC biru oleh made kutty dulu. Sesiapa yg cuba cetuskan kekacauan hendaklah di kenakan tindakan.
strategi najib nak tangguh PRU13
mereka rakyat Malaysia yang ada kad pengenalan diberi BN?
orang Sulu diSabah BN beri IC, PRU13 tak akan undi BN...
Najib nak alih isu dengan serang orang SULU? mereka dah lama menetap disitu....?
Sirul dihukum bunuh kerana pertahankan najib?
negara ditadbir orang bangang,inilah jadinya....
cerdik macam singapura dapat batu putih....
fikirkan kebodohan umno laknatullah ini...
Tu lh denda allah, umno taubat lh jgn asyik mmfitnah je, mana lh menteri besar sabah yg rasuh tk muncul2..
Jom nyanyi , Tanya sama najib , mgapa najib goyang n tk tdor mlm, sebab sabah dh hilang kah.kahkah
Ini aku punya teori lah kalau betul maka betul lah kalau karut orang lain jangan kata apa-apa kira karut aku sorang ajerlah. Tuan punya blog tak ada sebarang kaitan denga komen aku nih.
Najib dalam serba kegelabahan dia nak berhadapan dengan PRU 13 yang tidak boleh tidak terpaksa dia hadapi amat mengharapkan suatu keajaiban berlaku tetapi harapan hanya tinggal harapan. Ekonomi Negara semakin kalut, isteri pulak makin sakan berbelanja macam dunia nak kiamat, pertelagahan dalaman umno, sikap rakan2 komponen BN yang semakin menjengkelkan dan yang paling tak boley tahan bila kisah asmaranya dengan Altantuya sehingga hancur luluh hatinya bersama dengan hancur berkecai jasad kekasih pujaan dibangkit2 kan semula menjadikan najib kehilangan pedoman.
Namun sebagai seorang penguasa yang mendapat nasihat dari puak yahudi yang memang hebat dalam merangka strategi maka datanglah ilham mengambil pedoman dari sandiwara Al-Maunah di Bukit Jenalik. Mengambil kesempatan sewaktu sidang damai Mindanao maka dibuat suatu janjian dengan puak2 Sulu yang kehilangan arah perjuangan. Kalau dulu senjata mereka dihalakan kearah tentera Filipina tetapi selepas sidang damai Selatan Filipina berlangsung tiada lagi musuh nyata yang perlu mereka hadapi.
Lalu janji najib dengan pemberian tanah untuk mereka diami perlu dituntut. Barang diingat najib adalah wira yang memungkinkan sidang damai tersebut berlaku.
Suatu rencana perlu diadakan bagi mengalih perhatian terhadap dirinya yang semakin terhimpit dan terkepit maka Sulu dan raja muda yang tua itu perlu datang ke Sabah timbulkan ketegangan tetapi perencanaan tersasar jauh dari perlaksanaan. Namun barang diingat itu hanya plan A, plan B bakal menyusul. Walaupun plan A tidak berlaku sebagaimana sepatutnya kerana najib tidak menjangkakan plan A akan memakan korban anggota keselamatannya sendiri. Bimbang akan amarah rakyat plan A dirubah tanpa merujuk pemain2 utama lainnya maka serangan besar2an spt yang berlaku hari ini (5 Feb 2013) tidak dapat dielakkan.
Dalam kekalutan plan A itu samaada disedari atau tidak plan B dah pun bermula apabila pihak pembangkang mula dikaitkan dengan insiden ini. Sasaran utama najib ialah DSAI. Apapun natijah insiden Lahad Datu DSAI pasti akan dikaitkan secara komprehensif dalam isu ini. Hanya masa yang akan menentukannya.
permainan lakunan politik umno bn haram jadah pru13 hampir tiba. Penghianat petualang bangsat umno bn mampoos kau.
Ya Allah, hancurlah mereka yg menjadi dalang dan punca tragedi berdarah ini, entah berapa banyak mana lagi yg akan menjadi korban. Amiiiin....
saya rasa kerajaan kita perlu ambil tindakan yang lebih tegas tentang kes ini,sekiranya tidak ditangani sekarang,mungkin pada masa yang akan datang juga mereka membangkitkan pekra seperti ini juga kepada negara kita,oleh itu kerajaan perlu membuat keputusan sama ada perlu menghantar pulang rakyat filipina yang telah menjadi penduduk tetap di sabah,sekira nya tidak berbuat demikian semakin ramai penduduk filipina semakin kukuhlah kedudukan mereka di sabah dan akan dapat membentuk sebuah kerajan yang dapat menentang kerajaan kita di malaysia.
Betol2 saudara saya sokong sepenuhnya, ni semua lakonan dn sandiwara UMNO , trlalu kejam.
Kita sama2 brdoa smoga pakatan rakyat mntadbir Negara kita, takbir....
Terbentuknya kerajaan baru Negara Rakyat Malaysia
Soalan cepu emas - Siapakah manusia durjana yang menaburkan IC Biru kepada PATI Filipina diSabah? Soalan tambahan - Siapa pulak yang menaburkan Mykad kepada PATI Indon,Bangra,Kemboja,Pakistan dan Vietnam diSemenanjung? Dua soalan cepu emas yang ada hubung-kait.Jarak antara kedua daerah ni 35 tahun.Bermakna 35-40 tahun lagi apa yang berlaku diSabah hari ini akan berlaku diSemenanjung.
Memang bila setiap pilihanraya yg UMNo nak tumbang mesti ada insiden yg dicetuskan...dah lali dgn perangai UMNOBN ni...
Catat Ulasan